Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)(s2)nota 4(083)
Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".
(b) Orang-orang musyrikin Mekah diseru supaya mengikuti jalan yang benar, jalan yang lurus yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w., itulah jalan tauhid dan satu-satunya jalan keselamatan.
وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ
ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
153. Dan bahawa sesunqguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yane betul lurus. maka hendaklah kamu menurutnya: dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan(yang lain dari Islam)kerana jalan-jalan yang lain itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah.Dengan yang
demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
10. Untuk membuktikan adanya tauhid uluhiyah dan tauhid ubudiyah, sifat khaliqiyah dan rububiyah dijadikan sebagai dalil.
(a) Manusia diperintah supaya menyembah خالق
atau penciptanya dan rabbnya. Tiada tuhan yang layak
selainnya.
ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوهُ ۚ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ
102. Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya.
(b) Rasulullah s.a.w. diperintah supaya mengikut wahyu yang diturunkan kepadanya dan menerima hanya Allah sebagai tuhan yang layak disembah, Baginda juga diperintah supaya berpaling dan tidak menghiraukan orang-orang musyrikin.
اتَّبِعْ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ
106. Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.
83
Tiada ulasan:
Catat Ulasan