Jumaat, September 18, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms071

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms071

Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 12
22 Sept 13.

Misykatul masabiih 71

Kemanisan Iman.


٦-وعَنْه أنس رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ " ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بهن حَلَاوَةَ الإِيمَانِ : مَنْ كَانَ اللهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمِا وَمَنْ أَحَبَّ عَبْدًا لِا يُحِبُّهُ إِلَّا ِللِه عَزَّ وَجَلَّ وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَعُودَ فٍي الْكُفْرِ بَعْدَ إِذَ  أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ " متفق عليه 
 
6- Anas juga meriwayatkan, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Tiga perkara, jika ada pada seseorang, tentu ia akan merasai kemanisan iman.⁸⁵ Pertama: Orang yang
___________________________________________________________
⁸⁵Sabda Nabi s.a.w. ini merupakan talmih (isyarat secara halus) kepada perihal deria rasa orang sihat atau orang yang mengidap penyakit kuning dan seumpamanya. Kepada orang yang mengidap penyakit kuning, segala-segalanya dirasakan pahit. Madu yang manis sekalipun dirasainya pahit. Orang yang betul-betul sihat pula merasai sesuatu tepat seperti rasa sebenarnya. Masin dirasainya masin, kelat dirasainya kelat, pahit dirasainya pahit, manis dirasainya manis dan begitulah seterusnya. Semakin sihat seseorang itu, semakin tepatlah pula deria rasanya. Sebaliknya apabila kesihatan sesaorang merosot. turut merosotlah deria rasanya. Begitulah juga keadaan iman. Semakin sempurna iman sesaorang, semakin terasa manislah kepadanya iman itu. Sebaliknya apabila iman sesaorang tidak sempurna, kemanisannya juga akan semakin berkurang. Malah kadang-kadang dalam keadaan penyakit yang menimpa terlalu teruk, deria rasa menjadi bercelaru dan tidak menentu. Yang manis dikatanya pahit! Bak kata al-Mutanabbi (seorang penya'ir Arab yang terkenal): 
وَمَنْ يَكَ ذافَمِ مَريضٍ◇يَجِدْ مُرَّابِهِ المَاءَ الزُّ لالا
Bermaksud; 'Orang sakit yang pahit mulut akan berasa pahit, walaupun air yang jernih lagi sedap diminum."

Seolah-olahnya Rasulullah s.a.w. hendak mengatakan, Kesihatan rohani adalah sesuatu yang mesti dan diperlukan untuk sesaorang itu merasai kernanisan iman. Sebagaimana kesihatan jasmani adalah sesuatu yang mesti dan diperlukan untuk seseorang itu merasai kemanisan madu misalnya Dan antara tanda sesaorang itu
 benar-benar sihat rohaninya ialah apabila ada padanya tiga perkara yang disebutkan Baginda s.a.w. seterusnya. Para ulama' berbeda pendapat tentang apa yang dimaksudkan dengan kemanisan iman itu. Berikut dikemukakan scbahagian daripadanya, 

(1) Kemanisan iman ialah keseronokan dan kelazatan yang dirasakan;
(a) Apabila beribadat dan melakukan keta'atan kepada Allah.
(b) Apabila mengalami kesukaran dalam menegakkan agama Allah dengan menjunjung segala titah perintahNya dan menjauhi segala IaransanNya. Dan
(c) Apabila mengutamakan kepentingan akhirat daripada kepentingan dunia. 

(2) Kemanisan iman ialah kepuasan dan kelegaan jiwa yang diperoldhi apabila melaksanakan apa-apa tuntutan agama. Walaupun mungkin kerana adanya sedikit sebanyak penyakit hati, sesaorang itu terasa juga malas dan Iesu dalam melaksanakannya. Namun. kerana sedar akan faedah dan keuntungannya di dunia dan dl akhirat, ia tetap melakukannya. Dan setelah melakukannya, ia mendapat semacam kepuasan- Ubat yang pahit misalnya, tidak disukai semua pesakit. Tetapi ia tetap meneguknya.

71

Tiada ulasan:

Catat Ulasan