Selasa, Ogos 04, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 06(12)nota6(117)

Daurah tafsir 2019 sesi 06(12)nota6(117)
sesi 06(11,12,13,14).


Zaman Diturunkan Surah Dan Latar belakangnya
Besar sekali kemungkinan Surah Yusuf diturunkan pada tahun ke-12 Kenabian sebelum Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah dan ia turun selepas Surah Hud. Ketika itu pelbagai perancangan jahat telahpun dibuat oleh orang-orang kafir Quraisy terhadap Rasulullah s.a.w. sama ada mahu menghalau Baginda keluar dari Mekah atau dibunuh saja Baginda.Kalangan pemimpin Quraisy tak ubah seperti saudara-saudara Nabi Yusuf a.s. yang telah bertindak zalim dan kejam terhadap saudaranya sendiri. Kesalahannya tidak lain hanyalah kerana tidak mahu
menerima penyembahan berhala dan kerana menegakkan ajaran tauhid.

Kesinambungan Surah Hud Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
1. Surah Hud sebelum ini lebih menekankan sudut إنذار (memberi ancaman) dengan mengemukakan sejarah bangsa-bangsa yang telah dibinasakan, Surah Yusuf pula lebih menekankan sudut تَبْشِيْر(penyampaian berita gembira) kepada orang-orang yang bersabar menghadapi cabaran hidup. Didalamnya juga dinyatakan tauhid sebagai ajaran yang benar dan syirik sebagai ajaran yang salah. Didalam penjara pun, Nabi Yusuf tetap menyeru orang ramai kepada ajaran tauhid.
2. Di dalam Surah ar-Ra'd yang akan datang nanti dikemukakan dalil-dalil ,عقلي dan  آففاقي untuk
membenarkan ajaran tauhid dan membatalkan ajaran syirik.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Setelah saudara-saudara Yusuf menqaku bersalah dan menyatakan penyesalan mereka. Nabi Ya'quba.s. memohon istishfar kepada Allah.Walaupun saudara-saudara Yusuf telah berdengki kepadanya dan mezaliminya, setelah melalui pelbagai ujian akhimya Yusuf dikurniakan kuasa ketika berada di Mesir, semua saudara-saudara Yusuf
bersama anak isteri mereka dan kedua ibu bapa mereka kemudiannya berhijrah dari Palestin ke Mesir.
Pada ketika itu, saudara-saudara Yusuf mengaku bersalah, mereka menyesal dan sangat malu atas perbuatan jahat mereka terhadap Yusuf dan akhir sekali Nabi Ya'qub memohon keampunan kepada Allah (Ayat: 98).
Yusuf 12:98
قَالَ سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّىٓۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ 
Dia (Yakub) berkata, “Aku akan memohonkan ampunan bagimu kepada Tuhanku. Sungguh, Dia Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

Kesimpulannya ialah Allah dengan rahmat dan limpah kumiaNya boleh mengampuni dosa manusia yang berasa bersalah dan menyesal atas perbuatan salahnya.

2. Di dalam Surah Yusuf juga diperkenalkan al-Our'an.
(a) al-Qur'an diturunkan dalam Bahasa Arab supaya manusia dapat merenung dan berflkir tentang

117

Tiada ulasan:

Catat Ulasan