Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms006
20121014 siri 3
Hasan Raiziin bin Muawiyah Al-Abdari, ²² dan lain-lain.Sedikit sekali kalau ada pun selain mereka tersebut itu.
وَإِنِّي إِذَا نَسَبْتُ الْحَدِيثَ إِلَيْهِمْ كَأَنِّي أَسْنَدْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسلم؛ لأَنهم قدفرغوا مِنْهُ، وَأَغْنَوْنَا عَنْهُ. وَسَرَدْتُ الْكُتُبَ وَالْأَبْوَابَ كَمَا سَرَدَهَا، وَاقْتَفَيْتُ أَثَرَهُ فِيهَا، وَقَسَّمْتُ كُلَّ بَابٍ غَالِبًا عَلَى فُصُولٍ ثَلَاثَةٍ:
Jika aku menghubungkan sesuatu hadits dengan salah seorang tokoh tersebut itu,maka semacam aku menghubungkan hadits itu dengan Nabi saw ,sebab mereka telah mengemukakan sanadnya dengan lengkap sehingga tidak perlu lagi kita mengemukakannya pula.²³ Aku turut saja pengarang asalnya dalam mengatur kitab- kitab dan bab- babnya. Pada umumnya aku bahagikan bab kepada tiga fasal.
___________________________________________________________
²² Imam Abul Hasan Raziin yang lebih dikenali dengan Imam Al-Abdari adalah seorang Imam yang amat terkenal di kota Mekah dan Madinah. Beliau lahir di kota Saragosta/Sepanyol 535H. Beliau sempat menelorkan beberapa karya tulis.Yang paling terkenal ialah kitab "At-tajriidu Shihaahis Sittah".Didalamnya juga terdapat beberapa hadits maudhu' seperti hadits yang menerangkan tentang solat Ragha'ib
²³ Disini pengarang Misykaat cuba menghilangkan kekeliruan yang mungkin timbul didalam benak sesetengah pihak. Bahawa bukankah pengarang kitab Masabiih iaitu Imam Baghawi telah dikritik oleh beberapa orang tokoh hadits kerana beliau tidak mengemukakan sanad bagi hadits-hadits yang dikemukakan didalam kitab beliau itu?
Apa bezanya pengarang Masabiih dengan pengarang Misykaat? Kerana pengarang Misykaat juga tidak mengemukakannya. Dengan itu tidakkah beliau juga akan menjadi sasaran kritikan orang seperti yang telah berlaku kepada pengarang kitab Mashabiih sebelumnya? Melalui perenggan ini pengarang Misykaat cuba menerangkan sedikit perbezaan diantara kitab Misykat dan kitab Masabiih yang merupakan asas bagi kitab Misykaat yang disusunnya itu.
Perbezaannya terletak pada dua perkara iaitu
(1)Pengarang Masabiih langsung tidak menyebut sanad setiap hadits yang dikemukakannya.Nama perawi teratas yang terdiri daripada para sahabat pun tidak disebutnya. Pengarang Misykaat menyebutnya. Nama tokoh-tokoh yang merupakan tempat ambilan hadits juga tidak disebut oleh pengarang Masabiih. Pengarang Misykaat menyebutnya di akhir setiap hadits yang dibentangkan.Soal kenapakah beliau tidak mengemukakan sanad setiap hadits sepenuhnya,itu bagi beliau tidak perlu lagi setelah disebutkan nama pengarang kitab-kitab asal yang menjadi punca bagi hadits yang dikemukakan. Olehkerana pengarang kitab-kitab asal itu telahpun mengemukakannya dengan lengkap ,apa perlu lagi sanadnya dikemukakan pula?
²⁴ Pada kebiasaannya pengarang-pengarang membahagikan kitab tulisan mereka kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian yang merupakan tajuk besar dalam membincangkan sesuatu perkara pula dinamakan kitab. Bahagian-bahagian kecil yang termasuk di bawah tajuk besar tentang sesuatu perkara dinamakan bab. Misalnya thaharah (bersuci) adalah satu tajuk besar. Maka pengarang akan membuat satu tajuk besar untuknya berbunyi :كتاب الهارة. Dibawahnya terdapat sekian banyak tajuk-tajuk kecil berkenaan dengan thaharah,seperti wudhu,mandi,tayammum dan sebagainya. Untuk tajuk-tajuk kecil itu pengarang akan membuat tajuk
seperti باب الوضوء, باب الغسل,باب التيمم dan sebagainya. Dalam menyusun kitab-kitab dan bab-bab itu pengarang Misykaat menurut saja apa yang telah dibuat pengarang Mashaabiih. Kerana apa yang dibuatnya sudah cukup eluk dan teratur
6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan