Jumaat, Jun 19, 2020

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms008

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms008
20121014 siri 3

engkau dapati ada perbezaan didalam dua fasal di mana ahli hadits  selain Bukhari dan Muslim dalam bahagian pertama dan bahagian kedua pula disebutkan kedua mereka ,maka ketahuilah  bahawa setelah aku memeriksa  kedua kitab "Al-Jam'u Baina as-Shahihin" karangan al-Humaidi dan kitab "Jaami'ul Ushuul" aku berpegang pada kitab Sahih Bukhari dan Shahih Muslim lengkap dengan matan kedua-duanya.²⁸

وَإِنْ رَأَيْتَ اخْتِلَافًا فِي نَفْسِ الْحَدِيثِ؛ فَذَلِكَ مِنْ تَشَعُّبِ طُرُقِ الْأَحَادِيثِ، وَلَعَلِّي مَا اطَّلَعْتُ عَلَى تِلْكَ الرِّوَايَةِ الَّتِي سَلَكَهَا الشَّيْخُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ. وَقَلِيلًا مَا تَجِدُ أَقُولُ: مَا وَجَدْتُ هَذِهِ الرِّوَايَةَ فِي كُتُبِ وَجَدْتُ خِلَافَهَا فِيهَا. فَإِذَا وَقَفْتَ عَلَيْهِ فَانْسِبِ الْقُصُورَ إِلَيَّ لِقِلَّةِ الدِّرَايَةِ، لَا إِلَى جَنَابِ الشَّيْخِ رَفَعَ اللَّهُ قَدْرَهُ فِي الدَّارَيْنِ، حَاشَا للهِ مِنْ ذَلِكَ رَحِمَ اللهُ مَنْ إِذَا وَقَفَ عَلَى ذَلِكَ نَبَّهَنَا عَلَيْهِ، وَأَرْشَدَنَا طَرِيقَ الصَّوَابِ. وَلَمْ آلُ جُهْدًا فِي التَّنْقِيرِ وَالتَّفْتِيشِ بِقَدْرِ الْوُسْعِ وَالطَّاقَةِ، وَنَقَلْتُ ذَلِكَ الِاخْتِلَافَ كَمَا وَجَدْتُ.

Jika engkau lihat ada perbezaan pada hadits sendiri, maka itu berpunca daripada banyaknya saluran hadits,²⁹ Mungkin aku tidak  mengetahui riwayat yang dipakai oleh

___________________________________________________________

Misykaat meringkaskannya. Beliau akan mengemukakan mana-mana yang berkenaan sahaja. Dalam  perkara ini pengarang  Misykaat  juga sebenarnya telah mengikut langkah pengarang Mashabiih. Jika tidak begitu, sesuatu hadis  akan disebut  dengan lengkap meskipun pengarang  Mashabiih telah menyebutnya secara ringkas.

²⁸ Iltizam pengarang Kitab Mashabiih iaitu Imam Baghawi ialah menyebutkan dibawah fasal pertama. Menurut  istilah (Imam Bahgawi sendiri  fasal pertama itu disebut sebagai من الصاح)hadits-hadits Bukhari dan Muslim  atau salah seorang daripada mereka berdua. Dibawah fasal kedua  (menurut istilah Imam Baghawi  sendiri  fasal kedua disebut sebagai مِنَ الحِسَان)pula beliau menyebutkan  hadits-hadits yang dikemukakan  oleh Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain. Akan tetapi didalam Kitab Misykaat terkadang-kadang ada juga berlaku sebaliknya, dimana di dalam fasal pertama tersebut  riwayat selain Bukhari dan Muslim seperti  Abu Daud,  Tirmizi, Nasaa'i dan lain-lain dan di dalam fasal kedua tersebut riwayat Bukhari dan Muslim. Oleh kerana pengarang asalnya Imam Baghawi memasukan  hadits-hadits yang sebenarnya bukan  merupakan riwayat  Bukhari dan Muslim dibawah fasal pertamanya. Pengarang Misykaat  menyebut disitu nama-nama pengarang 'kitab-kitab' yang merupakan punca sebenar hadits yang tersebut  dibawah fasal pertama itu.
Sebagai contohnya dapat anda lihat pada fasal  pertama dibawah  باب السلام ،باب فضائل القرأن،باب سنن الوضوء dan lain-lain. Begitu juha dibawah  fasal kedua ,kadang-kadang tersebut hadits-hadits Bukhari dan Muslim. Padahal  dibawah fasal kedua  yang menurut istilah  Imam Baghawi disebut sebagai من الحسان sepatutnya hanya dikemukakan hadits-hadits kitab-kitab sunan sepeeti Abu Daud,Tirmizi, Nasaa'i dan lain-lain sahaja. 
Sebagai contohnya  dapat anda lihat 
dibawah باب ما يقرأ بعد التكبير atau dibawah  باب الموقف dan lain-lain. Apa yang dilakukan oleh pengarang Misykaat ialah menyebutkan bahawa hadits-hadits itu juga  adalah hadits-hadits Bukhari dan Muslim. Kata pengarang Misykaat, semua itu beliau lakukan  dengan sengaja dan penuh sedar setelah meneliti dan memeriksa kitab-kitab "Al Jam'u Baina as-Shahihainin" karangan al-Humaidi dan kitab "Jaami'ul Ushuul"karangan Ibnu al Atsir disamping kitab-kitab asal Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

²⁹  Maksudnya ialah jika engkau nampak ada sedikit perbezaan pada lafaz sesuatu hadits yang diriwayatkan oleh pengarang Mashabiih dan olehku,maka itu berpunca daripada banyaknya

8


Tiada ulasan:

Catat Ulasan