Isnin, Ogos 31, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 07(16)nota7(144)

Daurah tafsir 2019 sesi 07(16)nota7(144)
Sesi 07(15,16,17).

Allah tetapi apa yang dikatakan mereka itu dilemparkan kepada mereka dengan dikatakan kamu dusta,
orang-orang yang kamu sembah itu tidak pernah menyuruh kamu menyembahnya (Ayat: 86).
وَإِذَا رَءَا ٱلَّذِينَ أَشْرَكُوا۟ شُرَكَآءَهُمْ قَالُوا۟ رَبَّنَا هَٰٓؤُلَآءِ شُرَكَآؤُنَا ٱلَّذِينَ كُنَّا نَدْعُوا۟ مِن دُونِكَۖ فَأَلْقَوْا۟ إِلَيْهِمُ ٱلْقَوْلَ إِنَّكُمْ لَكَٰذِبُونَ 
Dan apabila orang yang mempersekutukan (Allah) melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata, “Ya Tuhan kami, mereka inilah sekutu-sekutu kami yang dahulu kami sembah selain Engkau.” Lalu sekutu mereka menyatakan kepada mereka, “Kamu benar-benar pendusta.”


(e) Allah s.w.t. adalah tuhan yang menghilangkan segala kemudharatan dan bahaya كاشف الضّر Dialah yang menghilangkan segala kesulitan daripada hamba-hambaNya, orang-orang musyrikin Mekah sendiri
apabila ditimpa bencana menyeru Allah, tetapi setelah bencana hilang mereka memilih jalan tidak bersyukur dengan mensyirikkan Allah (Ayat: 54).
ثُمَّ إِذَا كَشَفَ ٱلضُّرَّ عَنكُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنكُم بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ 
Kemudian apabila Dia telah menghilangkan bencana dari kamu, malah sebagian kamu mempersekutukan Tuhan dengan (yang lain).

(f) Syaitan dan Iblis hanya dapat mempengaruhi orang-orang yang menjadikannya sebagai teman dan
orang-orang yang melakukan kesyirikan (Ayat 100).

إِنَّمَا سُلْطَٰنُهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُۥ وَٱلَّذِينَ هُم بِهِۦ مُشْرِكُونَ 
Pengaruhnya hanyalah terhadap orang yang menjadikannya pemimpin dan terhadap orang yang mempersekutukannya dengan Allah.

(g) Orang-orang musyrikin Mekah diingatkan bahawa Nabi Ibrahim moyang mereka sendiri adalah seorang yang sempurna, beliau adalah seorang yang taat kepada Allah semata-mata, beliau bukan termasuk dalam orang-orang musyrikin (Ayaf 120).

إِنَّ إِبْرَٰهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِّلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ 
Sungguh, Ibrahim adalah seorang imam (yang dapat dijadikan teladan), patuh kepada Allah dan hanif. Dan dia bukanlah termasuk orang musyrik (yang mempersekutukan Allah),


(h) Diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. supaya betul-betul mengikut Nabi Ibrahim a.s. yang bukan merupakan seorang musyrik (Ayat: 123).

ثُمَّ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ أَنِ ٱتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَٰهِيمَ حَنِيفًاۖ وَمَا كَانَ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ 
Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad), “Ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan dia bukanlah termasuk orang musyrik.”

4. Kesempurnaan tauhid tidak mungkin dicapai tanpa menolak Thaghut.Sekalian rasul yang diutuskan membawa perjuangan yang sama, mereka menyuruh manusia beribadat dan taat kepada Allah semata-mata, mereka melarang daripada mentaati dan mengikuti Thaghut (Ayat:
36)

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِى كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱجْتَنِبُوا۟ ٱلطَّٰغُوتَۖ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ ٱلضَّلَٰلَةُۚ فَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُكَذِّبِينَ 

Dan sungguh, Kami telah mengutus seorang rasul untuk setiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah, dan jauhilah Thagut”, kemudian di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang tetap dalam kesesatan. Maka berjalanlah kamu di bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul-rasul).


5. Menolak syirik kepada مِنْ دُوْنِ الله dan  غَيْرُ الله. Di dalam surah ini juga dibuat perbandingan di antara Allah 
dan  مِنْ دُوْنِ الله atau غَيْرُ الله

(a)   مِنْ دُوْنِ الله  itu adalah makhluk, ia tidak dapat mencipta apa-apa, kerana itu haram berdoa kepadanya,
sebaliknya Allah adalah.حالق(prencipta), kepadaNyalah sepatutnya manusia berdoa (Ayat: 20).

144

Tiada ulasan:

Catat Ulasan