Ahad, September 20, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms072

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms072

Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 12
22 Sept 13.

Misykatul masabiih 72

Lantaran sedar ubat yang pahit itu akan menghilangkan kesakitannya.Pesakit yang bijaksana sedar bahawa kepahitan yang terpaksa ditanggunng hanyalah untuk sebentar sahaja. Sedangkan kesihatan yang akan diperolehi daripadanya pula adalah berpanjangan. Berus gigi tiap-tiap hari. Itu saja pun kadang-kadang terasa malas juga melakukannya. Fikiran bahkan kadang-kadang terganggu. Tetapi setelah sedar akan faedahnya dan memikirkan kebaikannya jangka panjang, anda memberus gigi dengan senang hati. Setelah menjadi kebiasaan, anda berasa tidak selesa kalau tidak memberus gigi. Akhirnya memberus gigi  beberapa kali   menjadi suatu kemestian kepada anda dan semacam kepuasan serta kelegaan anda perolehi apabila memberus gigi. Para ulama' juga berbeda pendapat tentang kemanisan iman yang dirasai itu, adakah ia sesuatu yang hissi (memang dapat dirasai deria) atau ma'nawi (niskala)? Ada yang berpendapat kemanisan iman itu adalah sesuatu yang abstrak dan niskala. la tidak dapat dirasai dan dikesan dengan deria. la cuma dapat dimengerti dan difahami jiwa. Apabila kemanisan iman itu ada pada seseorang, maka akan adalah juga kesan-kesannya. Antara kesannya ialah: 
(1) Keyakinan yang kukuh teguh terhadap apa yang dipercayai. 
(2) Menurut patuh kepada apa yang diimani. 
(3) Semacam keseronokan, kelazatan dan kepuasan jiwa dikecapi apabila melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-laranganNya. 

Ada pula yang berpendapat kemanisan iman itu adalah sesuatu yang hissi dan memang dapat dirasai batin. Pendapai ini bagi mereka lebih tepat dan Iebih kuat
berbanding pendapat yang pertama tadi. Alasannya ialah: (1) Lafaz dan makna hadits temelihara. tidak tergugat dan tidak memerlukan ta'wilan. 
(2) Banyak sekali terdapat contoh-contoh hidup di dalam sejarah para sahabat dan as-Salaf as-Saleh yang menyokong kemanisan iman dalam ma' na sebenarnya.

Berikut dikemukakan tiga contoh sahaja daripadanya: 
(a) Ketika di ambang Pintu maut, Saiyyiduna Bilal bin Rabaah r.a. terdengar rintihan isterinya: وَاكَرْبَاهُ
 (Aduhai sedihnya!). beliau terus membuka mata lalu berkata:
وَاطَرَبَاهُ غَدًا أَلقَىالْأَحِبَّهْ مُحَمَّدًا وَحِزْبَه
(Aduhai seronoknya, sukanya! Kerana besok aku akan bertemu para kekasih, Muhammad dan kumpulannya!l). (Lihat al-Qadhi 'lyaadh- asy-Syifa Bi Ta'rifi Huquq al-Mustafa j.2 m/s 23, Ibnu Amir al-Haaj- al-Madkhal j.2 m/s 190, Ibnu Taimiyyah- Minhaaj as-Sunnah an-Nabawiyyah j.6 m/s 1).

 (b) Lihatlah apa yang dibuat dan diucapkan oleh bapa saudara Anas bin Malik, Haraam bin Milhaan, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Setelah beliau ditikam dari belakang dengan Iembing sehingga menembusi dadanya. Sambil menyapu muka dan kepala dengan darah yang memancut keluar dari tubuhnya, beliau melaungkan; Allahu Akbar!  فُزْتُ وَرِبَّ الْكَعْبَةِ(Aku telah berjaya demi Tuhan Ka' bah!). Kisah beliau ini oleh Bukhari' Muslim. Ahmad dan lain-lain tokoh hadits. 

(c) Imam Bukhari meriwayatkan secara ta'liq di dalam Sahihnya daripada Jabir bahawa; "Ketika Nabi s.a.w dalam peperangan Zatir Riqaa" pernah berlaku seorang lelaki (seorang sahabat Anshari Nabi s.a.w.) dipanah musuh ketika sedang bersembahyang. Anak panah yang mengenainya itu menyebabkan darah terkeluar dengan banyak dari tubuhnya. Tetapi dia tetap rukuk,sujud dan  eneruskan sembahyangnya."

72


Tiada ulasan:

Catat Ulasan