Jumaat, September 18, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms069

Mishkat al-masabih kitab iman 3 ms069

Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 10
25 Ogos 13.


Misykatul masabiih 69
 إِنَّمَا بُعِثِتُ لأُتَمْمَ مَكَارِمَ الأَخْلَاقِ
Bermaksud: Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia. 
(Hadits riwayat Baihaqi, al-Bazzaar, al-Haakim, ad-Dailami dan al-Bukhari di dalam alAdab al-Mufrad). 

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: 
إِنَّ أَتْقَاكُم وَأَعْلَمَكُمْ بِاللهِ أَنَا
Bermaksud: Sesungguhnya akulah orang yang paling bertaqwa kepada Allah dan paling mengenaliNya di kalanganmu. (Hadits riwayat Bukhari). 

Budi dan jasa juga antara perkara yang paling kuat mendorong kita menyintai seseorang. Pepatah Arab ada berkata: 
الانسان عبيد الإحسان
Bermaksud: "Manusia akan menjadi hamba kepada orang yang berbudi dengannya." 

Sebenarnya bukan manusia saja yang akan menjadi hamba atau tunduk kepada orang yang berbudi dengannya, tetapi binatang juga begitu. Lihat saja kepada anjing, beruk, kuda dan lain-lain yang amat setia kepada tuannya. 
Peribahasa Melayu pula berkata: "Hutang emas dibalas emas, hutang budi dibawa mati." Sampai begitu sekali manusia itu terikat dan terhutang oleh budi. Kalau kerana budilah anda terpaut hati dengan seseorang dan jatuh cinta kepadanya, maka Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling berhak dicintai dan dikasihi. Kerana berapa banyak sekalipun budi yang ditabur seseorang kepada anda, itu tidak lebih daripada setitis jika dibandingkan dengan awan budi Rasulullah s.a.w. yang sentiasa mencurah-curah kepada anda dan juga kepada semua manusia yang menghuni bumi ini. Betapa tidaknya, lihat saja sebagai bukti beberapa ayat di bawah ini:
 Al-Anbiya 21:107
وَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَٰلَمِينَ 
Bermaksud: dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al-Anbiyaa': 107).

 At-Taubah 9:128
لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ 
Bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan kebaikm untukmu, amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mu'min. 
(at-Taubah128).

Aal-e-Imran 3:103
وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا۟ۚ وَٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوَٰنًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ 
Bermaksud: dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai; dan kenanglah niNmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu dengan ni*mat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (Aali 'Imraan:103). 

Faktor keempat yang mendorong seseorang manusia itu menyintai orang lain ialah kedudukan perhubungan. Maksud kedudukan perhubungan di sini ialah apa ada kena mengena orang itu dengan kita. Adakah dia bapa kita, anak kita, ibu kita atau adik beradik kita dan sebagainya. Ahmad menyintai Aminah kerana Aminah adalah isterinya. Aminah menyintai Khalid kerana Khalid anaknya dan begitulah seterusnya. Kenapa pula kita harus menyintai nabi, apa kena mengenanya dia dengan kita? Kita bahkan dituntut lebih daripada ibu anak-anak dan manusia sekaliannya, termasuk diri kita sendiri. Kenapa begitu?? Jawabnya ialah dialah sebenarnya orang yang kedudukan perhubungannya paling rapat dengan anda, meskipun anda bukan dari keturunannya. Dialah sebenarnya bapa kepada hakikat insan yang wujud di dunia ini. Perhatikanlah firman Allah di bawah ini:
 Al-Ahzab 33:6
ٱلنَّبِىُّ أَوْلَىٰ بِٱلْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْۖ وَأَزْوَٰجُهُۥٓ أُمَّهَٰتُهُمْۗ وَأُو۟لُوا۟ ٱلْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَىٰ بِبَعْضٍ فِى كِتَٰبِ ٱللَّهِ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُهَٰجِرِينَ إِلَّآ أَن تَفْعَلُوٓا۟ إِلَىٰٓ أَوْلِيَآئِكُم مَّعْرُوفًاۚ كَانَ ذَٰلِكَ فِى ٱلْكِتَٰبِ مَسْطُورًا 
Bermaksud: Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka... (al-Ahzab:6).

Sesetengah menterjemahkannya dengan: (Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orangorang mukmin dari diri mereka sendiri...). Maksudnya ialah orang-orang mu'min itu seharusnya

69

Tiada ulasan:

Catat Ulasan