Isnin, Mac 30, 2020

Qawaid tafsir 2018 sesi 15

Qawaid tafsir 2018 sesi 15



قاعدة 34
أَلْأَمْرُ الْمُعَلَّقُ عَلَى اسْمٍ، هِلْ يَقْتَضِي الاِقْتِصَارَ عَلَى أَوَّلِهِ؟

Apakah dikira sudah memadai,melaksanakan yang paling rendah daripada sesuatu yang disuruh?

Keterangan: Jika sesuatu perintah berkait dengan sesuatu ma'na kulli yang terdapat banyak afrad di bawahnya, ada yang paling tinggi, ada yang paling rendah, ada yang sedikit dan ada pula yang banyak, maka dalam keadaan itu dikira sudah memadaikah jika anda melakukan yang paling rendah daripadanya? Atau semestinya anda memilih yang terbaik dan yang paling tinggi daripadanya untuk dilaksanakan?Berhubung dengan qaedah ini perlulah diketahui bahawa afradnya terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama.
Bahagian kedua dan bahagian ketiga.
Bahagian pertama ialah yang menurut ijma' para ulama, bahawa yang paling tinggi daripadanyalah yang mesti diiaksanakan. Iaitulah yang berkaitan dengan Zat dan Sifat-sifat Allah. Maksudnya ialah apabila Allah sebagai contohnya mengitsbatkan sifat mendengar untuk diriNya, maka sifat mendengar yang paling tinggi dan paling sempurnalah yang mesti diterima dan dipercayai ada padaNya.'
Antara bukti bahawa fard yang paling tinggi dan paling sempumalah yang dituntut kita menerimanya ialah sabda nabi s.a.w. berikut:

لَا أُحْصِيثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفَسِكَ

Bermaksud: Tidak dapat aku menghinggakan puji-pujian kepadaMu sebagaimana Engkau sendiri dapat memuji diriMu.
(Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi,Nasaa'i. Ibnu Maiah. Ibnu Khuzaimah. lblu Hibbaan dan lain-lain).

Bahagian kedua ialah perintah yang menuntut anda melakukan yang paling rendah sahaja daripada yang diperintahkan. Dikira sudah memadai jika anda melaksanakan yang paling rendah dan paling kurang daripada apa yang diperintahkan' Antara yang termasuk di bawair bahagian kedua ini ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan pengakuan seseorang. Jika seseorang menda'wa dia telah bernazar untuk berpuasa selama beberapa hari, rnaka memadailah kalau ia berpuasa selama dua atau tiga hari sahaja. Tidak perlulah ia berpuasa selama sebulan atau seminggu' Kerana dua atau tiga hari itu sudah pun tepat untuk katanya beberapa hari itu. Dan puasa itu pun asalnya bukanlah suatu yang wajib atas dirinya. Kecualilah jika ada petunjuk dan bukti-bukti lain yang menunjukkan puasa yang dinazarnya itu memang lebih daripada tiga hari.
51

Bahagian ketiga merangkumi kedua-dua bahagian yang tersebut sebelum ini. Dalam sesetengah kes sudah memadai dengan anda melakukan yang paling rendah dan paling kurang daripada apa yang diperintahkan. Sementara dalam sesetengah kes pula anda mestilah melakukan yang paling tinggi dan paling sempurna daripadanya.
Qaedah ke-34 ini sebenarnya lebih berkaitan dengan perintah-perintah menghendaki anda hanya melaksanakan yang paling rendah daripada apa diperintahkan sahaja.Antara contoh yang dapat dikemukakan untuk pengaplikasian qaedah ini ialahbeberapa firman Allah s.w.t. seperti di bawah ini:
(1)Al-Ma'idah 5:89

لَا يُؤَاخِذُكُمُ ٱللَّهُ بِٱللَّغْوِ فِىٓ أَيْمَٰنِكُمْ وَلَٰكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ ٱلْأَيْمَٰنَۖ فَكَفَّٰرَتُهُۥٓ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَٰكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍۖ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَٰثَةِ أَيَّامٍۚ ذَٰلِكَ كَفَّٰرَةُ أَيْمَٰنِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْۚ وَٱحْفَظُوٓا۟ أَيْمَٰنَكُمْۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 

Bermaksud: Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut). maka hendaklah dia berpuasa tiga hari.Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersurnpah dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya(hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.
(al-Maa'idah:89).
Perintah memerdekakan hamba sebagai kaffarah sumpah diberikan secara mutlaq,maka sahlah memerdekakan hamba yang paling kurang dan paling rendah nilainyauntuk membayar kaffarah sumpah. Anda boleh saja memerdekakan hamba yang belum baligh, hamba perempuan atau haurba kaf-rr. Demikian juga dengan kaffarahzlhar.

52

2)Al-Ma'idah 5:38

وَٱلسَّارِقُ وَٱلسَّارِقَةُ فَٱقْطَعُوٓا۟ أَيْدِيَهُمَا جَزَآءًۢ بِمَا كَسَبَا نَكَٰلًا مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ 

Maksudnya: Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah kerjakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan(ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(al-Maa'idah:38).
Kesimpulannya ialah hukum potong tangan wajib dilaksanakan ke atas orang yang mencuri 'walaupun pencuriannya melibatkan kadar nisab yang paling rendah.

(3)Al-Ma'idah 5:6

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِۚ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَٱطَّهَّرُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudhulah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit(tidak boleh kena air) atau dalarn perjalanan atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersetubuh dengan isteri-isterimu, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu' dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan)kamu dan hendak menyempumakan ni'matNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
( al-Maa' idah: 6).
53

Perintah Allah supaya bertayammum di dalam ayat ini sudah terlaksana dengan anda menggunakan tanah bersih yang paling rendah kualitinya sekalipun. Untuk sah tayammum tidaklah disyarat menggunakan tanah bersih yang paling baik kualitinya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan