Daurah tafsir 2019 sesi 04(4)nota 4(067)
Kata Kunci Dan Tema-Tema Utama
1.Mas kahwin: hukum tentang mas kahwin beberapa kali disebutkan didalam surah ini, ia menunjukkan kewajiban dan kepentingannya. Beberapa lafaz digunakan untuk memberi erti mas kahwin itu, seperti صدقات (Ayat: 4), فريضة(Ayat: 24), أجور (Ayat: 10). Andai kata mas kahwin diberikan sebanyak satu qintar atau sejumlah harta yang besar sekalipun, ia tetap tidak boleh diambil kembali.
2.Taghut(طاغوت):Dua perkara telah disebutkan tentang Thaghut. Kes tidak boleh lagi dibawakan ke hadapan
Thaghut, kerana al-Qur'an telah pun diturunkan, segala penyelesaian pertikaian yang berlaku dalam masyarakat mestilah berpandukan wahyu. Yang dimaksudkan dengan Thaghut di sini ialah mahkamah-mahkamah bukan Islam (Ayat: 60). Satu lagi perkara yang disebutkan di dalam surah ini ialah orang-orang Islam berperang dan berjihad di jalan Allah, orang-orang kafir pula berjuang demi Thaghut,
Thaghut yang dimaksudkan di sini pula ialah gagasan dan ideologi. Berasaskan gagasan dan ideologi itulah pemimpin-pemimpin orang-orang kafir mendorong pengikut-pengikut mereka supaya berperang dengan orang-orang Islam (Ayat:76).
3.Menjaga kehormatan diri.Orang-orang lelaki dan perempuan diperintahkan supaya menjaga kehormatan diri, kerana itulah dikatakan kepada kalangan
lelaki مُحْصِنِيْنَ غَيْرَ مُسَافِحِيْن
dan kepada orang-orang perempuan pula
dikatakan مُحْصَنَاتٍ غَيْرَ مُسَافِحَاتٍ وَلامُتَّخِذَاتِ أَخْدَن (Ayat: 24 sehingga 25).
67
Tiada ulasan:
Catat Ulasan