Isnin, Jun 08, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 2(034)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 2(034)

Keadaan itu berlaku apabila ia menyalahgunakannya. Di dalam ayat ke-7 Surah Aali'Imraan Allah menyatakan salah satu bentuk penyalahgunaan kitab suci yang diturunkan oleh Allah, iaitu apabila manusia meninggalkan ayat-ayat yang muhkamaat dan suka sangat mengharungi ayat-ayat mutasyabihaat.

(5) Di dalam Surah al-Baqarah disebut tentang Adam yang dijadikan Allah sebagai khalifah di bumi. Adam dijadikanNya tanpa ibu dan bapa. Di dalam Surah Aali
'Imraan ini Allah menyebutkan pula tentang 'Isa. Dia dijadikanNya tanpa bapa juga,tetapi ada ibunya. Di dalam Surah an-Nisaa' selepas ini pula Allah menyatakan
kejadian kebanyakan anak cucu Adam. Mereka dijadikanNya berbapa dan beribu.Dengan cara itulah manusia bertaburan di muka bumi ini dengan begiiu ramai hinggake hari kiamat.

(6) Surah al-Baqarah lebih banyak berbicara tentang Yahudi. Surah Aali 'Imraan ini pula lebih banyak berbicara tentang orang-orang Kristian. Kepada orang-orang Yahudi diberikan Taurat. Kepada orang-orang Kristian pula diberikan Injil. Orang-orang Yahudi muncul sebelum daripada orang-orang Kristian. Dengan sendirinya dapat disimpulkan bahawa Taurat diturunkan lebih dahulu daripada Injil. Maka wajar
sekalilah kalau kisah golongan Yahudi didahulukan di dalam Surah al-Baqarah dan ia disusuli dengan kisah golongan Kristian di dalam Surah Aali 'Imraan.

(7) Di permulaan Surah al-Baqarah telah tersebut secara umum bahawa ada kitab yang diturunkan sebelum al-Qur'an. Semua kitab-kitab yang diturunkan dari Allah
dipercayai oleh orang-orang yang beriman. Di permualaan Surah Aali 'Imraan ini pula dinyatakan secara jelas nama-nama kitab yang diturunkan sebelum al-Qur'an. Ia
adalah Taurat dan Injil.

(8) Di dalam Surah al-Baqarah perang disebutkan secara borong sahaja menerusi firman Allah: وقتاتالو في سبيل الله
(berperanglah kamu di jalan Allah).
(Lihat ayat 190 dan 244).
Dan firman Allah:  كتب عليكم القتال
(Lihat ayat 216).

Di dalam Surah Aali'Imraan ini kisah perang Uhud disebutkan dengan agak terperinci.(Lihat ayat 152-158).

(9) Di dalam Surah al-Baqarah Allah menceritakan bahawa Dialah yang memberi kuasa memerintah kepada sesiapa yang dikehendakiNya secara borong saja menerusi
firmanNya:والله يوتى ملكه من يشاء
 (Lihat ayat 247).

Di dalam Surah Aali 'Imraan ini pula


34 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan