Mishkat al-masabih muqadimah sesi 2 ms005
20121014 siri 2
Ahmad bin Syu'aib An Nasa'i,¹⁷ Abu Abdillah Muhamad bin Yazid bin Najah Al Qazwinj,¹⁸ Abu MuhamadAbdullahbin Abdir Rahman Ad Daarimj,¹⁹ Abul HasanAli bin Umar Ad Daaraquthni,²⁰ Abu Bakar Ahmad bin Husain Al Baihaqi,²¹ Abul
___________________________________________________________
hidupnya beliau sempat menulis beberapa kitab termasuk juga kitab "Al-Jaami" atau dikenalijuga dengan Sunan at-Tirmizi.Beliau wafat pada tahun 279 H.
¹⁶ Imam Abu Daud lahir pada tahun 202 H. As-Sijistani adalah nisbah kepada Sajistan kerana beliau pernah tinggal disana. Untuk mempelajari dan mendalami ilmu hadits beliau pernah mengembara ke Iraq,Khurasan,Syam ,Mesir dan Hijaz. Beliau telah berguru dengan ramai sekali tokoh-tokoh hadits dinegeri-negeri tersebut. Antara guru beliau yang tersohor ialah Muslim bin Ibrahim, Sulaiman bin Harb, Yahya bin Ma'in dan Imam Ahmad bin Hambal. Antara murid beliau yang sohor pula ialah Imam Nasaa'i. Tanahair Abu Daud yang sebenarnya ialah Bashrah. Beliau juga pernah tinggal di Baghadad. Disanalah Imam Abu Daud mengarang kitabnya yang terkenal "Sunan Abu Daud". Tokoh-tokoh hadits menganggap Abu Daud sebagai saalah seoranv imam dan pakar dalam bidang hadits. Kitab Sunan Abu Daid merupakan salah satu daripada enam kitab yang utama. Beliau wafat pada 16 haribulan Syawal tahun 275 H
¹⁷ Imam Nasaa'i dilahirkan diDesa Nasa' sebuah desa di dekat Kota Khurasan. Beliau dilahirkan ada tahun 215 H. Selama hidupnya beliau sempat berguru pada beberapa tokoh ahli hadits yang ada masanya baik ketika di Khurasan sampai di Hjjaz ,Irak,Mesir maupun Sham. Beliau dikenal sebagai seorang Muhaddits yang kenamaan.Hasil karya tulis beliau cukup banyak ,hanya saja yang terkenal adalah kitab "As-Sunan".Kemudian kitab
"As-Sunan" diringkas dan diberi nama kitab "Al-Mujtabaa Minas Sunan ".Kitab Al-Mujtabaa Minas Sunan ini termasuk salah satu "Khutubus Sittah". Beliau wafat pada tahun
303 H.
¹⁸ Imam Ibnu Majah termasukm salah seorang Imam ilmu hadits. Beliau dilahirkan pada 209 H di Wilayah Qawin. Selama hidupnya beliau sering ke berbagai negeri untuk menimba ilmu-ilmu agama dan me gumpulkan hadits dari tokoh-tokoh ulama yang kenamaan dimasanya.Beliau berkelana mulai dari Basrah,Baghadad,Syam,Mesir,Hija dan negeri-negeri lain.Beliau sempat menelorkan karya tulis nya yang diberi "As-Sunan ","At-Tafsir " dan " At-Tarikh.
Beliau wafat pada tahun 73 H.
¹⁹ Imam Ad-Daarimi juga dikenal sebagai seorang ahli hadits yang jujur dan kuat daya hafalnya. Beliau dilahirkan pada tahun 181 H .Selama hidupnya beliau pernah berguru dengan sekian ramai tokoh agama yang tersebar di Hijaz,Syam,Mesir,Irak dan Khurasan. Beliau termasuk salah seorang guru bagi Imam Muslim di dalam kitab sahihnya. Beliau terkenal sebagai ahli tafsir,fiqh dan ahli ilmu hadits di Kota Samarqand. Semasa hidupnya beliau sempat menelorkan beberap buah karya tulisnya termasuk juga kitab "Al-Jaami'us Sahih","As-Sunan" yang lebih dikenal dengan nama "Al-Musnad". Kitab tersebut menurut ahli hadits dianggap lebih kuat dari Sunan Ibnu Majah.Beliau wafat pada tahun 255 H.
²⁰ Imam Ad-Daaraqutni adalah tokoh ahli hadits dimasanya. Beliau adalah seorang yang pertama ka.i menyusun ilmu Qira'at. Beliau dilahirkan di desa Daaraquth(sebuah desa dekat kota Baghadad).
Pada tahun 306H beliau sempat berkunjung keMesir dan sekembalinya dari Mesir beliau wafat di kota Baghadad pada tahun 385H. Hasil karya beliau yang paling terkenal adalah kitab "As-Sunan".
²¹ Imam Al-Baihaqi termasuk salah seorang ahli hadits kenamaan. Beliau dilahirkan pada tahun 384H di desa Khosru Jarad/Naisabur . Beliau dibesarkan di kota Baihaq.
Pernah berkunjung ke kota Baghadad
,Kufah,Mekah dan berbagai kota lainnya. Kemudian kembali ke kota Naisabur . Ditempat itu beliau wafat. Beliau wafat pada tahun 458H,dan selanjutnya jenazah beliau dipindahkan ketempat kelahirannya. Beliau mempunyai karya tulis yang tidak sedikit ,termasuk antaranya adalah kitab "As-Sunan Al-Kubra " setebal sepuluh jilid besar. Kitab tersebut termasuk antara hadits yang paling lengkap.
5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan