Sabtu, Julai 25, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms023

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms023

Misykatul masobih-kitab iman-sesi 00A
09-Dis-12
_______________________________________________________________________________________________
kubra atau lain-lain yang secara total bercanggah dengan al-Quran dan as-sunnah. Menolak apa yang dibawa Rasullah saw secara terang pula adalah kekufuran dan menerimanya dengan  lidah sahaja atau  mengerjakannya secara lahir sahaja,sedangkan hati tidak menerimanya adalah  nifaq.
(7)Maulana Muhamad Anwar Syah al-Kashmiri berpendapat  الإيمان هو تصديق النبي صلى الله عليه بما جاء به بالا عتماد علية صلى الله وسلم Bermaksud :Iman ialahbmembenarkan Nabi saw serta ajaran  yang dibawanya dengan semata-mata bersandar dan percaya kepadanya. Dengan itu orang yang membenarkan  ajaran  yang dibawa oleh  Nabi saw dengan bersandarkan kepada dalil-dalil aqliahnya sendiri masih tidak boleh dikatakan mukmin. Alasan beliau ialah  firman Allah di bawah ini:
An-Nisa' 4:65
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا۟ فِىٓ أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا 
Bermaksud: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka (manusia) tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau (pemutus) dalam mana-mana yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan apa telah engkau putuskan itu, dan mereka menerimanya dengan sepenuhnya. (An-Nisaa':65). 


(8) Iman Muhammad bin al-Hasan Bermaksud: dinukilkan Iman ialah berkata
الإيمان هو تصديق النبي صلى الله عليه وسلم بما جاء به التبري عن جميع ما سوى الله

Bermaksud :Iman ialah membenarkan Nabi s.a.w. serta ajaran yang dibawanya di samping berlepas diri daripada segala sesuatu selain Allah. Syeikh Ahmad Sarhindi yang dianggap sebagai mujaddid alaf kedua oleh ulama-ulama di benua kecil India, menyokong pendapat ini dengan mengemukakan firman Allah di bawah ini sebagai sandarannya:
  Al-Mumtahanah 60:4

قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِىٓ إِبْرَٰهِيمَ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥٓ إِذْ قَالُوا۟ لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَءَٰٓؤُا۟ مِنكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ ٱلْعَدَٰوَةُ وَٱلْبَغْضَآءُ أَبَدًا حَتَّىٰ تُؤْمِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَحْدَهُۥٓ
 
Bermaksud: Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada. Ibrahim a.s. dan pengikut-pengikutnya, semasa mereka berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah; Kami ingkari (kekufuran) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu buat selama-lamanya, sehingga kamu beriman kepada Allah semata-mata. (Al-Mumtahanah:4).

(9) Syeikh 'Abdul Qadir al-Jilaani, Syah Waliyyulah dan Qadhi Tsana'ullah Paniipati pula berpendapat, iman ada rupa zahir dan hakikat. Rupa zahir iman ialah  تصديق بالجنان(membenarkan dengan hati), إقرار باللسان(mengaku dengan Iidah) dan  عمل بالأركان (melakukan dengan angota badan). Hakikat iman pula ialah keinginan manusia sepenuhnya mengikut kehendak Syari'at (ugama Islam). Sandaran untuk hakikat iman itu dapat dilihat umpamanya di dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh 'Amar bin al-Aash ini:
لَا يُوءْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُوْ هَوَاهُ تَبْعًا لِمَا جِئْتُ بِهِ

 Bermaksud: Tidak beriman seseorang daripada kamu selagi keinginannya tidak mengikut apa (ajaran) yang telah ku bawa. (al-Baghawi di dalam Syarah as-Sunnahnya, di dalam Arba'innya, at-Thabaraani, Ibnu Abi 'Aashim dan lain-lain). 

Firman Allah berikut juga jelas mengisyaratkan kepadanya:

وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ ٱللَّهِۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِى كَثِيرٍ مِّنَ ٱلْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ ٱلْإِيمَٰنَ وَزَيَّنَهُۥ فِى قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ ٱلْكُفْرَ وَٱلْفُسُوقَ وَٱلْعِصْيَانَۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلرَّٰشِدُونَ 

Bermaksud: dan ketahuilah bahawa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau dia menuruti kehendakmu dalam banyak perkara, tentulah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan Dia menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka Itulah orang orang yang mengikuti jalan yang lurus, (Al-Hujuraat:7).

 Dengan rahmat dan inayat Allah semata mata, kita manusia yang lemah ini ditaklifkan (dibebani agama) hanya dengan rupa zahir iman sahaja. Padahal kesempurnaan iman itu tetap juga berada pada hakikatnya.

23




Tiada ulasan:

Catat Ulasan