Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms079-080
Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 13
05 okt-13
Misykatul masabiih 79.
Percaya Kepada Kerasulan Muhammad Adalah Syarat Keselamatan.
٨-وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عًنْ رَسُولِ اللهِ صَلًّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلِّمَ : " وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَا يَسْمَعُ بِي أَحَدٌ مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ يَهُودِيٌّ وَلَا نَصْرَانِيٌّ ثُمًّ يَمُوتُ وَلَمْ يُؤْمِنْ بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ إِلَّا كَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ " . رواه مسلم
8- Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan yang nyawa Muhammad berada di tanganNya. Tiada seorangpun dari umat ini⁹⁴ yang mati dlm keadaan tidak percaya kepada kerasulanku, baik ia Yahudi ataupun Nasrani, melainkan ia pasti menjadi ahli neraka."⁹⁵ (Muslim).⁹⁶
___________________________________________________________
⁹⁴ Yang dimaksudkan dengan umat di sini ialah أمة الدعوة iaitu sekalian manusia bermula daripada Rasulullah s.a.w. diutuskan menjadi rasul ke akhir zaman.
⁹⁵ Islam adalah agama untuk manusia sejagat. Peraturan dan undang-undang yang dibawa Islam juga bersifat sejagat. Oleh itu setiap manusia tidak dapat tidak mestilah berada di bawah naungannya. Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penyudah sekalian nabi diutus Allah untuk sekalian manusia. Beliau telah membawa satu syariat yang dapat menampung keperluan manusia sejagat hingga ke akhir zaman. Manusia yang hidup bermula dari zaman Rasulullah s.a.w. diutuskan menjadi rasul ke akhir zaman, semua sekali tanpa kecuali jika mahu selamat, mestilah percaya kepadanya dan berpegang kepada ajaran-ajaran yang dibawanya.
Disebut Yahudi dan Nasrani secara khusus di dalam hadits ini kerana beberapa sebab berikut:
(1) Walaupun mereka mempunyai keistimewaan- keistimewaan seperti mempunyai nabi-nabi yang dipilih Allah, mempunyai kitab-kitab yang diturunkan dari langit oleh Allah dan syariat khusus yang dijamin mereka akan selamat jika menuruti ajaran-ajarannya, namun semua itu tetap terta'luk dengan kepercayaan kepada nabi Muhammad s.a.w. Tanpa ada kepercayaan ini mereka belum Iagi terjamin selamat. Kalau begitu, tentulah penganut-penganut agama-agama lain lebih-lebih lagi terta'luk dengan kepercayaan kepada nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran-ajaran yang dibawa Baginda s.a.w. untuk selamat. Kerana mereka tidak jelas mempunyai nabi-nabi yang dipilih Allah, kitab-kitab dari langit dan juga syariat yang terjamin.
(2) Orang-orang Yahudi dan Nasrani menganggap mereka terjamin selamat kerana telah beriman kepada utusan- utusan pilihan Allah seperti Musa dan 'Isa dan telah mengikuti ajaran kitab-kitab suci Taurat dan Injil yang datang dari langit. Dengan itu syurga diyakini seolah- olahnya merupakan hak istimewa mereka. Maka apa perlunya mereka percaya pula kepada Muhammad sebagai rasul dan Islam sebagai agama? Hadits di atas menyangkal aqidah golongan Yahudi dan Nasrani yang salah itu. Dinyatakan secara terbuka kepada mereka bahawa tanpa kepercayaan kepada Muhammad sebagai nabi akhir zaman dan tanpa memeluk agama Islam yang dibawa
79
Mishkaat al-masabih kitab iman 4 ms080
Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 13
05 okt-13
Misykatul masabiih 80.
Muhamad, tiada siapapun boleh selamat daripada api neraka. Jesteru kebangkitan Muhammad memansukhkan semua syariat sebelumnya. la membatalkan semua agama yang dianuti manusia tidak kira sama ada ia agama langit ataupun agama bumi. Satu-satunya agama yang sah dan menjamin keselamatan manusia selepas kebangkitan Muhammad adalah agama Islam yang dibawa Muhammad s av. agama Allah yang terakhir dan paling Iengkap untuk dljadikan panduan oleh manusia dalam kehidupannya.
(3) Penolakan orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap Nabi Muhammad sa.w sebagai Nabi akhir zaman merupakan kekufuran yang paling jelik. Lantaran mereka telah pun mengetahui nama dan sifat-sifatnya melalui kitab Taurat dan Injil; يجدونه مكتوبا عند هم في التوراة والإنجيل
(yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka).
(al-A' raaf, 157).
Selain itu mereka juga benar-benar mengenalinya seperti mengenali anak-anak sendiri;
Al-Baqarah 2:146
ٱلَّذِينَ ءَاتَيْنَٰهُمُ ٱلْكِتَٰبَ يَعْرِفُونَهُۥ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَآءَهُمْۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ ٱلْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Maksudnya, orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) Mengenali Muhammad seperti mereka mengenali anak-anak sendiri dan Sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu padahal mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (al-Baqarah:146).
Maka hadits di atas merupakan ancaman berat terhadap mereka. Antara pengajaran dan pedoman yang dapat diambil daripada hadits ini ialah:
(1) Keharusan bersumpah untuk menguatkan sesuatu keterangan atau kenyataan.
(2) Allah mempunyai tangan yang layak denganNya yang tidak menyerupai mana-mana makhluqNya.
(3) Kebenaran pendapat solongan yang mengatakan umat nabi Muhammad s.a.w. itu terbahagi kepada dua bahagian: (a) أمة الإجابه(Umat yang menyahut seruan Rasulullah s.a. w. iaitu umat Islam).
(b) أمة الدعوة iaitu sekalian manusia yang hidup selepas kebangkitan nabi Muhammad s.a.w. Ummat di dalam hadits di atas telah dipakai dengan erti أمة الدوة
(4) Dengan kebangkitan Nabi Muhammad s.aw. sebagai rasul terakhir semua syari'at para nabi yang datang sebelumnya terbatal dan dimansukhkan.
(5) Tidak termasuk dalam ancaman hadits ini orang-orang yang tidak sampai kepadanya seruan Nabi s.a.w.
(6) Agama Islanl yang dibawa oleh Nabi kata Muhanunad s.a.w. merupakan satu-satunya jalan keselamatan untuk manusia seluruhnya manusia tidak akan selamat melainkan dengan memeluk dan menganut agama Islam.
(7) Antara manusia yang pasti akan menjadi ahli neraka ialah orang yang mati dalam keadaan tidak percaya kepada kerasulan nabi Muhammad s.a.w. Tidak kira apa latar belakangnya, sama ada ia Yahudi ataupun Nasrani, penyembah berhala atau ateis dan lain-lain.
⁹⁶ Muslim sahaja di antara pengarang-pengarang enam kitab hadits utama Ahli as-Sunnah Wa al-Jamaah meriwayatkan hadits ini. Antara tokoh hadits lain yang turut meriwayatkannya ialah Ahmad, Sa'id bin Manshur, Abu 'Awaanah, at-AThabaraani, Ibnu Mandah, al-Bazzaar dan Abdur Razmaq.
80
Tiada ulasan:
Catat Ulasan