Sabtu, Jun 27, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 05(07)(s2)nota5(089)

Daurah tafsir 2019 sesi 05(07)(s2)nota5(089)

menyeru manusia supaya bertauhid, beribadat kepada Allah dan tidak beribadat kepada selainnya.
(a)Nabi Nuh telah menyeru kaumnya kepada tauhid.(Ayat 59)
Al-A'raf 7:59
لَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِۦ فَقَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥٓ 
Sungguh, Kami benar-benar telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. 

(b) Nabi Hud telah menyeru kaumnya kepada tauhid.(Ayat: 65)
Al-A'raf 7:65
وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًاۗ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥٓۚ 
Dan kepada kaum ‘Ad (Kami utus) Hud, saudara mereka. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. 

(c) Nabi Shaleh telah menyeru kaumnya, kaum Tsamud kepada tauhid. (Ayat:73)
Al-A'raf 7:73
وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَٰلِحًاۗ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥۖ 

Dan kepada kaum Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shalih. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. 

(d) Nabi Syu'aib juga telah menyeru kaumnya, penduduk Madyan kepada tauhid. (Ayat: 85)
Al-A'raf 7:85

وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًاۗ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥۖ 
Dan kepada penduduk Madyan, Kami (utus) Syuaib, saudara mereka sendiri. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah. Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. 
 
5. Untuk beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. manusia perlu berfikir tentang kebenarannya melalui sejarah kehidupan dan ajarannya.
(a) Antara bukti kebenaran kerasulan Muhammad berdasarkan sejarah dan dalil naqli ialah Baginda telah disebutkan di dalam kitab Taurat dan Injil. (Ayat: 157)
Al-A'raf 7:157
ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلرَّسُولَ ٱلنَّبِىَّ ٱلْأُمِّىَّ ٱلَّذِى يَجِدُونَهُۥ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِى ٱلتَّوْرَىٰةِ وَٱلْإِنجِيلِ 
(Yaitu) orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi (tidak bisa baca tulis) yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada pada mereka,  menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur'an), mereka itulah orang-orang beruntung.

(b) Bukti kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. juga dapat dilihat melalui sejarah hidup dan ajaran-ajarannya yang menyuruh manusia melakukan kebaikan dan melarang manusia daripada melakukan kejahatan. Benda-benda yang baik dihalalkan dan benda-benda yang kotor pula
diharamkan. Baginda memperjuangkan keadilan masyarakat dan ekonomi. Baginda juga menghilangkan beban aqidah-aqidah yang salah, khurafat dan tahyul. Dengan berada di atas landasan tauhid yang bersih dan murni, Baginda mengajak orang ramai juga supaya berada dilandasan itu. Baginda mahu membebaskan manusia daripada syirik, bid'ah, eksploitasi,kezaliman dan kekejaman di antara manusia (الأغلال) (Ayat 157)
Al-A'raf 7:157
يَأْمُرُهُم بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَىٰهُمْ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ ٱلْخَبَٰٓئِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَٱلْأَغْلَٰلَ ٱلَّتِى كَانَتْ عَلَيْهِمْۚ 

 yang menyuruh mereka berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka, dan membebaskan beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.


(c) Hanya orang yang beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan kepada cahaya (al-Qur'an) yang diturunkan kepada Baginda sahaja yang akan berjaya. (Ayat: 157)
فَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُوا۟ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُۥٓۙ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ 
Adapun orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur'an), mereka itulah orang-orang beruntung.


89

Tiada ulasan:

Catat Ulasan