Khamis, September 17, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms067

Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms067

Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 10
25 Ogos 13.

Misykatul masabiih 67

Baqarah:286).


 لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَآ ءَاتَىٰهَاۚ 
Bermaksud:Allah tidak memberati sesaorang melainkan 
sekadar apa (kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (at-ftalaaq:7). 

Dua dalil yang dikemukakan oleh golongan pertama itu bagi mereka ini lebih tepat dikaitkan dengan Cinta atas dorongan 'aqal. Cuma Cinta atas dorongan 'aqal itu apabila meningkat naik, ia akan bertukar menjadi Cinta atas dorongan iman dan agama- .Apabila Cinta atas dorongan iman dan agama ini pula meningkat, ia akan bertukar menjadi Cinta atas dorongan isyq (الحب العشقي) Cinta atas dorongan isyq itulah kemuncak bagi Cinta dalam batas ikhtiar dan kemampuan manusia . Darjat Cinta sesaorang mu'min kepada Rasulullah s.a-w- itu berbeza-beza . Darjat yang paling rendah ialah darjat Cinta atas dorongan 'aqal. Antara tokoh 'ulama' yang termasuk dalam golongan kedua ialah Khatthaabi, Baidhaawi, Nawawi dan Iain-lain. Kata al-Khatthaabi: "Cinta yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits ini bukan Cinta atas dorongan naluri. Tetapi Cinta atas dorongan iman yang berada dalam pilihan dan ikhtiar manusia. Sebabnya ialah kecintaan manusia kepada ahli keluarga dan harta benda itu adalah naluri yang tertanam di dalam jiwanya. Ia merupakan sesuatu yang tidak dapat diubah dan di luar pilihan dan kemampuan manusia. Jadi maksud sabda Rasulullah s.a.w. ini ialah seseorang itu tidak benar-benar beriman selagi ia tidak sanggup mengorbankan dirinya kerana menta'atikn.l dan selagi ia tidak mengutamakan redhaku daripada kehendak dirinya, walaupun untuk itu ia iterpaksa mati.¯ Kenapa pula aqal memutuskan Cinta kepada Nabi s-a.w. itu harus melebihi Cinta kepada orang-orang Iain? Terlebih dahulu perlulah ditentukan apakah faktor atau punca yang menyebabkan seseorang manusia itu secara tabi'inya menyintai orang Iain. Menurut para ulama' puncanya adalah empat perkara ini: 
(1) Kecantikan luaran 
(2) Kelebihan dalaman atau keistimewaan peribadi (كمال )
(3) Budi dan jasa نوال/إحسان
(4) Kedudukan perhubungan (قرابة).
 Inilah empat faktor yang selalunya mendorong seseorang manusia itu menyintai orang Iain. Dalam konteks yang lebih luas lagi dapat dikatakan inilah empat perkara yang mendorong sesaorang manusia itu menyukai sesuatu benda melebihi yang Iain. Secara tabiinya semakin banyak empat perkara ini ada pada seseorang, ia semakin dicintai orang. Setelah diteliti dan dikaji terbukti bahawa empat perkara itu paling banyak adanya ialah pada Rasulullah s.a.w. Maka wajar sekali kalau Baginda s.a.w. dicintai melebihi orang-orang Iain termasuk ayah, anak, isteri, suami dan Iain-lain, hatta diri sendiri sekalipun. Hakikat inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadits yang diriwayatkan oleh Anas di atas. Manusia memang terpengaruh dan selalu terpesona dengan kecantikan luaran. Ini adalah satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Tabi'at cintakan kecantikan dan keindahan itu bukan saja ada pada manusia. Sesetengah binatang terutamanya burung, amat jelas memperlihatkan tabi'at ini. Betapa pungguk merindukan bulan, sehingga ada peribahasa Melayu yang berbunyi: "Seperti pungguk merindukan bulan." Kenapa pula burung kuang menari-nari dan memekik-mekik bila tiba malam purnama, ada juga peibahasa Melayu tentangnya: "Seperti kuang memekik di puncak gunung-" Burung bulbul kadang-kadang mati kerana terpesona dengan kecantikan bunga ros. Lihat pula bagaimana kelekatu tergoda dengan kecantikan cahaya sehingga ia binasa kerananya. Peribahasa Melayu juga ada menyebut: "Seperti kelekatu masuk api, tidak tahukan mati Iakunya." Ini semua adalah sebahagian daripada fenomena alam yang terpesona dengan kecantikan.Seterusnya kenapa mata Fadhal yang membonceng di belakang unta Nabi s.a-w. itu terpaku ke wajah wanita Khats'sam yang sedang bertanya Baginda dalam peristiwa haji wadaa', dan perempuan itu juga memandang-mandang ke arahnya? Bukankan kerana kecantikan perempuan itu dan kerana kekacakan Fadhal jua?? ltulah yang dikatakan pengaruh dan pesona kecantikan luaran. Bagaimana pula dengan kecantikan luaran Rasulullah s.a.w.? Orang-orang yang melihat wajah Baginda berkata:  
مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ مِنْ وَجْهِهِ
Bermaksud: Tidak pernah ku lihat sesuatu yang lebih menyerupai bulan (daripada segi kecantikan dan sejuk mata memandangnya) daripada  (Lihat al-Baihaqi di dalam as-Sunan al-Kubranya, al-Haakim di dalam alMustadraknya dan at-Thahaawi di dalam Musykilu al-Aatsaamya).

 Demikianlah riwayat Thaariq bin 'Abdillah al-Muhaaribi r.a. Antara gambaran rupa paras dan susuk tubuh Rasulullah s.a.w.

67


Tiada ulasan:

Catat Ulasan