Selasa, Ogos 11, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms032

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms032

Misykatul masabiih kitab iman sesi 00D
27 jan 13

Misykatul masabiih 32

as-Sunnah itu golongan pertama Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah juga berpegang dengan dalil aqal. Kata mereka, kalau hakikat iman tidak berlebih kurang, tentulah setiap orang yang beriman itu sama tarafnya, termasuk iman orang-orang yang melakukan masshiat dan bermacam -macam bentuk kejahatan yang lain. Tentulah iman semua orang sama saja dengan iman para nabi dan malaikat. Ini adalah suatu yang sama sekali tidak masuk 'aqal. Golongan kedua Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah menta'wilkan dalil-dalil itu dengan ta'wilan-ta'wilan berikut: 
(1) Yang bertambah dan berkurang sebenarnya ialah juzu' mukammil(juzuk oenyempurna) iman, bukan juzu' mukawwinnya(juzuk pembentuk). Juzu' mukammil iman yang boleh bertambah dan berkurang itu mungkin berupa ucapan. Mungkin juga berupa amalan. 
(2) Yang bertambah dan berkurang ialah nur iman. Nur iman itu memanglah lahir daripada amal ibadat dan ketaatan kepada Allah. Perhatikanlah firman Allah ini sebagai
أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدْرَهُۥ لِلْإِسْلَٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِّن رَّبِّهِۦۚ فَوَيْلٌ لِّلْقَٰسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ ٱللَّهِۚ أُو۟لَٰٓئِكَ فِى ضَلَٰلٍ مُّبِينٍ 
Bermaksud: Maka Apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingati Allah. mereka itu dalam kesesatan yang nyata. 
(az-Zumar:22). 

Maksud dibukakan Allah hatinya ialah Allah memberi taufiq kepadanya untuk melakukan keta'atan lalu terhasillah daripadanya nur (cahaya). 

(3) Perkataan iman adakalanya diguna dengan erti membenarkan apa yang semestinya dibenarkan) dan adakalanya ia dipakai dengan erti ketenangan, kemanisan dan sinarnya. Lihatlah dua firman Allah berikut sebagai contohnya:

Al-Fath 48:4

هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ فِى قُلُوبِ ٱلْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوٓا۟ إِيمَٰنًا مَّعَ إِيمَٰنِهِمْۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا 

Diålah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu'min  supaya iman mereka bertambah di samping iman mereka (yang sedia ada). Kepunyaan Allah jua tentara längit dan bumi; dan adalah Allah Måha mengetahui lagi Maha Bijaksana. (al-Fath:4).
 

At-Taubah 9:26
ثُمَّ أَنزَلَ ٱللَّهُ سَكِينَتَهُۥ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَعَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ وَأَنزَلَ جُنُودًا لَّمْ تَرَوْهَا وَعَذَّبَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ۚ وَذَٰلِكَ جَزَآءُ ٱلْكَٰفِرِينَ 
Bermaksud: kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman,-, Dia menurunkan bala tentara yang kamu tiada melihatnya •
dan menyiksa orangorang kafir; demikianlah balasan (dibérikan) kepada orang-orang kafir. (at-Taubah:26).

Berdasarkan dua ayat ini pertambahan iman adakalanya dipakai dengan erti pertambahan ketenangan, kemanisan dan kesempurnaan iman. la tidak bererti pertambahan tashdiq yang merupakan asas iman itu sendiri. Ini kerana asas iman itu ada pada semua orang mu'min. Tidak kira sama ada ia seorang yang saleh atau fasiq, alim atau jahil. Sebagaimana para nabi dan rasul as. berbeza-beza dalam sifat dan keistimewaan tertentu, tetapi mereka tetap sama dan tidak berbeza daripada segi kenabian dan kerasulan itu sendiri. Demikian juga dengan manusia, walaupun mereka berbeza dalam sifat-sifat dan kelebihan-kelebihan tertentu, namun mereka tetap sama dalam kemanusiaan itu sendiri. Hakikat iman juga begitu. la tidak bertambah dan berkurang. Apa yang bertambah dan berkurang ialah mukammilaatnya (sifat-sifat yang menyempurnakannya) seperi ketenangan, kemanisan, sinar, cahaya dan lain-lain.

Syah Waliyyullah menyatakan kehairanannya terhadap sikap para muhadditsin yang membilang amal bil arkaan sebagai juzu' iman. Kemudian beliau sendiri memberikan jawapan dengan mengemukakan satu contoh yang sangat menarik. Kata beliau: "Perbandingan amal bil arkaan yang diterima muhadditsin sebagai juzu' iman itu ialah seperti tangan, kaki, jari-jemari, hidung, telinga dan sebagainya. Semua ini adalah juzu'-juzu' (komponen-komponen) badan manusia. Manusia akan tetap dikatakan manusia sama ada ia mempunyai juzu'-juzu' atau komponen komponen badan yang tersebut itu atau tidak .Bezanya ialah dalam keadaan pertama ia merupakan manusia yang sempurna kejadiannya. Dalam keadaan kedua pula ia adalah manusia yang tidak sempurna kejadiannya. Begitulah juga dengan iman. Iman yang disertai amal adalah iman yang sempurna. Semakin banyak amal dilakukan, semakin sempurnalah iman itu. Manakala

32

Tiada ulasan:

Catat Ulasan