Selasa, Mei 26, 2020

Tafsir asas quran nota 3(036).

Tafsir asas quran nota 3(036).

Perincian adalah seperti berikut.
a)Abu Talib meninggal dunia pada bulan rejab tahun 10 kenabian bersamaan 619 masehi

b)2 bulan selepas itu Saidatina Khadijah pula meninggal dunia iaitu bulan ramadan tahun ke 10 kenabian.

c)Nabi saw berkahwin dgn Saudah pada bulan syawal tahun ke 10 kenabian bersamaan 619 masehi

d)Pergi berdakwah ke Thaaif pada tahun ke10 kenabian bersamaan Jun 619 masehi.pada ketika itulah dipercayai turun Al Ahkaf dab Al Jin kepada baginda.

Surah ke 46 Al Ahkaf
Al quran diperdengarkan kepada kumpulan jin.

Surah ke 72 Al jin.
Selepas mendengar al quran kumpulan jin itu memeluk agama islam dan menjadi pendakwah.

4.Surah2 Yg Diturunkan Pada Tiga Tahun Terakhir Kehidupan Rasullah saw di Mekah

Beberapa peristiwa penting yg berlaku pada tahun2 berkenaan yg merupakan peringkat ke4 kehidupan Rasullah saw di Mekah.

a)Berkahwin dgn Aisyah.Ia berlangsung pa bulan syawal pd tahun ke 11 kenabian bersamaan 620 masihi. Bgmnpun kehidupan sbg suami isteri mereka bermula setelah hijrah ke Madinah.

b)6 orang drp puak Khazraj dtg dr Madinah ke Mekah lalu memeluk Islam.Peristiwa ini berlaku pd bulan zulhijjah tahun ke11 kenabian bersamaan 620 masehi.

c)Berlakunya peristiwa Israk Mikraj dan keferduan solat 5 waktu .berlaku pada 27 Rejab tahun ke 12 kenabian bersamaan 621 masehi.
Selepas peristiwa mikraj ,sebhg drp permulaan  Surah An Najm diturunkan dan diturunkan juga Surah Bani Israil atau Surah Al-Israa'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan