Sabtu, Jun 06, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 7(0103)

Qawaid tafsir 2018 nota 7(0103)

Di bawah ini dikemukakan beberapa contohnya:

لَّا یَسۡتَوِی ٱلۡقَـٰعِدُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ غَیۡرُ أُو۟لِی ٱلضَّرَرِ وَٱلۡمُجَـٰهِدُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡۚ فَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَـٰهِدِینَ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ عَلَى ٱلۡقَـٰعِدِینَ دَرَجَةًۚ وَكُلًّا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ وَفَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَـٰهِدِینَ عَلَى ٱلۡقَـٰعِدِینَ أَجۡرًا عَظِیمًا

 Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) dan tidak
mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan
jiwa mereka. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya
atas orang-orang yang duduk (tidak turut berperang kerana uzur) satu darjat. Kepada
masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah
melebihkan orang-oran g yang berjihad atas orang yan  (tidak turut berperang
tanpa ada sesuatu uzur) dengan pahala yang besar. 
(an-Nisaa':95).

Jika غَیۡرُ أُو۟لِی ٱلضَّرَرِ tidak disebutkan di dalam ayat di atas, niscaya ia boleh disalah
fahami oleh sesetengah orang, bahawa orang yang tidak pergi berperang itu
bagaimana pun tetap tidak akan mendapat langsung kelebihan (pahala) yang
diperolehi orang-orang yang pergi berjihad. Padahal yang tidak mendapat langsung
pahala seperti orang-orang yang pergi berjihad ialah orang-orang yang tidak pergi
tanpa ada sebarang keuzuran. Adapun orang-orang yang tidak pergi kerana ada
keuzuran, mereka dapat juga pahala, cuma pahala yang diperolehinya kurang daripada
pahala orang-orang yang pergi berjihad dengan harta dan jiwa mereka.
Itulah sebabnya setelah mengatakan tidak sama di antara orang-orang yang tidak ikut
berperang, Allah terus menyebut   غَیۡرُ أُو۟لِی ٱلضَّرَرِ( tidak mempunyai 'uzur)
sebelum lagi Dia menyebutkan orang-orang yang pergi berjihad di jalan  Allah dengan
harta mereka dan jiwanya. Memanglah tidak sama, tetapi itu tidaklah bererti orang-
orang yang tidak ikut berperang kerana ada sesuatu keuzuran langsung tidak
mendapat pahala yang diperolehi orang-orang yang pergi berjihad. Yang tidak dapat
langsung ialah orang-orang yang tidak ikut berperang dalam keadaan tidak ada
sebarang keuzuran yang dibenarkan oleh Syara'.
(2)

103

Tiada ulasan:

Catat Ulasan