Ahad, Jun 07, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 9(0125)

Qawaid tafsir 2018 nota 9(0125)

Bahagian ayat yang bergaris di bawahnya adalah
خبريه لفظا إنشائية معنا. 
Nafi yang
terdapat di dalamnya dipakai dengan ma'na nahi. Taqdir kalamnya ialah:
فلا تر فثواولا تفسقو ولا تجادلوا في الحج
(Jangan kamu melakukan rafats, jangan berbuat fasik dan jangan
berbantah-bantahan dalam masa mengerjakan haji).

(2)
إِنَّهُۥ لَقُرۡءَانٌ كَرِیمٌ
77. Sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Qur'an yang muha.
TS.Iatersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara (Lauhul Mahfuzh),
فِی كِتَـٰبٍ مَّكۡنُونٍ

78.Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,


لَّا یَمَسُّهُۥۤ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ
79. tidak dapat menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan
تَنزِیلٌ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ
80. Ia diturunkan dari (Allah) Tuhan sekalian alam. 
(al-Waqi'ah: 77-80).

Ayatke-79 dipakai sebagai    خبريه لفظا إنشائية معنا. 
 oleh segolongan 'ulama'. Bagi mereka,
ia seharusnya ditaqdirkan: فلا تمسوه إلا وأنتم طاهرون

(Maka janganlah kamu
menyentuhnya melainkan dalam keadaan  suci). Dari situlah mereka
menyimpulkan al-Qur'an tidak harus disentuh melainkan dalam keadaan seseorang
suci daripada hadats kecil dan hadats besar. Kenapa tidak digunakan saja sighah nahi
seperti yang ditaqdirkan itu? Jawapannya ialah qaedah ke-61 yang sedang
dibincangkan ini, iaitu: 
إِيْرَادُ الْإِنْشَاءِ بِصِيْغَةِ الْخَبَرِ أَبْلَغُ مِنْ إِيْرَادِهِ بِصِغَةِ الْإِنْشَاءِ


Contoh sighah mudhari' (khabar) yang dipakai dengan erti amar (insya') pula
adalah seperti berikut:

(1)
۞ وَٱلۡوَٰلِدَٰتُ یُرۡضِعۡنَ أَوۡلَـٰدَهُنَّ حَوۡلَیۡنِ كَامِلَیۡنِۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن یُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ لَا تُكَلَّفُ نَفۡسٌ إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَا تُضَاۤرَّ وَٰلِدَةُۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوۡلُودٌ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦۚ وَعَلَى ٱلۡوَارِثِ مِثۡلُ ذَٰلِكَۗ فَإِنۡ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٍ مِّنۡهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلَا جُنَاحَ عَلَیۡهِمَاۗ وَإِنۡ أَرَدتُّمۡ أَن تَسۡتَرۡضِعُوۤا۟ أَوۡلَـٰدَكُمۡ فَلَا جُنَاحَ عَلَیۡكُمۡ إِذَا سَلَّمۡتُم مَّاۤ ءَاتَیۡتُم بِٱلۡمَعۡرُوفِۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوۤا۟ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِیرٌ

233. Para ibu ___hendaklah menyusukan anak-anak nya__ selama dua tahun penuh, iaitu
bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan
dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan


125

Tiada ulasan:

Catat Ulasan