Jumaat, September 11, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 07(17)nota7(150-155)s

Daurah tafsir 2019 sesi 07(17)nota7(150-155)s
Sesi 07(15,16,17).

Surah Al Isra
Tertibnya surah yg ke17 
Bilangan ayat 111
Bilangan rukuk 12
Surah Makkiyyah
Tertib turun yg ke 50
Bilangan paragraf  10 
Paragraf 1 ayat 1-10 Berita gembira kepada umat Islam akan berjaya menguasai mekah dan Baitulmaqdis dan disitu juga disebut sejarah jatuh bangun Bani Israel
Paragraf 2 ayat 11-22 Maksud ujian didunia.Tujuan risalah ( kerasulan) dan akhirat.
Paragraf 3 ayat 23-39 Prinsip2 asas negara Islam(sebelum hijrah ke Madinah sudah diberi asas2 sebuah negara Islam,asal dari yg kecil jika kuat boleh  jadi besar kerana kekuatan dalaman)
Paragraf 4 ayat 40-60 Jawapan kepada kritikan musyrikin Mekah terhadap aqidah tauhid,kerasulan dan Quran.
Paragraf 5 ayat 61-70 Tipu daya iblis,kemuliaan dan penghormatan yg diberikan kepada anak Adam
Paragraf 6 ayat 71-77 Berita gembira tentang kegagalan perancangan mengusir Nabi saw dari bumi Mekah.
Paragraf 7 ayat 78-82 Berita gembira tentang terhapus kebatilan hasil hubungan dgn Allah(jadi hubungan kita dgn Allah akan membantu kita menentang musuh).
Paragraf 8 ayat 83-100 menuntut mukjizat hissy حسي(mukjizat  zahir)setelah ada  mukjizat quran yg hidup adalah salah(tak sepatutnya kita nak minta mukjizat lain setelah ada mukjizat quran ).
Paragraf 9 ayat 101-104 Sikap kepimpinan kafir quraisy dan Firaun sama dari segi berusaha mengusir pihak lawannya .
Paragraf 10 ayat 105-111 Arahan supaya menjaga hak2 quran dan  aqidah tauhid yg bersih disamping berdoa bertahmid dan bertahlil.

Mesej utama
1.Setelah seruan beriman kepada alquran disampaikan, pemimpin Quraisy berusaha membantun(استِزَازِ مِنَ الأرض) Nabi saw dari bumi Mekah tak ubah seperti Firaun mengusir nabi Musa dan pengikut-pengikutnya dahulu tetapi Allah sebaliknya akan  membantun(mencabut dengan akar-akar) mereka.
2.Berita gembira akan menguasai Mekah dan Baitulmaqdis.


Zaman Diturunkan
Nama kedua bagi Surah Bani Israil ialah Surah al-Israa', maksud Israa' ialah perjalanan di waktu malam yang telah berlaku bermula dari Ka'bah hingga ke Baitul Maqdis, kemudian pulang dari sana ke Ka'bah kembali. Surah ini besar kemungkinan diturunkan ketika berlaku Israa' dan Mi'raj kepada Rasul'ullah s.a.w. pada tahun ke-12 Kenabian, setahun sebelum berlakunya hijrah ke Madinah. Ketika itu
pemimpin-pemimpin Quraisy telahpun membuat pakatan jahat untuk menghalau Rasulullah s.a.w. dan pengikut- pengikutnya dari Mekah atau membunuh mereka. Dalam perjalanan pada waktu malam untuk Mi'raj (naik ke langit) itu, Jibril a.s. telah menunjukkan juga kepada Rasulullah Madinah al-Munawwarah yang mana isyarat kepada hijrah ke sana terdapat di dalam ayat ke-80 surah ini. Mengikut
pendapat yang sahih, peristiwa Mi'raj telah berlaku pada bulan Rejab tahun ke-12 Kenabian.

Kelebihan Surah Bani Israil .
Aisyah berkata:
كَان النَّبِيُّ الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَنَامُ  عَلَى فِرَاشِهِ حَتَّى يَقْرَأَ بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ وَالزُّمَرَ
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. tidak tidur di atas tilamnya sebelum membaca Surah Bani Israil dan Surah az-Zamar. Hadits riwayat Sunan Tirmizi: Kitab Fadha'il al-Qur'an, hadits nombor 2920,Imam Tirmizi menghukumkan hadits ini hasan gharib.


Perkaitan Surah Bani Israil Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah an-Nahl sudahpun diramalkan akan berlaku hijrah ke Madinah dan disebut juga
kelebihannya (Ayat: 4I dan 110). 
Di dalam Surah Bani Israil pula siap diajarkan doa untuk berhijrah dengan jelas. (Ayat: 80-81).
2. Di dalam Surah Bani Israil ini diberikan berita gembira akan tertegaknya sebuah negara Islam setelah
berhijrah ke Madinah, prinsip-prinsip asas negara Islam juga dikemukakan. Sepuluh perintah yang diberikan untuk Bani Israil di dalam Taurat juga diberikan untuk umat terakhir sebagai persiapan mereka membina sebuah masyarakat Islam dan juga sebuah negara Islam.
3. Di dalam Surah al-Kahfi dinyatakan bahawa salah satu tujuan al-Qur'an diturunkan ialah untuk mengingatkan Ahli Kitab tentang kesalahan mereka yang mengatakan Allah mempunyai anak (al-Kahfi ayat: 4). 
Di dalam Surah Bani Israil dibentangkan ringkasan sejarah jatuh bangun Bani Israil.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah Bani Israil selain dinyatakan keistimewaan dan keutamaan al-Our'an.
Dinyatakan juga sikap orang-orang musyrikin terhadapnya.
(a) Qur'an menunjukkan jalan yang lurus (Ayat: 9).

إِنَّ هَٰذَا ٱلْقُرْءَانَ يَهْدِى لِلَّتِى هِىَ أَقْوَمُ
Sungguh, Al-Qur'an ini memberi petunjuk ke (jalan) yang paling lurus
 

(b) Untuk mengingatkan dan menasihati manusia,al Quran menggunakan kaedah   تصريف, walaupun  orang-orang kafir semakin liar daripada al-Qur'an (Ayat: 41).

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِى هَٰذَا ٱلْقُرْءَانِ لِيَذَّكَّرُوا۟ وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا 
Dan sungguh, dalam Al-Qur'an ini telah Kami (jelaskan) berulang-ulang (peringatan), agar mereka selalu ingat. Tetapi (peringatan) itu hanya menambah mereka lari (dari kebenaran).


(c) Menggunakan kaedah تصريف al-Qur'an telah mengemukakan banyak sekali hakikat dengan penuh
kebijaksanaan untuk menyempurnakan hujjah terhadap manusia. Maksud   تصريف  ialah menggunakan
pelbagai gaya bahasa dan ragam bahasa dalam mengemukakan sesuatu perkara, walaupun begitu
kebanyakan manusia tetap dengan pendirian mereka menolaknya (Ayat: 89).

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا لِلنَّاسِ فِى هَٰذَا ٱلْقُرْءَانِ مِن كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَىٰٓ أَكْثَرُ ٱلنَّاسِ إِلَّا كُفُورًا 
Dan sungguh, Kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam Al-Qur'an ini dengan bermacam-macam perumpamaan, tetapi kebanyakan manusia tidak menyukainya bahkan mengingkari(nya).


(d) Al-Qur'an ibarat serampang dua mata, sebagaimana ia menjadi penawar dan rahmat kepada orang-orang mu'min, ia juga menjadi sebab kepada orang-orang zalim bertambah rugi (Ayat: 82).

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا 
Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zhalim (Al-Qur'an itu) hanya akan menambah kerugian.


(e) Qur'an dapat menjadi pembimbing kepada orang-orang yang percaya akan adanya hari akhirat, kepada orang-orang yang mengingkari hari akhirat ia menjadi dinding yang menghalang mereka daripada mendapat petunjuk (Ayat 45)

وَإِذَا قَرَأْتَ ٱلْقُرْءَانَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ ٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِٱلْءَاخِرَةِ حِجَابًا مَّسْتُورًا 
Dan apabila engkau (Muhammad) membaca Al-Qur'an, Kami adakan suatu dinding yang tidak terlihat antara engkau dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat,

(f) Para malaikat hadhir untuk menyaksikan bacaan al-Qur'an dalam sembahyang subuh (Ayat: 78).

أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِدُلُوكِ ٱلشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ ٱلَّيْلِ وَقُرْءَانَ ٱلْفَجْرِۖ إِنَّ قُرْءَانَ ٱلْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا 
Laksanakanlah shalat sejak matahari tergelincir sampai gelapnya malam dan (laksanakan pula shalat) Subuh. Sungguh, shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).


(g) al-Qur'an diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur dari Lauh Mahfuzh selama 23 tahun, ia diturunkan dengan penuh penghormatan dan penjagaan yang rapi. Penurunan secara beransur-ansur itu dapat dimanfaat oleh para sahabat yang menerima al-Qur'an dengan sebaik-baiknya (Ayat:106).

وَقُرْءَانًا فَرَقْنَٰهُ لِتَقْرَأَهُۥ عَلَى ٱلنَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَٰهُ تَنزِيلًا 
Dan Al-Qur'an (Kami turunkan) berangsur-angsur agar engkau (Muhammad) membacakannya kepada manusia perlahan-lahan dan Kami menurunkannya secara bertahap.


(h) Apabila al-Qur'an menyebutkan tuhan yang Esa, orang- orang musyrikin terus berpaling belakang melarikan diri (Ayat: 46).

وَجَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِىٓ ءَاذَانِهِمْ وَقْرًاۚ وَإِذَا ذَكَرْتَ رَبَّكَ فِى ٱلْقُرْءَانِ وَحْدَهُۥ وَلَّوْا۟ عَلَىٰٓ أَدْبَٰرِهِمْ نُفُورًا 
Dan Kami jadikan hati mereka tertutup dan telinga mereka tersumbat, agar mereka tidak dapat memahaminya. Dan apabila engkau menyebut Tuhanmu saja dalam Al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang melarikan diri (karena benci).


(i) Orang-orang musyrikin Mekah memperolok-olokkan peristiwa Mi'raj yang dialami Rasulullah s.a.w. mereka juga mentertawakan kenyataan al-Qur'an bahawa di dalam neraka juga ada pokok (زقّوم). Allah telah mengancam orang-orang kafir Quraisy bahawa mereka akan hilang kelayakan menjaga Ka'bah dan mereka juga akan dimasukkan ke dalam neraka kerana sikap buruk mereka itu, tetapi kedegilan dan sikap keras kepala mereka terus juga menjadi-jadi (Ayat: 60).

وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِٱلنَّاسِۚ وَمَا جَعَلْنَا ٱلرُّءْيَا ٱلَّتِىٓ أَرَيْنَٰكَ إِلَّا فِتْنَةً لِّلنَّاسِ وَٱلشَّجَرَةَ ٱلْمَلْعُونَةَ فِى ٱلْقُرْءَانِۚ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَٰنًا كَبِيرًا 
Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu, “Sungguh, (ilmu) Tuhanmu meliputi seluruh manusia.” Dan Kami tidak menjadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon yang terkutuk (zaqqum) dalam Al-Qur'an. Dan Kami menakut-nakuti mereka, tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besar kedurhakaan mereka.


(j)Al-Qur'an mencabar jika sekalian manusia dan sekalian jin saling bekerjasama untuk menulis kalam seperti al-Qur'an ini nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya kerana kalam خالق  sama sekali tidak akan sama dengan kalam makhluk (Ayat: 88)

قُل لَّئِنِ ٱجْتَمَعَتِ ٱلْإِنسُ وَٱلْجِنُّ عَلَىٰٓ أَن يَأْتُوا۟ بِمِثْلِ هَٰذَا ٱلْقُرْءَانِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِۦ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا 
Katakanlah, “Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa (dengan) Al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun mereka saling membantu satu sama lain.”



2. Satu lafaz khusus telah digunakan sebanyak tiga kali di dalam Surah Bani Israil iaitu lafaz إستِفزَاز.
Perkataan  إستِفزَاز  ini hanya terdapat di dalam surah ini sahaja, ia pada asalnya bererti mencabut sesuatu dengan akar umbinya sekali.

(a) Allah telah mencabar Iblis untuk mencuba nasibnya menyeru manusia supaya tidak taat kepada
Allah. Dengan menggunakan segala daya upayanya termasuk menggunakan pasukan berkuda dan
pejalan kakinya, ia juga dicabar supaya berkongsi dengan manusia dalam harta benda dan anak pinak.
Mereka juga dicabar supaya berusaha memerangkap manusia dengan tipu daya dan janji-janji palsunya
(tetapi Allah telahpun mengatakan Iblis tidak akan mampu memperdaya hamba-hambanya yang sejati)(Ayat:64).

وَٱسْتَفْزِزْ مَنِ ٱسْتَطَعْتَ مِنْهُم بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِم بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِى ٱلْأَمْوَٰلِ وَٱلْأَوْلَٰدِ وَعِدْهُمْۚ وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيْطَٰنُ إِلَّا غُرُورًا 
Dan perdayakanlah siapa saja di antara mereka yang engkau (Iblis) sanggup dengan suaramu (yang memukau), kerahkanlah pasukanmu terhadap mereka, yang berkuda dan yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak lalu beri janjilah kepada mereka.” Padahal setan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka.


(b) Fir'aun adalah seorang diktator dan pemerintah yang zalim, dia mahu membantun Bani Israil dari bumi Mesir ,apa yang terjadi akhirnya ialah dia dengan bala tenteranyalah yang tenggelam dalam laut(Ayat: 103).

فَأَرَادَ أَن يَسْتَفِزَّهُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ فَأَغْرَقْنَٰهُ وَمَن مَّعَهُۥ جَمِيعًا 
Kemudian dia (Fir‘aun) hendak mengusir mereka (Musa dan pengikutnya) dari bumi (Mesir), maka Kami tenggelamkan dia (Fir‘aun) beserta orang yang bersama dia seluruhnya.


(c) Orang-orang kafir Quraisy juga telah bertindak seperti Fir'aun untuk membantun Rasulullah dan pengikut-
pengikutnya dari bumi Mekah, lalu mereka diperingatkan bahawa jika itulah maksud mereka, maka mereka juga tidak akan dapat bertahan lama (Ayat:76).

وَإِن كَادُوا۟ لَيَسْتَفِزُّونَكَ مِنَ ٱلْأَرْضِ لِيُخْرِجُوكَ مِنْهَاۖ وَإِذًا لَّا يَلْبَثُونَ خِلَٰفَكَ إِلَّا قَلِيلًا 
Dan sungguh, mereka hampir membuatmu (Muhammad) gelisah di negeri (Mekah) karena engkau harus keluar dari negeri itu, dan kalau terjadi demikian, niscaya sepeninggalmu mereka tidak akan tinggal (di sana), melainkan sebentar saja.


3. Kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh Bani Israil dan seruan Islam untuk mereka.
(a) Untuk memimpin Bani Israil, Allah telah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa, antara kandungan Taurat ialah mereka dilarang daripada mengambil selain Allah sebagai pelindung (Ayat:2).

وَءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَٰبَ وَجَعَلْنَٰهُ هُدًى لِّبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ أَلَّا تَتَّخِذُوا۟ مِن دُونِى وَكِيلًا 
Dan Kami berikan kepada Musa, Kitab (Taurat) dan Kami jadikannya petunjuk bagi Bani Israil (dengan firman), Janganlah kamu mengambil (pelindung) selain Aku.


(b) Dikatakan kepada Bani Israil bahawa mereka akan melakukan kerosakan di bumi dan menampakkan
kebesaran serta kesombongan mereka sebanyak dua kali (Ayat 4).

وَقَضَيْنَآ إِلَىٰ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ فِى ٱلْكِتَٰبِ لَتُفْسِدُنَّ فِى ٱلْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا 
Dan Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu, “Kamu pasti akan berbuat kerusakan di bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.”


(c) Bani Israil benar-benar tahu bahawa Fir'aun telah menuduh Musa sebagai orang yang terkena sihir,
padahal Musa telah mengemukakan sembilan mu'jizat kepadanya (Ayat: 101).

وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا مُوسَىٰ تِسْعَ ءَايَٰتٍۭ بَيِّنَٰتٍۖ فَسْـَٔلْ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ إِذْ جَآءَهُمْ فَقَالَ لَهُۥ فِرْعَوْنُ إِنِّى لَأَظُنُّكَ يَٰمُوسَىٰ مَسْحُورًا 
Dan sungguh, Kami telah memberikan kepada Musa sembilan mukjizat yang nyata maka tanyakanlah kepada Bani Israil, ketika Musa datang kepada mereka lalu Fir‘aun berkata kepadanya, “Wahai Musa! Sesungguhnya aku benar-benar menduga engkau terkena sihir.”


Tuduhan yang sama kemudiannya dilemparkan oleh orang-orang kafir Quraisy kepada Rasulullah,mereka juga mengatakan Rasulullah seorang yang terkena sihir (Ayat:47)

نَّحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَسْتَمِعُونَ بِهِۦٓ إِذْ يَسْتَمِعُونَ إِلَيْكَ وَإِذْ هُمْ نَجْوَىٰٓ إِذْ يَقُولُ ٱلظَّٰلِمُونَ إِن تَتَّبِعُونَ إِلَّا رَجُلًا مَّسْحُورًا 
Kami lebih mengetahui dalam keadaan bagaimana mereka mendengarkan sewaktu mereka mendengarkan engkau (Muhammad), dan sewaktu mereka berbisik-bisik (yaitu) ketika orang zhalim itu berkata, “Kamu hanyalah mengikuti seorang laki-laki yang kena sihir.”

(d) Dikatakan juga kepada Bani Israil apabila tiba masa janji hari akhirat, Allah akan mengumpulkan semua mereka (Ayat: 104).

وَقُلْنَا مِنۢ بَعْدِهِۦ لِبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ ٱسْكُنُوا۟ ٱلْأَرْضَ فَإِذَا جَآءَ وَعْدُ ٱلْءَاخِرَةِ جِئْنَا بِكُمْ لَفِيفًا 
Dan setelah itu Kami berfirman kepada Bani Israil, “Tinggallah di negeri ini, tetapi apabila masa berbangkit datang, niscaya Kami kumpulkan kamu dalam keadaan bercampur baur.”


4. Di dalam Surah Bani Israil dinyatakan kehairanan oranq-orang musyrikin tentang kemungkinan adanya hari akhirat dan adanya hari pembalasan.
(a) Orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat menyatakan kehairanan bahawa adakah setelah
kita menjadi tulang-tulang yang reput dan sudah hancur kita akan dikembalikhn pula? (Ayat: 49).

وَقَالُوٓا۟ أَءِذَا كُنَّا عِظَٰمًا وَرُفَٰتًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ خَلْقًا جَدِيدًا 
Dan mereka berkata, “Apabila kami telah menjadi tulang-belulang dan benda-benda yang hancur, apakah kami benar-benar akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk yang baru?”


(b) Orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat akan dimasukkan ke dalam neraka dalam
keadaan menyonsang (Ayat: 98).

ذَٰلِكَ جَزَآؤُهُم بِأَنَّهُمْ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا وَقَالُوٓا۟ أَءِذَا كُنَّا عِظَٰمًا وَرُفَٰتًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ خَلْقًا جَدِيدًا 
Itulah balasan bagi mereka, karena sesungguhnya mereka kafir kepada ayat-ayat Kami dan (karena mereka) berkata, “Apabila kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur, apakah kami benar-benar akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk baru?”


5. Di dalam Surah Bani Israil juga digunakan perkataan وكيل, sebagai sifat tuhan. Beberapa kali perkataan wakil digunakan sebagai sifat tuhan di dalam surah ini, ia bererti pelindung,pembela dan yang dipercayai penuh dan diserahkan segala urusan kepadanya. Allah s.w.t. jua yang
mempunyai qudrat (kuasa) dan iradat (kehendak) yang sempurna. Kuasa dan kehendak seperti itu tidak
ada pada mana-mana makhluk, kerana itu Dia sahaja yang sepatutnya dipercayai, rahmat dan azab berada di tangannya, Dialah yang dapat menyelamatkan manusia ketika bencana yang tidak terduga menimpa.

(a) Allah s.w.t. telah mengatakan dengan jelas kepada Iblis bahawa kamu tidak akan dapat mempengaruhi hamba-hambaku yang istimewa, kuasa Allah meliputi segala sesuatu, Dialah yang layak dijadikan sebagai وكيل, perlindungan dan penjagaanNya sahaja sudah mencukupi (Ayat: 65).
 وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ وَكِيلًا 
Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga.


(b) Di dalam Taurat telahpun dinyatakan kepada Bani Israil bahawa mereka tidak harus menjadikan orang lain selain Allah sebagai dS: (pelindung dan pembela yang berkuasa penuh) (Ayat:2).

أَلَّا تَتَّخِذُوا۟ مِن دُونِى وَكِيلًا 
Janganlah kamu mengambil (pelindung) selain Aku.

(c) Allah s.w.t. mengancam manusia bahawa dalam keadaan mereka ditimpa azab yang tidak diduga,
mereka tidak akan menemui satu pun وكيل selainNya. (Ayat 68).
 ثُمَّ لَا تَجِدُوا۟ لَكُمْ وَكِيلًا 
 Dan kamu tidak akan mendapat seorang pelindung pun,

(d) Dikatakan kepada Rasulullah s.a.w. beliau bukan wakil untuk orang-orang musyrikin Mekah, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menyeksa dan memberi pahala kepada sesiapa pun, Allah jua yang berkuasa mengasihani atau menyeksa manusia (Ayat: 54).
 وَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ عَلَيْهِمْ وَكِيلًا 
Dan Kami tidaklah mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi penjaga bagi mereka.


(e) Dikatakan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa jika Allah menghendaki, nescaya Dia boleh merampas kembali apa yang telah diturunkan kepadamu, dalam keadaan itu Rasulullah tidak akan dapat mencari sesiapa pun sebagai wakil dan pembelanya untuk menghadapi Allah (Ayat: 86).

 ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ بِهِۦ عَلَيْنَا وَكِيلًا 
engkau tidak akan mendapatkan seorang pembela pun terhadap Kami,


155

Tiada ulasan:

Catat Ulasan