Daurah tafsir 2019 sesi 04(5)nota 4(071)
'Isa adalah satu dari tiga tuhan, golongan Kristian yang seperti ini juga dihukum kafir di dalam Surah
al-Maa'idah لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ (ayat: 73).
6. Surah al-Maa'idah juga membatalkan sikap berlebih-lebihan dan melampaui batas dengan cara yang
tidak benar dalam kehidupan beragama orang-orang Kristian (غُلُو في الدِّين). Merekav diperintah supaya
tidak bersikap demikian melalui ayat berikut:
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ
77. Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (auh) dari jalan yang betul.
"Kerana sikap itulah mereka telah mengangkat 'Isa menjadi tuhan atau menganggapnya sebagai anak tuhan yang berkongsi dalam ketuhanan dengan Allah, orang-orang Yahudi juga telah mempercayai'Uzair sebagai anak Allah dan kerananya mereka telah dila'nat .(At-Taubah: 30).
7.Hawari (pengikut setia) Nabi 'Isa adalah orang-orang Islam. Dua perkara disebutkan tentang mereka:
(a) Golongan Hawariyyun dengan jelas telah berkata: "Kami telah beriman, Ya Allah! Engkau jadilah
saksi bahawa kami adalah orang-orang Islam" (Ayat: 111).
(b) Nabi 'Isa telah berdoa untuk Hawarinya (pengikut-pengikut setianya). Beliau telah meminta kepada
tuhan agar menurunkan untuk mereka satu hidangan dari langit (Ayat: 115).
8. Dua ayat tersebut di dalam Surah al-Maa'idah berkenaan dengan melaksanakan hukum Taurat dan Injil:
(a) Tanpa melaksanakan hukum Taurat dan Injil, kehidupan Ahli Kitab adalah tanpa asas (Ayat: 6).
Orang-orang Yahudi dan Nashara sudah tidak berpandukan hukum Taurat dan Injil lagi, bagaimana mereka akan dapat menerima hukum al-Qur'an?
(b) Jika Ahli Kitab melaksanakan hukum Taurat dan Injil nescaya mereka akan dikumiakan rezeki dari
atas dan bawah (Ayat: 66).
71
Tiada ulasan:
Catat Ulasan