Makna surah 002:25-27
Al-Baqarah 2:25
وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُۖ كُلَّمَا رُزِقُوا۟ مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقًاۙ قَالُوا۟ هَٰذَا ٱلَّذِى رُزِقْنَا مِن قَبْلُۖ وَأُتُوا۟ بِهِۦ مُتَشَٰبِهًاۖ وَلَهُمْ فِيهَآ أَزْوَٰجٌ مُّطَهَّرَةٌۖ وَهُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ
Al-Baqarah 2:26
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَسْتَحْىِۦٓ أَن يَضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلاًۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرًا وَيَهْدِى بِهِۦ كَثِيرًاۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا ٱلْفَٰسِقِينَ
Al-Baqarah 2:27
ٱلَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ ٱللَّهِ مِنۢ بَعْدِ مِيثَٰقِهِۦ وَيَقْطَعُونَ مَآ أَمَرَ ٱللَّهُ بِهِۦٓ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِى ٱلْأَرْضِۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْخَٰسِرُونَ
Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yarug beriman dan mengerjakan amalan yang shaleh, bahawa untuk mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya.57 Setiap kali mereka dihidangkan rezeki (berupa) buah-buahan di dalam syurga-syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang pernah dikurniakan sebagai rezeki kepada kita dahulu".58 Mereka diberi buah-buahan yang serupa (pada zahirnya dengan buah-buahan didunia), dan untuk mereka disediakan di dalamnya isteri-isteri yang suci,59 disanalah mereka tinggal kekal abadi.[25]
Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perbandingan dengan apa sahaia,dengan nyamuk atau dengan (serangga dan lain-lain) yang lebih kecil darinya.60 Adapun orang-orang yang beriman, mereka yakin bahawa perbandingan itu adalah benar dari Tuhan mereka, tetapi orang-orang kafir,mereka bertanya: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan ini?" Dengan perbandingan itu ramai orang yang disesatkan Allah dan ramai pula orang yang diberikan hidayah. Dan Allah tidak menyesatkan dengan perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasiq.61 [26]
(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diikatkannya dengan teguh,62 dan memutuskan apa yang disuruh Allah supaya disambungkan 63 dan mereka pula melakukan kerosakan dan bencana di bumi.64 Mereka itulah orang-orang yang rugi.65 [27]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan