Ahad, September 27, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0050.

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0050.

Kaedah 50

قاعدة ٥٠ اَلشَّيْءُ الْوَاحِدّ إِذَا ذُكِرَ بِصِفَتَيْنِ مُتَلِفَيْنِ جَازَ عَطْفُ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى، تَنْزِيْلًا لِتَغَايُرِ الذَّوَاتِ

Sesuatu benda atau perkara apabila disebutkan dengan dua sifat yang berbeza, harus salah satu daripada sifatnya itu di'athafkan kepada sifatnya yang satu lagi, dengan
anggapan sifat yang berbeza itu sebagai zat yang berbeza.


Keterangan: Terdapat dua cara dalam menyatakan beberapa sifat bagi sesuatu. Cara pertama ialah dengan tidak mengemukakan haraf 'athaf di antara sifat-sifatnya. Inilah cara yang lebih fasih dan lebih banyak digunakan. Ini kerana terdapatnya haraf 'athaf di antara sifat-sifat, berkemungkinan menunjukkan maushufrrya berlainan dan ada beberapa. Tetapi ini bukanlah suatu kemestian. Boleh juga digabungkan beberapa sifat dengan haraf 'athaf dalam keadaan maushufirya sama, walaupun yang lebih fasihnya ialah dengan tidak menyebutkan haraf 'athaf di antaranya. Tetapi dengan anggapan sifat yang berbeza itu sebagai sifat bagi zat yang berbeza. Inilah cara keduanya. Sesetengah 'ulama' Nahu berpendapat, adanya 'athaf di antara sifat-sifat sesuatu menunjukkan keasingan dan kelainan sifat-sifatnya itu. 

Menurut az-Zarkasy pula, penggunaan 'athaf atau tidak bergantung kepada tempat dan keadaan yang berbeza- beza. Kata beliau, jika sifat-sifat bagi sesuatu itu agak jauh
dan berbeza ma'nanya, atau berlawanan ma'nanya, maka dalam keadaan itu lebih elok digunakan 'athaf. Jika ma'nanya tidak jauh dan tidak berbeza sangat pula, maka
lebih elok tidak digunakan haraf 'athaf.

Contoh bahagian pertama, iaitu maushuf sama, tetapi di antara sifat-sifatnya terdapat haraf 'athaf ialah dua firman Allah berikut:
(a)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى(1) الَّذِي خَلَقَ فَسَوَّىٰ(2) وَالَّذِي قَدَّرَ فَهَدَىٰ (3)وَالَّذِي أَخْرَجَ الْمَرْعَىٰ(4)

1. Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan).
2. Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
3. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk makhlukNya) serta memberikan
hidayat petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
4. Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan (untuk binatang-binatang ternak),
(al-A'la: 1-4).

Apa yang tersebut di dalam ayat ke-1 hingga ke-4 adalah sifat-sifat Allah belaka. Ia
digabungkan dengan haraf 'athaf. Sementara Allah ( رَبِّكَ الْأَعْلَى)adalah maushuf bagi
semuanya.

(b)
قَالَ أَفَرَأَيْتُمْ مَا كُنْتُمْ تَعْبُدُونَ(75) أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْأَقْدَمُونَ(76)
فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِي إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ(77)الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ(78)
وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ(79)وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ(80)

75. Nabi Ibrahim berkata: Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-
benda yang kamu sembah itu? -
76. (Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?
77. (Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah
musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;
78. Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang
memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;
79 . Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum,
80. Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; 
(asy-
Syu'araa': 75-80).

Apa yang tersebut dari ayat ke-78 hingga ayat ke-80 semuanya adalah sifat-sifat ربالعالمينAllah Tuhan sekalian alam. Dan semuanya dikaitkan dengan haraf 'athaf.
Contoh bahagian kedua, iaitu sifat-sifat yang maushuf sama, dan ia tidak di'athafkan dengan haraf 'athaf dapat dilihat pada dua firman Allah berikut:
a)
وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَهِينٍ(10)هَمَّازٍمَشَّاءٍ بِنَمِيمٍ(11)
مَنَّاعٍ لِلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ(12)عُتُلٍّ بَعْدَ ذَٰلِكَ زَنِيمٍ(13)

10. Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu
kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi
amalannya);
11. Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan
belahkan orang ramai);
yang benar dan jangan) menurut
yang hina (pendapatnya dan
fitnah hasutan (untuk mernecah
12. Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-
hukum agama,lagi yang amat berdosa;
13. Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya. 
(al-Qalam:10-13).

Berdasarkan sebab nuzul bagi ayat-ayat di atas,
 حَلَّافٍ مَهِينٍ
yang tersebut di dalam ayat
ke-10 meruju' kepada orang tertentu di zaman Rasulullah s.a.w. Dia ialah al-Walid
bin Mughirah. Sifat-sifat yang tersebut di dalam ayat-ayat selepasnya semuanya
adalah sifat-sifatnya. Kerana itu ia disebutkan tanpa haraf 'athaf.

(b)
هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَاۤءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ یُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِی ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡحَكِیمُ
24.Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada
kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang
dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-
mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ad,a di langit dan di bumi dan Dialah
Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. (al-Hasyr:24).


Beberapa sifat Allah disebutkan di dalam ayat ini, namun ia tidak diiikat dengan haraf 'athaf kerana ia adalah sifat-sifat bagi, Zat yang sama iaitu Allah.

Contoh bahagian ketiga, iaitu sifat-sifat bagi maushuf yang sama, tetapi ma'na sifat-
sifat itu agak jauh dan berbeza atau berlawanan, dapat dilihat pada dua firman Allah
berikut:
(a)
 هُوَ ٱلۡأَوَّلُ وَٱلۡـَٔاخِرُ وَٱلظَّـٰهِرُ وَٱلۡبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَیۡءٍ عَلِیمٌ

3. Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah
Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(al-Hadid:3).

Apa yang tersebut di dalam ayat ini ialah sifat-sifat Allah jua. Oleh kerana ia berbeza
dan berlawanan, maka semuanya diikat dengan haraf 'athaf.

(b)
وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ(43)وَأَنَّهُ هُوَ أَمَاتَ وَأَحْيَا(44)

43.Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira)tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
44. Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang mematikan dan menghidupkan; 
(an-
Najm:43-44).

Apa yang tersebut di dalam dua ayat di atas adalah sifat-sifat Allah semuanya. Ia diikat dengan haraf 'athaf kerana ma'na-ma'nanya berbeza dan berlawanan, seolah-
olahnya ia adalah sifat-sifat bagi maushuf yang berlainan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan