Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms026.
Misykatul masabiih 26
Sunnah wa aJ-Jama'ah tidak menganggap orang yang tidak mengamalkan suruhan Allah dan RasulNya sebagai kafir atau terkeluar dari sempadan iman dan sempadan kekufuran,selagi mereka mempercayai kebenaran perintah Allah dan Rasul itu di samping tidak menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan tidak pula mengharamkan apa yang dihalalkanNya. Mereka bahkan dianggap sebagai mu'min yang fasiq. Seorang fasiq masih lagi seorang mu'min pada pandangan Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah, cuma iman mereka tidak sempurna .
Golongan Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah terbahagi kepada dua kumpulan dalam menentukan kombinasi tiga bahagian iman yang tersebut tadi. Jumhur muhadditsin, jumhur fuqaha', Malik, Syafi'e, Sufyan ats-Tsauri, Ahmad, al-Ilumaidi, Bukhari dan lain-lain tokoh salaf berpendapat, iman terbentuk daripada tiga perkara di atas itu juga.
Cuma orang yang tidak beramal tidak menjadi kafir dan ia masih lagi dikira sebagai mu'min. Tetapi mu'min yang fasiq. la mungkin akan masuk neraka kerana kecuaiannya dalam melaksanakan amalan-amalan tertentu, tetapi tetap tidak akan kekal di dalamnya. Perbezaan di antara mereka ini dengan golongan Khawarij dan Mustazilah ialah mereka tidak menganggap juzu' (komponen) kedua dan ketiga iaitu الإقرار باللسان(mengaku dengan lidah) dan العمل بالأركان (melakukan suruhan agama dengan anggota badan) sebagai juzu' (komponen) yang sama tinggi kedudukannya dengan juzu' (komponen) pertama iman iaitu membenarkan dengan hati (التصديق بالقلب). Kerana itulah orang bisu yang tidak dapat membuat pengakuan dengan lidah dianggap sebagai mu'min dan orang yang tidak mengamalkan perintah Allah atau melanggar perinahNya juga dianggap mu' min oleh mereka.
Imam Abu Hanifah, Abul Hasan al-Asy'ari (berdasarkan riwayat yang lebih sahih daripada beliau), Abu Manshur al-Maaturidi dan jumhur mutakallimin berpendapat, hakikat iman sebenarnya hanya terletak pada membenarkan dengan hati (التصديق بالقلب)semata-mata. Pengakuan dengan lidah (الإقرار باللسان) hanya syarat untuk pelaksanaan hukum-hakam duniawi sahaja. Melakukan suruhan agama dengan anggota badan (العمل بالأركان) pula merupakan syarat untuk kesempumaan iman. Dua yang terakhir ini bukan merupakan komponen yang membentuk hakikat iman itu sendiri. Sesetengah mutakallimin dan fuqaaa' berpendapat, juzu' yang merupakan rukun asas iman ialah membenarkan dengan hati semata-mata. Pengakuan dengan lidah (الإقرار باللسان) juga rukunnya, tetapi bukan rukun asasinya. la hanya rukun tambahan ( زائد) yang boleh gugur dalam keadaan tidak mampu mengucapkannya atau dalam keadaan dipaksa (mengucapkan perkataan kufur yang bercanggah dengan apa yang dibenarkan dengan hati). Bagaimanapun amalan sebagai syarat kesempurnaan iman tidak dinafikan oleh mana-mana pihak Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah. Demikianlah keterangan Hafiz al-'Aini di dalam Syarah Sahih Bôkharinya. Antara dalil yang dikemukakan oleh al-'Aini bagi pihak imam Abu Hanifah dan orang-orang yang sependapat dengannya ialah: (1) Allah s.w.t. menujukan firmanNya kepada sekalian manusia menggunakan bahasa yang terang, bahawa; آمنوا بالله(berimanlah / percayalah kamu kepada Allah). Perkataan iman atau percaya dalam bahasa 'Arab bererti membenarkan dengan hati semata-mata. Kerana itu perintah ini tidak merangkumi amalan sebagai juzu' (sebahagian daripada) iman. Kalau perkataan iman juga mengandungi makna-makna lain selain percaya dan membenarkan dengan hati semata-mata, tentulah ia diketahui orang-orang 'Arab. (2) Ayat-ayat dan hadits-hadits yang menyatakan tempat iman adalah di hati, jelas membuktikan bahawa mamna sebenar iman ialah percaya dan membenarkan dengan hati semata-mata. Iman dengan itu merupakan salah satu perbuatan dan kerja hati. Lihatlah dua firman Allah berikut sebagai buktinya:
أُو۟لَٰٓئِكَ كَتَبَ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلْإِيمَٰنَ وَأَيَّدَهُم
Bermaksud mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman di dalam hati mereka (al-Mujaadilah:22).
وَلَمْ تُؤْمِن قُلُوبُهُمْۛ
Bermaksud: padahal hatinya tidak beriman.
(al-Maa'idah:41).
Lihat juga apa kata Rasulullah s.a.w. kepada Usaamah apabila Usaamah tetap membunuh seorang kafir yang telah mengucap di hadapannya: Bermaksud: Kenapa tidak engkau belah hatinya untuk mengetahui adakah hatinya benar-benar ikhlas atau tidak? (Bukhari,Muslim, Abu Daud, Ahmad, Nasaa'i, Ibnu Hibbaan dan lain-lain).
Anas bin Malik r.a.meriwayatkan ,katanya
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّ اللهُ عَلَبْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ اللهم يَا مُقَلِّبَ القُلُو بِثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
26
Tiada ulasan:
Catat Ulasan