Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms014
Niat
___________________________________________________________
Mengucapkan apa yang diniatkan didalam hati tidak disyaratkan dan tidak juga diwajibkan dalam semua jenis ibadat. Sepakat ulamak semua mazhab mengatakan , mengucapkan dengan lidah semata-mata tanpa berniat didalam hati hendaklah melakukan sesuatu ibadat adalah tidak sah. Ulamak semua mazhab juga sepakat mengatakan ,ada niat dalam hati sahaja sudah memadai untuk sahnya sesuatu amalan ibadat. Kecuali dalam ibadat haji dan umrah, kerana selain ada niat hendak mengerjakannya, sunat juga diucapkan apa yang diniat. Misalnya diucapkan لبيك بجج وعمرة kalau hendak mengerjakan haji dan umrah atau لبيك بعمرة kalau hendak mengerjakan umrah sahaja. Alasan kepada pengecualian ini ialah hadits Rasullah saw dimana ketika hendak memulakan ibadat berkenaan , baginda telah mengucapkannya dan ia didengari oleh sekian ramai sahabat . Para ulama hanya berbeza pendapat tentang hukum mengucapkan apa yang diniat,sama ada ia mustahab , sunat, makruh, atau bidah. Kebanyakan ulamak dari kalangan Syafiiyyah dan Hanafiyyah menganggap ia mustahab . Yang berbeza cuma kebanyakan ulama Hanifiyah mengatakan mustahab itu hanya kepada orang yang was-was atau kepada orang yang sukar menghadirkan niat di dalam hati tanpa menyebutkannya. Golongan Syafiiyah pula berpendapat mustahab kepada semua orang. Hanya seorang dua ulama sahaja dari kalangan Syafiiyyah berpendapat mengucapkan apa yang diniatkan untuk sesuatu ibadat adalah wajib. Imam Malik dan kebanyakan ulama dalam mazhabnya berpendapat ia makruh. Sementara kebanyakan ulama dalam mazhab Hambali dan Ahlul Hadits pula berpendapat ia bidah kerana tidak tsabit di dalam mana-mana hadits sama ada sahih atau dhaif,musnad atau mursal, Nabi saw atau mana-mana sahabat baginda pernah melakukanya. Tidak tsabit dalam mana-mana hadits , Nabi saw pernah mengucapkan niat solat puasanya. Ibnu Amiril Haaj berkata "Tidak tsabit juga daripada mana-mana imam empat mazhab bahawa mereka menganjurkan para pengikut mereka supaya mengucapkan niat" Bagi penulis,pendapat inilah yang benar. Langkah cermat juga ada pada pendapat ini. Kerana qaedah fiqh menegaskan , jika terdapat khilaf tentang sesuatu perkara samada ia sunat atau bidah,perkara itu lebih baik ditinggalkan.
Perbezaan diantara perkataan amal dan fiil(perbuatan)
Soal kenapa Rasullah saw bersabda إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ,
bukan إِنَّمَا اْلأَفْعَالُ بِالنِّيَّاتِ pula beberapa jawapan telah diberikan oleh para ulama hadits . Antara lainnya ialah
(1)Perkataan عمل mengandungi erti perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan secara berkekalan dan berterusan. Berbeza dengan perkataan فعل kerana ia tidak menunjukkan makna berkekalan dan berterusan. Untuk mengisyaratkan kepada amalan ibadat , qurban dan mubaah dilakukan sesaorang secara berterusan dan berkekalan dan agama juga menuntut ia dilakukan secara berterusan dan berkekalan, Nabi saw telah menggunakan perkataan اْلأَعْمَالُ bukan perkataan اْلأَفْعَالُ didalam sabdanya ini. Kerana itulah juga Allah berfirman واعملوا صالحا bukan وافعلوا صالحا وعملوا الصالحات bukan وفعلوا الصالحات. Jesteru amal saleh itu dituntut dilakukan secara berkekalan dan berterusan.
(2)Amal dikatakan kepada perbuatan mukallaf. Fiil digunakan umum untuk semua orang. Olehkerana Rasullah saw menujukan sabdanya ini kepada golongan mukallaf, Beliau saw menggunakan perkataan اْلأَعْمَالُ.
(3)Perkataan amal digunakan khusus untuk orang-orang yang beraqal. Perkataan fiil tidak begitu. Ia digunakan untuk yang beraqal dan juga yang tidak beraqal. Itulah sebabnya kenapa orang-orang Arab tidak berkata عمل البهائم u tuk binatang. Mereka sebaliknya berkata فعل البهائم. Olehkerana Rasullah saw bermaksud menyatakan hukum amalan atau perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang yang beraqal, Baginda saw menggunakan disini perkataan اْلأَعْمَالُ. Apa jua amalan sama ada berupa ibadat khusus atau ibadat umum yang juga merupakan qurbah(apa-apa yang dilakukan seseorang dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah),sah atau tidaknya dikira berdasarkan niat pelakunya. Apakah tujuan dan matlamatnya melakukan sesuatu amalan atau pekerjaan. Sekiranya sesuatu amalan itu dimulakan dengan niat yang baik dan ikhlad, maka amalan tersebut akan dikira sebagai amalan yang sah dan mendatangkan pahala atau pekerjaan. Sekiranya sesuatu amalan itu dimulakan dengan niat yang baik dan ikhlas, maka amalan tersebut akan dikira sebagai amalan yang sah dan mendatangkan pahala. Ini dijelaskan lagi oleh bahagian kedua hadits diatas,iaitu وإنما لكل امرىء ما نوى
(setiap orang itu akan mendapat apa yang di niatnya). Jika si pelaku meniatkan sesuatu tujuan melalui amalanya, maka apa yang akan atwu mu gkin diperolehinya adalah tujuan yang
14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan