Sabtu, September 12, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms062

Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms062

Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 8
9 Jun 13.


Misykatul masabiih 62
___________________________________________________________
وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
Bermaksud Bahawa seorang lelaki bertanya Nabi s.a.w. Apakah (ajaran/amalan) Islam yang paling baik?" 
Jawab Nabi saw.: "Engkau memberi makan (kepada Yang memerlukan) dan memberi salam kepada Yang engkau kenali dan tidak engkau kenali. 
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu
Daud, Nasaa'i, Ibnu Ilibbaan, Ibnu Majah dan Baihaqi di dalam syu'ab al-Imaan). 

(2) 'Aaisyah r.a. meriwayatkan, katanya
 أَنَّ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ

Bermaksud: Bahawa Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: "Apakah amalan yang paling disukai Allah?" 
Jawab Baginda s.aw: "Yang sentiasa dikerjakan walaupun sedikit" (Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Ya'la). 

(3) Abu Hurairah meriwyatkan, katanya
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ فَقَالَ إِيمَانٌ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ قِيلَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قِيلَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ حَجٌّ مَبْرُورٌ
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah ditanya (seseorang): "Apakah amalan Yang paling afdhal/utama?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Percaya kepada Allah dan rasulNya." Baginda ditanya lagi: "Kemudian apa?" Jawab Baginda lagi: "Berjihad di jalan Allah." Rasulullah s.a.w. terus ditanya:
"Kemudian apa?" Jawab Baginda s.a.w. seterusnya: "Haji Yang mabrur (yang diterima Allah)." (Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasaa'i dan Iain-Iain). 

Jawapan kepada kemusykilan ini antara lainnya adalah seperti berikut: 
(1) Keperluan orang-orang yang bertanya itu berbeza-beza. Orang yang bertanya itu misalnya mempunyai ibu bapa yang perlu diuruskan kehidupannya; maka amalan yang paling utama dilakukannya ialah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Kalau dia seorang yang jahil, maka belajarlah amalan yang paling afdhal untuk dirinya. Mungkin juga orang yang bertanya kurang mengambil berat tentang keselamatan orang Iain, pada ketika itu wajar sekali Rasulullah s.a.w. menjawab seperti di dalam hadits di atas. (2) Kecenderungan, minat atau kebolehan dan kelayakan orang-orang yang bertanya berbeza-beza. Kepada seorang yang berani dan gagah perkasa, berjihadlah amalan Yang paling baik dilakukannya. Kepada yang kaya raya pula, memberi makan kepada orang-orang yang memerlukan atau menyumbang harta benda di jalan Allahlah Yang paling utama dibuatnya. 
(3) Masa atau tempat dikemukakan soalan tidak sama. Ketika perang atau negara diancam musuh, jihadlah amalan terbaik. Dalam masyarakat yang miskin dan susah pula, bersedekah adalah amalan yang paling afdhal. 
(4) Soalan difahami Nabi s.a.w. sebagai berkaitan dengan bahagian amalan yang tertentu, seperti yang berkaitan dengan tubuh badan semata-mata atau akhlaq dan budi pekerti semata-mata atau Iain-Iain lagi. Puasa misalnya adalah amalan yang paling baik dan paling berkesan dalam mendidik jiwa manusia. la merupakan satu amalan Yang dapat menghiasi diri manusia dengan pekerti-pekerti Yang luhur. 
(5) Jawapan Nabi s.a.w. bahawa amalan tertentu adalah paling baik dan utama mungkin juga mengambil kira anggota yang mengamalkan sesuatu amalan. Beriman kepada Allah dan rasul misalnya adalah sebaik-baik amalan hati. Bersedekah adalah amalan paling afdhal berkait dengan harta benda. Zikrullah adalah amalan lidah paling afdhal. Sembahyang pula misalnya adalah amalan yang melibatkan semua anggota badan yang paling utama dan paling istimewa. 
(6) Jawapan Nabi s.a.w. juga mungkin mengambil kira sudut pahala yang akan diperolehi seseorang. Bersembahyang fardhu yang lima pada waktu afdhalnya merupakan amalan yang paling besar pahalanya. Berterusan melakukan sesuatu amalan, walaupun dalam kadar yang sedikit tetap mendatangkan pahala yang banyak kerana itu ia adalah satu tabi'at dan kebiasaan yang paling disukai Allah. 
(7) Jawapan Nabi adakalanya mengambil kira tahap dan kedudukan sesuatu amalan pada pandangan agama. Sembahyang lima waktu misalnya adalah sesuatu yang difardhukan ke atas setiap orang Islam (fardhu 'ain). la mempunyai kelebihan yang sangat banyak. Kedudukannya di sisi agama pula sangat tinggi. Dalam senarai rukun Islam ia merupakan yang kedua selepas syahadah. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa pula adalah satu kewajipan dan salah satu bentuk kesyukuran yang  diperintahNya manusia  supaya  mensyukuriNya.  Lihatlah firman Allah ini

Luqman 31:14
وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَٰلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوَٰلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ


62

Tiada ulasan:

Catat Ulasan