Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms022
Misykatul masobih-kitab iman-sesi 00A
09-Dis-12
Kitab iman³⁷
___________________________________________________________
³⁷ Oleh kerana iman adalah sesuatu yang paling penting dalam kehidupan beragama dan ia merupakan syarat penerimaan segala amalan dan ibadat sesaorang manusia, maka pengarang memulakan kitabnya dengan kitab iman.
Erti iman.
Dari segi bahasa Arab iman bererti mempercayai, menyakini , menerima dan membenarkan . Penggunan perkataan ini dari sudut bahasa dapat dilihat umpamanya dalam firman Allah berikut ini:
Yusuf 12:17
وَمَآ أَنتَ بِمُؤْمِنٍ لَّنَا وَلَوْ كُنَّا صَٰدِقِينَ
Bermaksud:Ayah sudah tentu tidak akan percaya kepada kami, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar.”
Perkataan iman berasal daripada perkataan أَمْنٌ yang bererti keamanan, keselamatan dan ketenteraman.Seolah-olahnya orang yang membenarkan sesaorang, meletakannya dalam keamanan dan ketenteraman daripada dibantahi dan didustainya.
Dari segi istilah syariat pula, beberapa takrif iman telah dikemukakan oleh para ulamak. Antara lainnya ialah:
(1)Kebanyakan ulama berpendapat iman menurut istilah syariat ialah
الَّصْدِيقُ بِمَا عَلِمَ بِالضَّرُورَة مِنَ الدِّينُ كَالْإِيْمَانِ بِاللهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ
Bermaksud : Membenarkan apa yang diketahui sebagai ajaran agama Islam oleh semua orang seperti percaya kepada Allah , malaikat,kitab-kitab suciNya, rasul-rasulNya dan hari kemudian.
(2)Mahmud Al-Aalusi berkata didalam kitabnya Ruh al-Maani mentakrifkannya dengan berkata
هُوَ التَّصْدِيْقُ بِمَا عَلِمُ مُجِيءَ النَّبِيِ بِهِ ضَرُورَةً تَفْصِيلًا فِي عَلِمَ تَفْصِيلَا وَإِجْالَا فِيمَا عُلِمَ إِجْمَالًا
Bermaksud :Iman ialah membenarkan ajaran-ajaran yang diketahui semua orang telah dibawa oleh Nabi saw. Yang dikemukakan oleh Rasullah saw secara terperinci ,perlu diimani secara terperinci dan yang dikemukakan oleh Baginda saw secara borong pula, perlu diimani secara borong. Setelah mengutarakan takrif tersebut Al-Alusi berkata وَهَذَا مَذْهَبُ جُمْهُوْرِ المُحَقِّقِينَ ( ini adalah pegangan kebanyakan ahli tahqiq-ulama yg boleh bagi dalil dari kajiannya/pakar)
(3)Iman ialah membenarkan ajaran-ajaran yang diyakini sebagai agama yang dibawa oleh Rasullah saw. Justeru ajaran-ajaran yang tsabit berdssarkan dzan semata-mata,seperti ysng tsabit melalui hadits-hadits aahaad dan qias tidak termasuk dalam bidang imaniyaat(perkara-perkara yang wajib diimani) .
(4)Iman Ghazali didalam Faishalatul atTafriqah Baina al-Islam Wa az-Zandaqah mentakrifkan iman dan kufur dengan katanya
اَلإِيْمَانِ هُوَ تَصْدِيقَ النَّبِي عَلَيهِ وَالسَّلَامِ فِي جَمِيعِ مَا جَاءَ بِهِ وَالْكُفْرِ هُوَ تَكْذِيْبُهُ فِي شَيْءٍ مِمَّا جَاءَبِهِ
Bermaksud:Iman ialah membenarkan segala apa yang dibawa oleh Nabi saw dan kufur ialah mendustakan apa saja yang dibawa Baginda saw . Jadi mengikut takrif ini, sesaorang itu baru dikatakan beriman apabila ia membenarkan semua perkara yang dibawa oleh Rasullah saw . Dan untuk menjadi kafir pula tidak perlu ia mendustakan semua perkara yang dibawa oleh Rasullah saw. Memadailah dengan ia mendustakan satu saja ajaran yang dibawa Baginda saw.
(5)Imam Raazi kurang puas hati dengan takrif yang dikemukakan oleh al-Ghazali itu kerana beberapa alasan . Salah satunya ialah takrif itu tidak merangkumi orang yang tidak membenarkan dan tidak juga mendustakan Rasullah saw. Padahal semua ulama sepakat mengatakan orang seperti itu juga dikira kafir. Maka beliau mengubah sedikit takrif yang dibuat al-Ghazali tadi dengan berkata:
اَلإِيْمَانِ هُوَ تَصْدِيقَ النَّبِي عَلَيهِ وَالسَّلَامِ فِي جَمِيعِ مَا جَاءَ بِهِ وَالْكُفْرِ هُوَ تَكْذِيْبُهُ فِي شَيْءٍ مِمَّا جَاءَبِهِ
Bermaksud : Iman ialah membenarkan Nabi saw serta ajaran yang dibawanya dan kufur pula ialah tidak membenarkan apa saja yang dibawa Nabi saw. Dengan itu tidak terlepaslah orang yang tidak membenarkan dan tidak juga me dustakan Rasullah saw daripada kekufuran.
(6)Syah Abdul Aziz dinukilkan berpendapat bahawa iman itu bererti menerima Kitab Allah,zahir dan batinnya sesuai dengan kehendak alQuran dan Sunnah Nabi saw .
Sesaorang tidak akan terlepas daripada menjadi mulhid(kafir) dan zinddiq walaupun setelah menerima Kitab Allah zahir dan batin,sekiranya ia masih lagi mentakwilkannya dengan takwilan-takwilan yang tidak bersesuaian dengan Kitab Allah dan Sunnah rasulNya. Misalnya ia percaya bahawa syurga dan neraka yang tersebut didalam alQuran itu benar, tetapi ditakwilnya syurga dengan ketenangan jiwa dan neraka pula dengan penderitaan jiwa. Takwilan seumpama ini bercanggah sama sekali dengan alQuran dan asSunnah. Firman Allah فاخلع نعليك sebagai contoh kedua, diterimanya sebagai firman Allah. Tetapi maksudnya sughra dan
22
Tiada ulasan:
Catat Ulasan