Isnin, Julai 20, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)nota6(110)

Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)nota6(110)
sesi 06(11,12,13,14)

Surah hud
Tertib surah 11 
Bilangan ayatnya 123
Bilangan rukuk 10
Surah makkiyah 
Tertib turun ialah yg ke 52
Bilangan paragrafnya ada 8

Bilangan paragrafnya ada 8.
Paragraf 1ayat 1-24  pendahuluan tuntutan tauhid ibadat (yakni tauhid uluhiyah:tauhid ibadat byk jenis iaitu ada tauhid uluhiyah dan ada tauhid rububiyah.Ini tauhid uluhiyah,tauhid ibadah)
Paragraf 2Ayat 25-49 kisah dakwah dan  kebinasaan kaum nabi nuh
Paragraf 3Ayat 50-60kisah kaum hud dan kebinasaan kaumnya kaum aad
Paragraf 4 Ayat 61-68 kisah dakwah nabi soleh dan kebinasaan kaum tsamud.
Paragraf 5 Ayat 69-83 kisah dakwah nabi lut dan kebinasaan kaum lut.
Paragraf 6 Ayat 84-95 kisah dakwah nabi syuib dan kebinasaan kaumnya
Paragraf 7Ayat 96-99 kisah dakwah nabi musa dan kebinasaan firaun dan keluarganya atau pendokong2nya.
Paragraf 8 Ayat 100-123  Penutup, tuntutan tauhid ibadat.  (Surah ini yg menuntut supaya kita juga berada diatas tauhid ibadat dan berpegang pada tauhid uluhiyah sebagaimana permulaan surah ini yang juga merupakan kata kuncinya.Selalunya kata kunci ini ada didepan atau  ada dihujung.kalu kita perhati molek2 itulah mesej utamanya)


Mesej utama.
Dengan menerima seruan alQuran, ajaran tauhid dan bertaubat daripada syirik dan dosa2  selain memohon keampunan kepada Allah ,sesuatu kaum diberi peluang tanpa dibinasakan.jika tidak mereka juga akan dibinasakan seperti kaum2 sebelumnya .

110

Tiada ulasan:

Catat Ulasan