Qawaid tafsir 2018 kaedah 0020
Kaedah 20
إِذَا وَرَدَ مُضَافٌ وَمُضَافٌ إِلَيْهِ وَجَاءَ بَعْدَهُمَا ضَمِيْرٌ،فَالْأَصْلُ عَوْدُهُ لِلْمُضَافِ
Apabila tersebut mudhaf dan mudhaf ilaihi dan ada pula satu dhamir selepasnya, maka mengikut qaedah asalnya ialah dhamir itu hendaklah kembali kepada mudhaf.
Catitan:
{Apa itu mudhaf dam mudhafunilaih?.Nahwu Sorof 33 .
Idhofah atau sering juga disebut Mudhaf - Mudhaf Ilaih adalah menyandarkan satu kata kepada kata lainnya. Struktur Idhofah terdiri dari dua bagian, yaitu Mudhaf dan Mudhaf Ilaih. Lihat contoh berikut:
مَكْتَبُ مُجَمَّدٍ
غُرْفَةُ الضُيَوْفِ
Kata maktabu pada contoh pertama berposisi sebagai Mudhof, sedangkan kata Muhammadin adalah Mudhaf ilaih, Sehingga artinya adalah Bukunya Muhammad.
Sedangkan pada contoh kedua, kata Ghurfatu adalah Mudhaf, sedangkan kata Dhuyufi adalah Mudhaf Ilaih sehingga artinya adalah Ruang tamu.
Berikut adalah aturan yang berlaku pada struktur Idhofah:
Mudhaf tidak boleh diawali Alim Lam .Kedudukan Mudhaf adalah Marfuk Mudhaf ilaih berkedudukan Majrur Mudhaf Ilaih boleh diawali alif lam atau tidak}
Keterangan:
Qaedah ini terpakai dalam keadaan tidak ada qarinah (petunjuk) yang menunjukkan dhamir itu tidak kembali kepada mudhaf ilaihi. Dalam keadaan ada qarinah pula, dhamir itu mestilah dikembalikan kepadanya.Contoh aplikasi qaedah ini dapat dilihat pada firman Allah berikut:
Ibrahim 14:34
وَإِن تَعُدُّوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحْصُوهَآۗ إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
Bermaksud: dan jika kamu menghitung ni'mat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.
Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan ternpatnya lagi sangat tidak menghargai ni'mat Tuhannya.
(Ibrahim:34).
Di dalam firman Allah ini marji' dhamir ها ialah perkataan نعمة pada rangkai kata نعمة الله. Ini kerana begitulah mengikut qaedah asalnya. Selain itu, dhamir mu'annats yang diguna di situ juga menunjukkan ia kembali kepada perkataan نعمة bukan kepada perkataan الله yang menjadi mudhaf ilaihi.
Contoh dhamir kembali kepada mudhaf ilaihi kerana ada qarinah (petunjuk) pula ialah firman Allah berikut:
An-Nahl 16:114
فَكُلُوا۟ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَٰلًا طَيِّبًا وَٱشْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Bermaksud: Maka makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang halal lagi baik dari rezeki yang telah dikurniakan Allah kepadamu; dan syukurilah ni'mat Allah, jika kamu hanya kepadaNya saja menyembah.
(an-Nahl:114).
Catitan:
فَكُلُوا۟ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَٰلًا طَيِّبًا وَٱشْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Nak balik إِيَّاهُ kepada نِعْمَتَ ٱللَّهِ
Hanya kepadanya menyerah..kembali kepada allah.
Kita tak sembah allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan