Daurah tafsir 2019 sesi 08nota8(156-160)s
Surah al kahfi
Tertib surah yg ke 18
Bilangan ayat 110
Bilangan rukuk 12
Surah Makkiyah
Tertib turun yg ke 69
Bilangan paragraf 6
Paragraf 1ayat 1-8 Pendahuluan
Paragraf 2 ayat 9-31 Ujian dlm keimanan( dikemukakan contohnya) kisah Ashabulkahfi
Paragraf 3 ayat 32-59 Ujian dalam lebih dan kurang harta kekayaan( dikemukakan) kisah dua orang tuan tanah.
Paragraf 4 ayat 60-82 Ujian dalam sedikit atau banyak ilmu (untuk itu dikemuka )kisah Musa dan Khadir.
Paragraf 5 ayat 83-102 Ujian dalam kekuasaan (dikemukakan) kisah Zulqarnain
Paragraf 6 ayat 103-110 ini penutup kepada surah alkahfi.
Mesej utama surah ni ada beberapa:
1.Tujuan perhiasan (kecantikan )hidup di muka bumi
2.Ujian terhadap amalan manusia.
3.Ujian istiqamah dgn ajaran tauhid.
4.Ujian banyak harta ,kemuliaan dan ramai bilangan ahli keluarga.
5.Ujian harta benda dan anak2
6.Ujian terhadap yg berkuasa.
7.Manusia diseru mengenepikan kecintaan terhadap dunia dan menerima ajaran al Quran yg menyeru kepada aqidah tauhid dan aqidah risalah serta aqidah adanya hari kemudian.
Zaman Diturunkan
Surah al-Kahfi diturunkan di permulaan tahun ke-5 Kenabian sebelum Surah az-Zumar dan sebelum hijrah ke Habsyah (bulan Rejab 5 Kenabian). Ketika itu orang-orang Islam telah mulai dianiaya oleh orang-orang kafir di Mekah. Di dalamnya terdapat bimbingan kepada orang-orang Islam dalam menyampaikan da'wah Islam kepada orang-orang Kristian di Habsyah. Anak-anak muda Islam dari kalangan sahabat khususnya dipimpin supaya menjadi seperti Ashaabul Kahfi yang telah berjaya dalam ujian tauhid, mereka juga diberi bimbingan supaya tidak terpengaruh dengan tekanan ibu bapa yang musyrik dan juga pemimpin-pemimpin Quraisy yang zalim.
Kelebihan Surah Al-Kahfi
Terdapat beberapa hadits Rasulullah s.a.w. berhubung dengan kelebihan surah ini:
(1)
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنْ الدَّجَّالِ
Bermaksud: "sesiapa yang menghafal sepuluh ayat di
permulaan Surah al-Kahfi, dia terpelihara daripada Dajjal" Hadits riwayat Muslim daripada Abi Dardaao, Hadits 1919.
(2)
مَنْ قَرَأَ ثَلَاثَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ
Bermaksud: sesiapa membaca tiga ayat di permulaan
Surah al-Kahfi, dia terpelihara daripada Dajjal"
Hadits sahih riwayat Tirmizi daripada Abi Dardaa', Hadits 2,868.
(3)
فَمَنْ أَدْرَكَهُ مِنْكُمْ فَلْيَقْرَأْ عَلَيْهِ فَوَاتِحَ سُورَةِ الْكَهْفِ فَإِنَّهَا جِوَارُكُمْ مِنْ فِتْنَتِهِ
Bermaksud: "sesiapa daripada kamu yang sempat dengan Dajjal, dia hendaklah membaca di hadapannya beberapa ayat daipada Surah atr-Kahfi,kerana ia dapat melindunginya daripada fitnah Dajjal".
Hadits sahih riwayat Abu Daud, Hadits 4,323.
(4) Ada seorang sahabat sedang membaca Surah al-Kahfi, di luar rumahnya ada seekor kuda yang terikat. Bila kuda itu merengkik dia terus mendongak, dilihatnya segumpal awan di langit. Sahabat itu telah menceritakan peristiwa yang dilihatnyakepadaNabi s.a.w., maka Nabi s.a.w. bersabda:
فَإِنَّهَا السَّكِينَةُ تَنَزَّلَتْ عِنْدَ الْقُرْآنِ أَوْ تَنَزَّلَتْ لِلْقُرْآنِ
Bermaksud: "Itulah السَّكِينَةُ (cahaya ketenangan) yang turun ketika dibaca al-Qu'ran atau kerana dibaca al-Qur'an"
Hadits nwayat Muslim daripada Baraa' bin'Aazib, Kitab shalat orang-orang musafir, Bab ke-36, Hadits 1,893.
(5)
مَنْ قََرَأَ سُوْرَةَ الكَهْفِ فِي يَومِ الْجُمُعَةِ أَضَاءِ لَهُ مِنِ الُّورِ مِا بَيْنِ الجُمُعَتَينِ
Bermaksud: "sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, ia akan menjadi cahaya kepadanya di antara dua Jumaat". Hadits riwayat al-Baihaqi di didalam Sunannya daripada Abi Sa'id al-Khudri, Kitab Jumaat, Hadits 5,792.
(6)
مَنْ قََرَأَ سُوْرَةَ الكَهْفِ كَانَتْ لَهُ نُوْرًا يَومَ القِيَامَة مِقَتمِهِ إِلِى مَكِّةَ وَمَنْ قَرَاَ آيَاتٍ مِنْ آجْرِ هَا ثُمَّ خَرَجَ الدَّجِّالُ يَضْرَّهُ
Bermaksud: "sesiapa membaca Surah al-Kahfi dia akan mendapat cahaya pada hari kiamat yang menyinari tempatnya hingga ke Mekah, dan sesiapa membaca 10 ayat di akhirnya kemudian (andaikata)Dajjal keluar, ia tidak akan memudharatkannya".
Hadits riwayat at-Thabarani di dalam al-Mu'jam al-Ausath. Iuz.2, Hadits 1,455.
Perkaitan Di Antara Surah Al-Kahfi Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Bani Israil telahpun disebutkan asas-asas masyarakat Islam dan juga negara Islam yang adil. Didalam Surah al-Kahfi ini pula disebutkan tentang jalan-jalan yang sukar untuk mencapainya di samping diceritakan kisah seorang raja yang adil, Zul Qarnain. Masyarakat dan negara yang adil baru akan tertegak apabila ada kumpulan- kumpulan yang sanggup berkorban dan yakin sepenuhnya kepada ajaran tauhid dan pertemuan dengan tuhan di akhirat nanti. Kumpulan itu juga berjaya dalam setiap ujian kehidupan dengan keelokan pekerti dan amalannya.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
Terdapat beberapa perkataan penting yang merupakan kata kunci bagi Surah al-Kahfi, ia diulangi beberapa kali. Memahami perkataan itu dengan baik, akan memudahkan surah ini difahami. Perkataan-perkataan yang dimaksudkan ialah: أَولياء، الحَياةّ الدُّنْيا، لِقَاء، لِنَبْلُوَهُمْdan وَلايَة.
1. Perkataan زِيْنَة tersebut sebanyak tiga kali di dalam surah ini pada ayat 7,28 dan 46.
(a) Semua perhiasan dan kecantikan dunia bertujuan menguji manusia, siapakah antara mereka yang terbaik amalannya. Perkara inilah merupakan salah satu mesej utama surah (Ayat: 7).
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى ٱلْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya.
(b) Rasulullah s.a.w. diperintah supaya menjaga 3 perkara: (1) Terus bersabar bersama sahabat .
(2)Sentiasa berhati-hati dengan kecantikan dunia .
(3) Jangan tertekan dengan tekanan pihak berkuasa yang
kafir (Ayat: 28).
وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَاۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُۥ عَن ذِكْرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمْرُهُۥ فُرُطًا
Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia; dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti keinginannya dan keadaannya sudah melewati batas.
(c) Harta benda dan anak-anak juga merupakan perhiasan hidup dunia (Ayat 46).
ٱلْمَالُ وَٱلْبَنُونَ زِينَةُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَاۖ وَٱلْبَٰقِيَٰتُ ٱلصَّٰلِحَٰتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.
2. Surah ini juga menyebutkan tentang perlindungan dan kekuasaan mutlaq Allah. Ia membatalkan aqidah orang-orang kafir yang percaya غير الله juga berkuasa melindungi dan menjaga mereka. Perkataan أولياء، وَلَى dan ولايَة telah digunakan pada beberapa tempat didalam surah ini,lihat ayat 17, 26, 44, 50 dan 102
(a) Orang yang disesatkan Allah tidak akan ada sesiapa pun yang dapat menolong dan membimbingnya.
(Ayat: 17).
(b) Tidak ada wali (penjaga dan pelindung) kepada manusia selain Allah, Allah s.w.t. tidak berkongsi dengan sesiapa pun dalam menetapkan keputusanNya. (Ayat:26).
(c) Selepas musnah kebun seorang tuan tanah yang sombong, terbuktilah bahawa hanya kekuasaan Allah
sahaja yang benar. (Ayat: 44).
(d) Adakah kamu memilih syaitan dan zuriatnya sebagai pelindung-pelindungmu dengan meninggalkan Allah sedangkan ia adalah musuh kamu? Alangkah buruknya pilihan kamu! (Ayat 50).
(e) Orang-orang kafir yang mengambil hamba Allah sebagai pelindung dengan meninggalkan Allah, akan disediakan neraka jahanam untuk mereka (Ayat: 102).
3. Di dalam surah ini disebutkan dengan terperinci ciri-ciri istimewa al-Qur'an, ia dapat dilihat dalam ayat 1. 2. 3. 4. 6. 27. 29 dan 54.
(a) Ajaran al-Qur'an tidak bengkok (Ayat: 1).
(b) Qur'an adalah قَيِّم, maksudnya ialah ia menyatakan sesuatu perkara dengan tepat dan betul (Ayat: 2).
(c) Salah satu maksud al-Qur'an ialah إنذار(memberi amaran) (Ayat:2).
(d) Ia merupakan berita gembira kepada orang-orang baik (Ayat:2)
(e) Ia juga ancaman kepada orang-orang Kristian (Ayat: 4). Melalui ayat ini, aqidah orang-orang Kristian yang salah ditolak.
(f) Kaedah تصريف diguna pakai di dalam al-Qur'an iaitu mengemukakan hakikat perkara dengan jelas melalui pelbagai gaya dan ragam bahasa supaya manusia dapat mengimaninya.
4. Terdapat 2 ayat di dalam surah ini berkenaan dengan kebebasan beragama iaitu ayat 20 dan 29.
(a) Sesiapa yang hendak beriman, dia boleh beriman dan sesiapa yang hendak memilih kekufuran dia
boleh memilihnya (Ayat: 29).
فَمَن شَآءَ فَلْيُؤْمِن وَمَن شَآءَ فَلْيَكْفُرْۚ
barangsiapa menghendaki (beriman) hendaklah dia beriman, dan barangsiapa menghendaki (kafir) biarlah dia kafir.”
(b) Daripada firman Allah (Ayat: 20) yang diberikan di bawah ini:
يَرْجُمُوكُمْ أَوْ يُعِيدُوكُمْ فِى مِلَّتِهِمْ
memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.”
dapat diketahui bahawa jika anak-anak muda yang tersebut di dalam surah ini tidak bersembunyi di dalam gua, nescaya mereka akan direjam atau dipaksa meninggalkan agama tauhid dan kembali kepada agama asal mereka. Ini bererti mereka tidak mendapat kebebasan beragama.
5. Perkataan الحَياةُ الدُّنيا tersebut sebanyak 5 kali di dalam surah ini. melaluinya hakikat dunia di dedahkan.
(a) Kehidupan dunia ibarat suatu tanaman yang menjadi kering kemudian diterbangkan angin (Ayat: 45).
(b) Harta benda dan anak pinak adalah perhiasan kehidupan dunia, yang kekal hanyalah amal shaleh.
(Ayat:46).
(c) Manusia yang segala usaha dan aktivitinya hanya terbatas untuk kehidupan dunia adalah orang-orang
yang rugi dilihat kepada hasil amalannya, sedangkan ia merasakan telah membuat yang terbaik. (Ayat:104).
6. Perkataan لقاء yakni pertemuan dengan tuhan di akhirat nanti disebutkan sebanyak 2 kali di dalam surah ini.
(a) Orang-orang yang mengingkari pertemuan dengan tuhan akan sia-sia amalannya dan di akhirat nanti
tiada langsung nilainya. (Ayat: 105).
(b) Orang-orang yang mahu bertemu dengan Tuhannya (dalam keadaan ia diredhaiNya) mestilah tidak
syirik dan mestilah beramal shaleh. (Ayat: 110).
7. Beberapa ayat di dalam surah ini menyebutkan berkenaan dengan perihal hari kiamat iaitu ayat 21,
47, 48, 49, 52 dan 98.
(a) Janji Allah adalah benar, jadi sepatutnya manusia tidak meragui tentang hari kiamat (Ayat: 21).
(b)Pada hari kiamat nanti gunung-gunung akan diterbangkan dan seluruh muka bumi akan terdedah nyata. (Ayat: 47).
(c) Manusia akan dikemukakan ke hadapan Allah dengan berbaris. (Ayat: 48).
(d) Apabila manusia melihat suratan amalannya, dia akan berkata ini adalah suratan amalan yang ajaib,
tidak ada yang tidak tertulis di dalamnya baik kecil mahupun besar. (Ayat: 49).
(e) Allah akan memerintahkan supaya orang-orang musyrikin menyeru tuhan-tuhan yang mereka sekutukan dengan Allah, sedangkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa. (Ayat: 52).
(f) Pada hari kiamat kelak benteng-benteng yang kukuh juga akan berkecai. (Ayat 98).
160
Tiada ulasan:
Catat Ulasan