Sabtu, Jun 20, 2020

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms009

Mishkat al-masabih muqadimah sesi 3 ms009
20121014 siri 3

Syeikh(Al-Imam Al-Farra' AlBaghawi).Engkau akan dapati sedikit sekali aku berkata:"Aku tidak dapati riwayat ini (riwayat yang dikemukakan oleh Imam Baghawi) didalam kitab-kitab ushul atau aku dapati riwayatnya bercanggah dengan riwayat didalam kitab-kitab ushul.³⁰ Jika engkau  dapati apa yang aku katakan itu tidak benar, maka kaitkanlah kekurangan itu denganku . Ia disebabkan oleh kurangnya pengetahuanku. Jangan engkau kaitkannya dengan diri Tuan Syeikh(Imam Baghawi)-Semoga Allah meninggikan darjat beliau didunid dan diakhirat-Jauh sekali beliau akan melakukan kesilapan seperti itu.Semoga Allah merahmati orang yang apabila mengetahui apa yang benar,dia terus mengingatkan daku tentangnya dan membimbingdaku ke jalan yang betul.³¹  Sehabis daya telah ku curahkan dalam memeriksa  dan menyelidik .Aku hanya menukilkan percanggahan itu sebagaimana telah aku dapati.

وَمَا أَشَارَ إِلَيْهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مِنْ غَرِيبٍ أَوْ ضَعِيفٍ أَوْ غَيْرِهِمَا؛ بَيَّنْتُ وَجْهَهُ غَالِبًا، وَمَا لَمْ يُشِرْ إِلَيْهِ مِمَّا فِي الْأُصُولِ؛ فَقَدْ قَفَّيْتُهُ فِي تَرْكِهِ، إِلَّا فِي مَوَاضِعَ لغَرَضٍ. وَرُبمَا تَجِدُ مَوَاضِعَ مُهْمَلَهةً، وَذَلِكَ حَيْثُ لَمْ أَطَّلِعْ عَلَى رِوَايَة فَتَرَكْتُ الْبَيَاضَ، فَإِنْ عَثَرْتَ عَلَيْهِ فَأَلْحِقْهُ بِهِ، أَحْسَنَ اللَّهُ جَزَاءَكُ. 

Isyarat penulis kitab asal(Imam Baghawi ra)tentang gharibnya(sesuatu hadis)atau dhaifnya atau lain-lain,kebanyakannya aku terangkan sebabnya. Hadits-hadits di dalam kitab-kitab Ushul yang tidak diisyaratkan olehnya, aku turut saja beliau dalam meninggalkannya, kecuali pada beberapa tempat kerana sesuatu maksud.³² Mungkin

___________________________________________________________
saluran riwayat hadits itu. Pengarang Mashabiih meriwayatkannya berdasarkan sanad yang sampai kepadanya. Aku pula meriwayatkannya berdasarkan
sanad hadits yang sampai kepadaku.

³⁰ Yang dimaksudkan dengan kitab-kitab ushul disini ialah kitab-kitab tokoh-tokoh muhadditsin  yang disebutkan sebelum ini seperti Sahih Bukhari,Sahih Muslim,Sunan Abi Daud dan lain-lain.

³¹ Maksud pengarang Misykaat disini ialah jika ada sesiapa mengetahui riwayat yang dikemukakanoleh ImamBaghawi didalam kitabnya Mashabiih yang tidak ku temui didalam kitab-kitab ushul itu,dia hendaklah mema'lumkan kepadaku sekiranya aku masih hidup.Dan jika aku telah meninggaldunia, dia  boleh menambahkannya kedalam kitabku ini. Sama ada dalam  bentuk syarah atau hasiyah.

³² Dikebanyakan tempat apabila Imam Baghawi ra didalam Mashabiihnya menghukum sesuatu hadits dengan gharib,dhaif,syaz atau mungkar,pengarang Misykaat akan menjelaskan kenapa ia gharib atau dhaif.Kenapa pula ia diktakan syaz atau mungkar.Hadits-hadits yang tidak dihukum apa-apa pula oleh Imam Baghawi ra,tidak disentuh oleh pengarang Misykaat. Beliau turut saja pengarang asal tanpa membuat  apa-apa komen.  Tetapi ada juga disentuh disetengah tempat ,di mana pengarang Mashabiih tidak menghukum apa-apa terhadap sesuatu hadits,pengarang Misykaat tetap mengomentarnya. Keadaan seperti  ini hanya  berlaku apabila ada sebab-sebab tertentu seperti ada pihak menganggap hadits tertentu sebagai maudhu' misalnys  atau hadits itu dikatakan batil dan sebagainya. Padahal hadits itu dikatakan sahih atau hasan oleh Tirmizi  dan lain-lain tokoh hadits.  Untuk menolak kritikan-kritikan dan tohmahan-tohmahan seperti itulah pengarang Misykaat akan membuat sedikit ulasan tentangnya. Antara sebab  pengarang  Misykaat membuat ulasan ditempat-tempat yang pengarang Mashabiih tidak menghukum apa-apa ialah seperti kata at-Thibi(Husain bin Abdullah bin Muhamad m 743H), bahawa didalam khutbah kitab Mashabiih,pengarang telah mensyaratkan(berjanji) untuk tidak mengemukakan hadits-hadits mungkar didalam kitabnya itu. Tetapi ternyata banyak juga

9





Tiada ulasan:

Catat Ulasan