Isnin, Jun 15, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)(s2)nota 4(081)

Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)(s2)nota 4(081)

merahmatinya.
وَإِذَا جَاءَكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ ۖ كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ ۖ أَنَّهُ مَنْ عَمِلَ مِنْكُمْ سُوءًا بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابَ مِنْ بَعْدِهِ وَأَصْلَحَ فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
54. Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi
rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya kemudian ia bertaubat sesudah itu  dan berusaha memperbaiki (amalann)ra). Maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".

(d) Rahmat Allah sangat luas, bagaimanapun tidak akan berlaku ketidakadilan di hari kiamat nanti, orang-orang yang benar-benar bersalah tidak dapat mengelak diri daripada azab Allah.

فَإِنْ كَذَّبُوكَ فَقُلْ رَبُّكُمْ ذُو رَحْمَةٍ وَاسِعَةٍ وَلَا يُرَدُّ بَأْسُهُ عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ

147. Kemudian jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad) maka katakanlah: "Tuhan kamu mempunyai rahmat yang luas melimpah-ruah, dan azab seksaNya tidak dapat ditolak dari kaum yang berdosa".

(e) Salah satu bukti rahmat tuhan yang luas itu ialah Dia menggandakan pahala kepada manusia,satu kebaikan diganda sepuluh, sedangkan balasan kepada kejahatan pula tidak diganda.

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا ۖ وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

160. Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan,maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak
dianiaya (sedikitpun).

(f) Allah menerangkan dengan jelas kepada manusia bahawa Dia telah menjadikan mereka sebagai khalifah di muka bumi dan melebihkan sebahagian mereka dari sebahagian yang lain untuk menguji mereka pada apa yang dikurniakan kepada mereka. Kepada yang gagal dalam
ujian, Dia adalah سَرِيْعُ العِقَابِ (Maha Segera Menyiksa) dan kepada yang lulus dalam ujian, Dia adalah غَفُوْرٌ رَحِيْمٌ (Maha Pengampun lagi Maha Penyayang).

81

Tiada ulasan:

Catat Ulasan