Daurah tafsir 2019 sesi 04(5)nota 4(069)
Zaman Turun Surah
Sebahagian besar daripada Surah al-Maa'idah diturunkan selepas صلح Hudaibiyah (perjanjian damai diHudaibiyah pada bulan ZulQa'dah, 6 Hijrah atau 7 Hijrah).
Adab-adab ketika berihram berkemungkinan besar turun ketika 'umrah Hudaibiyah atau 'umrah al-Qadha' pada tahun ke-7 Hijrah. Beberapa ayat yang lain juga diturunkan selepas itu. Aliran cerita bagaimanapun kelihatan bertautan.
Firman Allah: الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ (Ayat: 3) juga terdapat di dalam surah ini. Ia dipercayai ayat terakhir diturunkan tetapi yang benar-benar terakhir ialah satu surah lain yang lengkap iaitu إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ.daripada Surah an-Nasr.
Perkaitan Surah Al-Maa'idah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
1. Seperti 3 surah sebelumnya al-Baqarah, Aali'Imraan dan an-Nisaa, di dalam surah ini juga terdapat seruan kepada Ahli Kitab supaya menerima Islam.
2. Surah an-Nisaa' lebih menumpukan kepada penyusunan institusi keluarga, masyarakat dan negara.Surah al-Maa'idah pula memberi panduan tentang kehakiman Islam, terutamanya yang berkaitan dengan undang-undang jenayah, di dalamnya tersebut ayat potong tangan pencuri dan hukuman terhadap musuh-musuh yang menggugat keamanan negara.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah.
1. Umat Islam diperintah supaya menjaga segala bentuk عُقُوْد(perjanjian) yang dibuat (Ayat: 1).
2. Di dalam Surah al-Maa'idah tersebut hukum-hukum halal haram seperti berikut: Haram melakukan perburuan pada ketika ihram (Ayat: 1)شعائر الله tidak halal diceroboh (Ayat 2). 11 perkara diharamkan kepada orang-orang yang beriman: (1) Bangkai (2) Darah (3) Daging babi (4) Binatang yang disembelih bukan dengan nama Allah (5) Binatang yang mati tercekik (6)Binatang yang mati terpukul(terhentak)
(7) Binatang yang mati kerana terjatuh dari tempat yang tinggi (8) Binatang yang mati ditanduk (9) Binatang yang mati kerana diburu binatang buas dan tidak sempat disembelih (10) Binatang yang disembelih atas nama berhala-berhala (11) Mengundi (merenung) nasib dengan anak panah (Ayat:3).
Binatang yang mati kerana diburu anjing perburuan terlatih dan seumpamanya adalah halal (Ayat: 4).
Makanan Ahli Kitab (yang disembelih mereka) dan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan
69
Tiada ulasan:
Catat Ulasan