Jumaat, Mac 27, 2020

Makna surah 002:054-060

Makna surah 002:054-060

Tafsir nota baca 5(83-89)

Al-Baqarah 2:56

ثُمَّ بَعَثْنَٰكُم مِّنۢ بَعْدِ مَوْتِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Al-Baqarah 2:57

وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ ٱلْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْكُمُ ٱلْمَنَّ وَٱلسَّلْوَىٰۖ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقْنَٰكُمْۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِن كَانُوٓا۟ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Al-Baqarah 2:58

وَإِذْ قُلْنَا ٱدْخُلُوا۟ هَٰذِهِ ٱلْقَرْيَةَ فَكُلُوا۟ مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ رَغَدًا وَٱدْخُلُوا۟ ٱلْبَابَ سُجَّدًا وَقُولُوا۟ حِطَّةٌ نَّغْفِرْ لَكُمْ خَطَٰيَٰكُمْۚ وَسَنَزِيدُ ٱلْمُحْسِنِينَ

Al-Baqarah 2:59

فَبَدَّلَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ قَوْلًا غَيْرَ ٱلَّذِى قِيلَ لَهُمْ فَأَنزَلْنَا عَلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ رِجْزًا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ بِمَا كَانُوا۟ يَفْسُقُونَ

Al-Baqarah 2:60

وَإِذِ ٱسْتَسْقَىٰ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦ فَقُلْنَا ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْحَجَرَۖ فَٱنفَجَرَتْ مِنْهُ ٱثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًاۖ قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْۖ كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ مِن رِّزْقِ ٱللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا۟ فِى ٱلْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.[56]"

Dan Kami telah menaungimu dengan awan (dari panas matahari di padangpasir) dan Kami turunkan kepadamu "Manna" dan "Salwa", (lalu Kami berfirman) : Makanlah makanan-makanan y ang baik yang Kami telah kurniakan kepadamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan mengkufuri ni'matitu), tetapi sebenarnya mereka menganiaya diri sendiri.¹¹² [57]

Dan (kenangilah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke negeri ini(Baitul Maqdis), kemudian makanlah di sana apa sahaja makanan yang kamu suka dengan mewah dan masuklah melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri)¹¹³dan berdoalah (dengan) berkata: "Ya Allah ampunilah kesalahan kami!", niscaya kami ampunkan kesalahan-kesalahanmu dan Kami akan tambah pula (kurnia Kami) kepada orang-orang yang berbuat baik.¹¹⁴ [58]

Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan(perintah Kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya;maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bencana dari langit,dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).¹¹⁵ [59]

Dan (kenangilah) ketika (Nabi) Musa memohon air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu!", (dia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air (sesuai dengan jumlah qabilah mereka); sesungguhnya setiap suku kaum (di antara mereka)telah mengetahui tempat minumnya masing-masing." (Dan Kami berfirman):"Makanlah dan minumlah rezeki dari Allah itu dan jangatlah kamu berselerakan di muka bumi membuat kerosakan.[60]
__________________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan