Isnin, Jun 08, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-200)nota baca

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-200)nota baca

Surah Ali Imran
Tertib dlm quran surah yg ke 3
Bilangan ayat 200
Bilangan rukuk 20
Surah Madiniyah 
Tertib turun adalah surah 89
Bilangan paragraf 7.

Surah Aali Imran boleh dibahagi 2
Bahagian pertama.Ayat 1-101 Mengenai ahlil kitab.
Bahagian kedua.Ayat 102-200 Berkenaan orang islam

Bahagian pertama.Ayat 1-101 Mengenai ahlil kitab.
Paragraf 1 ayat 1-9 Pendahuluan atau muqaddimah
Paragraf 2 ayat 10-32 menyeru ahli kitab kepada Islam(itu intipatinya)
Paragraf 3 ayat 33-63 kisah Mariam dan Zakaria untuk membatalkan aqidah 3 tuhan.
Paragraf 4 ayat 64-101perincian tentang keburukan ahlil kitab.

Bahagian kedua.Ayat 102-200 Berkenaan orang Islam.
Paragraf 5 ayat 102-120 arahan untuk memperkukuhkan pergerakan Islam dgn menjadi sebagai sebaik2 umat(nak bentuk masyarakat Islam yg sepatutnya)
Paragraf 6 ayat 121-189 kekalahan dlm peperangan Uhud dan ulasan tentang sifat nifaq (ada disitu)
Paragraf 7 ayat 190-200 penutup kepada surah ini.

Mesej utama surah ini ialah:
4 langkah perlu diambil untuk kemenangan  islam 
1.Dakwah kepada ahlil kitab.
2.Mengambil manfaat  drp kebaikan  yg ada pada ahlilkitab.
3.Menjauhi keburukan  yg ada pada ahlil kitab .
4.Kesatuan dan kesepakatan umat Islam disamping  mereka  diikat  dgn  pergerakan yg tersusun kukuh.

Zaman Diturunkan
(1) Secara umumnya bolehlah dikatakan Surah Aali 'lmran itu diturunkan pada tahun ke-3 Hijrah, selepas perang Uhud. Ketika itu telah pun nyata kesan dan akibat daripada kesyahidan sekian ramai sahabat di medan peperangan Uhud, di mana sudah mula terdapat agak ramai isteri yang menjanda dan anak-anak kecil yang menjadi yatim. Semua itu telah menimbulkan masalah masyarakat yang memerlukan penyelesaian.
(2) Ayat ke-33 hingga ke-70 bagaimanapun dipercayai diturunkan pada tahun ke-9 Hijrah, ketika mana rombongan orang-orang Kristian Najran datang ke Madinah dan perdebatan di antara mereka dengan Rasulullah s.a.w. berlaku, sehingga membawa kepada cabaran Rasulullah terhadap mereka untuk bermubahalah. Tetapi mereka tidak berani menyahut cabaran Rasulullah s.a.w. itu.

Kelebihan Dan Fadhilah Surah Aali'lmraan.
Hadis: Maksud Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Bacalah kamu al-Qur'an, kerana ia akan datang pada hari kiamat nanti sebagai pemberi syafa'at kepada orang-orang yang
membacanya. Bacalah dua surah yang gilang-gemilang, (Surah) al-Baqarah dan Surah Aali 'Imraan, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti sebagai dua kumpulan awan atau sebagai dua payung besar atau sebagai dua kumpulan burung yang terbang berbaris-baris dengan tujuan membela pembaca-pembacanya. Bacalah
surah al-Baqarah. Kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya(tidak membacanya) menyebabkan penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan) oleh tukang-tukang sihir.
(Hadits riwayat Muslim, at-Thabaraani, Abu
'Awaanah, Ibnu Hibbaan dan lain-lain).

Perkaitan Dan Kesinambungan Surah Aali'Imraan Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya

(1) Di akhir Surah al-Fatihah tersebut dua perkataan 
ini: المغضوب عليهم (orang-orang yang dimurkai) dan الضالين(orang-orang yang sesat). Siapakah المغضوب عليهم? Mereka adalah orang-orang Yahudi. Merekalah yang dipilih Allah sebagai contoh  المغضوب عليهم   . Cerita orang-orang Yahudi itu telah pun diberikan dengan terperinci sekali di dalam Surah al-Baqarah. Sekarang tiba pula masa untuk menceritakan secara terperinci tentang   الضالين  (orang-orang yang sesat). Siapa pula mereka? Mereka adalah orang-orang Kristian. Merekalah yang dipilih Allah sebagai contoh golongan الضالين(orang-orang yang sesat). Perincian cerita mereka dibentangkan dengan seluas-
luasnya di dalam Surah Aali 'Imraan sebagai pengajaran dan i'tibar buat orang-orang Islam.
(2) Di akhir Surah al-Baqarah Allah mengajar satu doa kepada orang-orang Islam, iaitu  فانصرنا على القو الكافرين (tolonglah kami dalam menghadapi orang-orang kafir).
Maka di dalam Surah Aali 'Imraan ini Allah mengajarkan empat cara untuk mengalahkan mereka. Punca kecundang tentera Islam ketika menghadapi orang-orang kafir telah dijadikan sebagai contoh untuk menyatakan betapa pentingnya kesetiaan,kesatuan dan penyusunan yang rapi dalam sesuatu perjuangan. Orang-orang kafir,baik dari kalangan Ahli Kitab mahupun musyrikin boleh dikalahkan apabila umat Islam menjadikan empat cara yang disebut Allah di dalam Surah ini sebagai senjata dan persiapan mereka.
(3) Sebagaimana al-Kitab yang disebutkan pada ayat kedua Surah al-Baqarah bahawa ia merupakan petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa, begitulah juga dengan
Kitab Taurat dan Injil yang disebutkan di dalam ayat ke-3 dan ke-4 Surah Aali'Imraan. Kedua-duanya pernah menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa sebelum kedatangan al-Kitab (al-Qur'an) ini. Semua kitab-kitab suci itu diturunkan oleh Allah. Cuma setelah kedua-dua kitab suci itu diselewengkan dan ia telah bercampur-baur antara yang benar dan yang batil, sehingga tidak dapat dipasti dan diyakini lagi mana yang betul dan mana yang karut daripadanya, maka Allah menurunkan pula al-Kitab yang juga bernama al-Furqan. Ia tidak lain daripada al-Qur'an jua. Sebabnya ia dinamakan al-Furqan ialah kerana sifatnya membezakan antara yang betul dan yang salah di dalam kitab-kitab sebelumnya, Taurat dan Injil.

(4) Di permulaan Surah al-Baqarah (lihat ayat ke-26) ada tersebut bahawa manusia juga kadang-kadang boleh sesat meskipun ia menggunakan petunjuk dari Allah.Keadaan itu berlaku apabila ia menyalahgunakannya. Di dalam ayat ke-7 Surah Aali'Imraan Allah menyatakan salah satu bentuk penyalahgunaan kitab suci yang diturunkan oleh Allah, iaitu apabila manusia meninggalkan ayat-ayat yang muhkamaat dan suka sangat mengharungi ayat-ayat mutasyabihaat.

(5) Di dalam Surah al-Baqarah disebut tentang Adam yang dijadikan Allah sebagai khalifah di bumi. Adam dijadikanNya tanpa ibu dan bapa. Di dalam Surah Aali
'Imraan ini Allah menyebutkan pula tentang 'Isa. Dia dijadikanNya tanpa bapa juga,tetapi ada ibunya. Di dalam Surah an-Nisaa' selepas ini pula Allah menyatakan
kejadian kebanyakan anak cucu Adam. Mereka dijadikanNya berbapa dan beribu.Dengan cara itulah manusia bertaburan di muka bumi ini dengan begiiu ramai hinggake hari kiamat.

(6) Surah al-Baqarah lebih banyak berbicara tentang Yahudi. Surah Aali 'Imraan ini pula lebih banyak berbicara tentang orang-orang Kristian. Kepada orang-orang Yahudi diberikan Taurat. Kepada orang-orang Kristian pula diberikan Injil. Orang-orang Yahudi muncul sebelum daripada orang-orang Kristian. Dengan sendirinya dapat disimpulkan bahawa Taurat diturunkan lebih dahulu daripada Injil. Maka wajar
sekalilah kalau kisah golongan Yahudi didahulukan di dalam Surah al-Baqarah dan ia disusuli dengan kisah golongan Kristian di dalam Surah Aali 'Imraan.

(7) Di permulaan Surah al-Baqarah telah tersebut secara umum bahawa ada kitab yang diturunkan sebelum al-Qur'an. Semua kitab-kitab yang diturunkan dari Allah
dipercayai oleh orang-orang yang beriman. Di permulaan Surah Aali 'Imraan ini pula dinyatakan secara jelas nama-nama kitab yang diturunkan sebelum al-Qur'an. Ia
adalah Taurat dan Injil.

(8) Di dalam Surah al-Baqarah perang disebutkan secara borong sahaja menerusi firman Allah: وقاتلو في سبيل الله
(berperanglah kamu di jalan Allah).(Lihat ayat 190 dan 244).
Dan firman Allah:  كتب عليكم القتال (Lihat ayat 216).
Di dalam Surah Aali'Imraan ini kisah perang Uhud disebutkan dengan agak terperinci.(Lihat ayat 152-158).

(9) Di dalam Surah al-Baqarah Allah menceritakan bahawa Dialah yang memberi kuasa memerintah kepada sesiapa yang dikehendakiNya secara borong saja menerusi
firmanNya:والله يؤتى ملكه من يشاء
 (Lihat ayat 247).

Di dalam Surah Aali 'Imraan ini pula perkara yang sama disebutkan dengan agak panjang dan terperinci menerusi firmanNya:

Ayat 26
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

26. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau
kehendaki dan Engkauiah yang rnenghina scsiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha
Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(10) Di dalam Surah al-Baqarah Allah menceritakan bagaimana lafaz doa Nabi Ibrahim a.s. untuk Nabi kita Muhammad s.a.w. Firman Allah:
رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

129. Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesaorang Rasul dari kalangan mereka,yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada
mereka al-Kitab (al-Qur'an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka.Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana .

Di dalam Surah Aali 'Imraan ini pula lihat bagaimana doa Nabi Ibrahim itu menjadi kenyataan. Dan Allah menyebut kebangkitan Rasulullah s.a.w. sebagai kurnia dan anugerahNya untuk orang-orang mu' min:
Ayat 164
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ 
وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

164. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah(kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan membersihkan mereka (dari i'tiqad yaog sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan