Rabu, Jun 10, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(042)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(042)

Struktur Makro Surah Aali'Imraan
(1) Ayat 1 hingga 9 membentuk paragraf pertama yang merupakan pendahuluan bagi Surah Aali 'lmraan.
Al-Qur'an adalah al-Furqaan yang tersebut di permulaan Surah ini. Ia dinamakan al-Furqaan kerana mendedahkan mana yang betul dan mana yang salah (telah dipesong dan diselewengkan) di dalam Kitab Taurat dan Injil. Di dalamnya terkandung seruan tauhid dan Islam kepada Ahli Kitab, khususnya orang-orang Kristian. Di dalamnya al-Qur'an diperkenalkan. Al-Qur'an sama seperti kitab Taurat dan Injil
merupakan wahyu dari Allah. Ia membezakan di antara yang benar dan yang salah. Allah s.w.t. boleh membentuk rupa manusia dalam rahim ibu sebagaimana yang dikehendakiNya, meskipun tanpa bapa.Orang-orang Kristian telah menjadi sesat kerana terperangkap dalam ayat-ayat mutasyabihaat (ayat-ayat yang samar-samar dan tidak jelas ma'nanya). Umat Islam dianjurkan agar memilih sikap orang-orang yang berakal dan celik mata hatinya dalam menghadapi ayat-ayat mutasyabihaat dan muhkamaat.Kedua-dua jenis ayat itu haruslah diimani. Tetapi mereka hendaklah mengelak diri daripada menta'wil
ayat-ayat mutasyabihaat. Kerana orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan,
mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari ta'wilnya serta memutarkan maksudnya menurut hawa nafsu.
Supaya hati tidak terpesong dan cenderung kepada kesesatan, kita diajar berdoa begini:
Aali-Imran 3:8
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ 
8. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada
kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(2) Ayat 10 hingga 32. Ia membentuk paragraf kedua surah ini. Di dalamnya terdapat seruan Islam kepada Ahli Kitab. terutamanya qolongan Kristian أولى الأبصار  atau orang-orang yang berakal dan celik mata hatinya dianjurkan supaya mengambil i'tibar daripada kebinasaan Firaun dan kebinasaan pembesar-pembesar kafr Quraisy Mekah dalam peperangan Badar. Ahli Kitab diseru kepada agama Islam. Dikatakan kepada mereka bahawa agama yang benar dan
diterima di sisi Allah hanyalah agama lslam. 
Aali-Imran 3:19إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَٰمُۗ  (Ayat: 19).

42

Tiada ulasan:

Catat Ulasan