Rabu, Jun 10, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(053)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(053)

Tetapi Ahli Kitab itu tidak sama semuanya, ada di antara mereka yang tegak di atas kebenaran,di waktu malam mereka membaca ayat-ayat Allah dan bersujud kepadaNya (Ayaf 113).
Ada di antara Ahli Kitab itu orang yang percaya kepada Allah dan hari kemudian,mereka menyeru orang melakukan kebaikan, menegah mereka daripada melakukan keburukan, mereka aktif melakukan kerja-kerja kebajikan, inilah orang-orang soleh di kalangan mereka (Ayat: 114).

Ada di antara Ahli Kitab orang yang percaya kepada Allah, percaya juga kepada kitab yang diturunkan kepadamu, dan kitab yang diturunkan sebelumnya untuk mereka, mereka tunduk di hadapan Allah dan tidak menjual agama Allah dengan harga yang murah. Untuk mereka Allah
menyediakan ganjaran yang istimewa dan Allah Maha Cepat Menghitung (Ayat 199).

3. Setelah mengetahui keburukan dan kejahatan Ahli Kitab. umat Islam diingatkan supaya berwaspada dengannya dan sedapat mungkin mengelak diri daripadanya.
Perkara ketiga yang merupakan tema utama Surah Aali 'Imraan ialah peringatan Allah supaya umat
Islam berwaspada dengan keburukan dan kejahatan Ahli Kitab dan sedaya upaya mengelak diri
daripadanya.
1. Ahli Kitab telah bertindak zalim terhadap orang ramai dengan mereka berselisih pendapat tentang al-Bayyinat (keterangan yang datang dari Tuhan) (Ayat 19).
2. Ahli Kitab bukan sahaja telah membunuh nabi-nabi
(Ayat 21,112). Mereka juga telah membunuh orang-orang yang menegakkan keadilan dan agama tauhid (Ayat 21).
3. Ahli Kitab tidak mendaulatkan undang-undang Allah.
Aali-Imran 3:23
أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ نَصِيبًا مِّنَ ٱلْكِتَٰبِ يُدْعَوْنَ إِلَىٰ كِتَٰبِ ٱللَّهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٌ مِّنْهُمْ وَهُم مُّعْرِضُونَ 
23. Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian daripada Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli
satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu).

4.Ahli Kitab perasan mereka akan masuk neraka hanya beberapa hari sahaja (Ayat 24).

5.Ahli Kitab (Bani Israil) bersikap fanatik terhadap Bani Ismail (golongan Ummiyyin). Mereka menganggap berlaku zalim dan kejam terhadap golongan Ummiyyin begitu juga merampas harta benda mereka tidak menjadi kesalahan.



53

Tiada ulasan:

Catat Ulasan