Tafsir asas quran nota 3(032)
Surah ke 18 – al-Kahfi -adab-adab penyampaian agama kepada penganut-penganut agama Kristian di Habasyah. Surah ke 19 – Maryam -penyampaian aqidah tauhid kepada penganut-penganut agama Kristian dan penolakan terhadap ajaran tiga tuhan yang dibawa mereka.
Surah ke 20 – Thaaha -seruan tauhid kepada penganut-penganut agama Kristian.
Hijrah Pertama Dan Kedua Ke Habasyah
Hijrah pertama ke Habasyah telah berlaku pada 5 Rajab tahun kenabian (selepas Rasulullah s.a.w dilantik sebagai nabi dan rasul) bersamaan dengan 614 Masehi. Pada kali ini seramai 12 orang laki-laki muslim dan 4 orang muslimah telah berhijrah ke Habasyah di bawah pimpinan Saiyyidina ‘Utsman r.a.
Dalam hijrah kedua pula seramai 82 orang laki-laki muslim dan 18 orang muslimah telah berhijrah ke sana.
Surah-surah Yang Diturunkan Selepas Para Sahabat Berhijrah Ke Habasyah.
Selepas sekumpulan para sahabat berhijrah ke Habasyah, sejumlah 12 surah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w diperingkat ini.Baginda s.a.w dituduh dengan pelbagai tuduhan. Bukan sekadar itu sahaja, malah ajaran yang dibawa Baginda juga didustakan.
Di bawah ini menunjukkan senarai 12 surah berkenaan: Surah ke 32 – as-Sajdah -Rasulullah s.a.w dituduh sebagai pereka al-Qur’an dan penimbul fitnah
Surah ke 56 – al-Waaqi’ah -
surah ini diturunkan di zaman (di peringkat) Nabi s.a.w didustakan.
Surah ke 50 – Qaaf -mengandungi perintah Allah kepada Rasulullah s.a.w agar terus memberikan peringatan walaupun didustakan.
Surah ke 51 – ad-Dzaariyaat -Rasulullah s.a.w dituduh sebagai gila dan tukang sihir
Surah ke 52 – at-Thuur -Rasulullah s.a.w dituduh dengan pelbagai tuduhan, seperti penyair,
32
Tiada ulasan:
Catat Ulasan