Daurah tafsir 2019 sesi 02(2:001-283)nota 1(007)
daripada ayat 275-281 mungkin sekali baru pada tahun ke 10 hijrah.Tiga ayat di penghujung Surah sememangnya telah diturunkan sebelum Hijrah lagi.Selepas Surah al-Baqarah diturunkan Surah at-Thalaq. Sebelum perang Badar pula telah turun Surah Muhammad. Dan selepas perang Badar diturunkan Surah al-Anfaal.
Kelebihan Dan Fadhilat Surah Al-Baqarah
Beberapa hadits telah dinukilkan daripada Rasulullah s.a.w. berhubung dengan
Kelebihan dan fadhilat Surah al-Baqarah.
Beberapa hadits telah dinukilkan daripada Rasullah saw berhubung dengan kelebihan dan fadilat Surah Al Baqarah.
Antaranya:
(1)
أَنَّ رَسُولَ الله صلى وسلم قَالَ <<لَا تَجْعَلُو بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأْ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
Bermaksud:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Janganlah kamu jadikan rumah-rumahmu kubur. sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca didalamnya Surah al-Baqarah.
(Hadits riwayat Muslim, an-Nasaa'i dan lain-lain).
(2)
قَالَ رَسُولَ الله صلى وسلم اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخَذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِعُهَا الْبَطَلَةُ
Bermaksud:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu bacalah surah al-Baqarah.Kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya (tidak membacanya)menyebabkan penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir.
(Hadits riwayat Muslim,at-Thabaraani, Abu 'Awaanah.Ibnu
Hibbaan dan lain-lain).
(3)
قَالَ رَسُولَ الله صلى وسلم اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافً تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطِلَةُ
Bermaksud:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bacalah kamu al-qur,an, kerana ia akan datang pada hari kiamat nanti sebagai pemberi syafa'at kepada orang-orang yang membacanya. Bacalah dua surah yang gilang-gemilang, Surah al-Baqarah dan SurahAali 'Imraan, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti sebagai dua kumpulan awan atau sebagai dua payung besar atau sebagai dua kumpulan burung
yang terbang berbaris-baris dengan tujuan membela pembaca-pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah. Kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya
7
Tiada ulasan:
Catat Ulasan