Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms076
Misykatul Masobih syarah hadis kitab iman sesi 12
22 Sept 13.
Misykatul masabiih 76
tidak suka kembali⁸⁸ kepada kekafiran setelah ia diselamatkan oleh Allah⁸⁹ sebagaimana ia tidak suka dilemparkan kedalan api (Bukhari-Muslim)⁹⁰
___________________________________________________________
RasulNya melebihi kecintaannya kepada selain keduanya. Apabila Allah dan rasulNya dicintai sesaorang melebihi segala sesuatu yang lain sudah tentulah orang-orang lain yang dicintainya juga akan dicintai semata-mata kerana Allah s.w.t. atau dengan kata lain dicintai dengan penuh keikhlasan. Bahagian kedua hadits sebenarnya merupakan kesan atau hasil daripada bahagian pertamanya. Apabila cinta seseorang kepada Allah dan rasulNya mengatasi dan menguasai cintanya kepada segala sesuatu yang lain, cintanya kepada sesama manusia pula berasaskan keikhlasan maka tentu sekali orang itu akan membenci dengan sepenuh hatinya kepada kekufuran .Kerana Itulah Baginda s a.w. meletakkan sabdanya:
وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَعُودَ فٍي الْكُفْرِ بَعْدَ إِذَ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ
itu pada bahagian ketiga hadits. Kebencian kepada kekufuran yang amat sangat itu digambarkan oleh Rasulullah s aw.. bagaikan ia akan dilempar ke dalam api. Tidak ada siapa pun di dunia ini suka ia dicampak ke dalam api. Lihatlah betapa harmoni dan saling berkaitnya ketiga-tiga bahagian hadits di atas di antara sesamanya.
⁸⁸ Rasulullah s.a.w. menyebutkan "kembali kepada kekafiran' di sini memandangkan kebanyakan orang yang memeluk agama Islam pada ketika itu pada asalnya adalah kafir. Mereka telah memeluk Islam dengan meninggalkan kekufuran. Adapun orang-orang yang berasal daripada keturunan Islam, zahir kata-kata Nabi s.a.w. "kembali kepada kekafiran'' itu tidak ada kena mengena dengannya. Apa ertinya ia kembali kepada kekafiran, kalau ia tidak pernah pun menjadi kafir. Maka para 'ulana' mengatakan, jika sabda Rasulullah s.a.w. hendak dikaitkan juga dengan orang-orang Islam sejak turun-temurun Iagi seharusnya perkataan عود dipakai terlebih dahulu dipakai dałam ma' na majaazinya. Makna majaozi bagi perkataan عودitu ialah (menjadi, masuk, bertukar atau berpindah kepada dan Iain-lain). Jadi sabda Rasulullah s a.w. itu seharusnya ditaqdirkan begini:
وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْيَصِيْرَ يَعُودَ فٍي الْكُفْرِ بَعْدَ إِذَ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ.
Orang yang tidak suka menjadi kafir/masuk ke dalam kekufuran setelah ia dłselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam api). Tidak ada lagi dalam terjemahan ini rangkai kata "kembali kepada kekafiran'' tadi, disebabkan oleh perkataan tidak dipakai dalam makna haqiqinya. Malalh ma'na majaazi bagi perkataan iłu telah mcngambil alih tempatnya. Pecahan perkataan عود dengan ma' na صيرورة ada diguna oleh Allah di dalam al-Qur'an sendiri. Oleh itu tidak ada kesalahan memalingkannya daripada ma' na asalnya kepada makna lain. Sebagai contohnya firman Allah berikut ini:
قَالَ ٱلْمَلَأُ ٱلَّذِينَ ٱسْتَكْبَرُوا۟ مِن قَوْمِهِۦ لَنُخْرِجَنَّكَ يَٰشُعَيْبُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مَعَكَ مِن قَرْيَتِنَآ أَوْ لَتَعُودُنَّ فِى مِلَّتِنَاۚ قَالَ أَوَلَوْ كُنَّا كَٰرِهِينَ
Maksudnya, Ketua-ketua yang sombong dari kaumnya (Nabi Syuib) berkata:Sesungguhnya Kami akan mengusir mu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini atau kamu berpindah (bertukar) kepada ugama kami. Nabi
Syuaib menjawab. Apakah (kamu akan mengusir kami), sekalipun kami tldak menyukainya? (al-A raaf 88).
Rangkał kata أَوْ لَتَعُودُنَّ فِى مِلَّتِنَاۚ seharusnya diterjemahkan seperti di atas dengan
76
Tiada ulasan:
Catat Ulasan