Khamis, Jun 11, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(060)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(060)

2.Arahan supaya mengelak diri daripada mengamalkan riba, sebaliknya memilih jalan infaq danjihad di jalan Allah (Ayat 130 sehingga 133).

3.Umat Islam diseru supaya ta'at kepada Allah dan RasulNya di samping berinfaq dan berjihad dijalan Allah dengan segera supaya mendapat keampunan dan syurga Allah سَارِعُوْا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ  وَجَنَّةٍ
(Ayat 132 sehingga 138).

4. Umat Islam akan mendapat kasih sayang Allah dengan bermesyuarat, berazam dan kemudian bertawakkal kepada Allah.

Aali-Imran 3:159

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمْۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلْقَلْبِ لَٱنفَضُّوا۟ مِنْ حَوْلِكَۖ فَٱعْفُ عَنْهُمْ وَٱسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى ٱلْأَمْرِۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ 



159. Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bemesyuaratlah dengan mereka
dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam
(sesudah bermesyuarat. untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

5.Perintah mengelakkan diri daripada sifat bakhil dan perintah berbelanja di jalan Allah (Ayat:180).

6.Di dalam surah ini beberapa kali Allah memerintahkan supaya bertaqwa وَاتَّقُوْا(Ayat 15,28, 50,76, 102, ll5, 120, 123, 125, 130, 13 1, 133, 138, 172, 179, 1 86, 198, 200).

7.Di dalam Surah Aali 'Imraan ini terdapat empat tempat di mana orang-orang Islam diperintahkan
supaya bersabar dan bertaqwa.

a. Dengan bersabar dan bertaqwa, orang-orang Islam akan terhindar daripada kejahatan Ahli
Kitab (Ayat 120).

b. Dengan bersabar dan bertaqwa, orang-orang Islam akan mendapat doa restu para malaikat(Ayat 125).

c. Sabar dan taqwa merupakan عزم الأمور (perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat tentangnya) dalam menghadapi gangguan dan kejahatan Ahli Kitab dan Musyrikin (Ayat 186).


60

Tiada ulasan:

Catat Ulasan