Khamis, Jun 11, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(058)

Daurah tafsir 2019 sesi 03(3:1-130)nota 3(058)

rugi.

12. Orang-orang Islam mahu tidak mahu akan dapat mendengar perkara-perkara yarrg menyakitkan
hati daripada Ahli Kitab dan orang-orang Musyrikin.
Aali-Imran 3:186
لَتُبْلَوُنَّ فِىٓ أَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ مِن قَبْلِكُمْ وَمِنَ ٱلَّذِينَ أَشْرَكُوٓا۟ أَذًى كَثِيرًاۚ وَإِن تَصْبِرُوا۟ وَتَتَّقُوا۟ فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ ٱلْأُمُورِ 

186. Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orans-orang yang musyrik banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat(melakukannya).

4. Beberapa Arahan dan Panduan penting untuk penyusunan dan pembentukan.umat Islam.
Perkara ke empat merupakan tema terpenting Surah Aali 'Imraan ialah tentang perpaduan dan kesatuan
umat Islam sebagai satu masyarakat yang kukuh.

1. Perintah supaya orang-orang Islam benar-benar bertaqwa kepada Allah dan mati sebagai orang-orang Islam.
Aali-Imran 3:102
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ 

102. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

2.Orang-orang Islam diperintah supaya bersama-sama berpegang teguh dengan tali Allah.
Aali-Imran 3:103
وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا۟ۚ وَٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوَٰنًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ 

103. Dan bepegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam). dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah ni'mat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-
padu dengan ni'mat Islam), maka menjadilah kamu dengan ni'mat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran.

58

Tiada ulasan:

Catat Ulasan