Qawaid tafsir 2018 nota 6(0082)
Kaedah 50
قاعدة ٥٠ اَلشَّيْءُ الْوَاحِدّ إِذَا ذُكِرَ بِصِفَتَيْنِ مُتَلِفَيْنِ جَازَ عَطْفُ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى، تَنْزِيْلًا لِتَغَايُرِ الذَّوَاتِ
050. Sst benda atau perkara apabila
disebutkan dengan dua sifat yang
berbeza, harus salah satu daripada
sifatnya itu di'athafkan kepada
sifatnya yang satu lagi, dengan
anggapan sifat yang berbeza itu
sebagai zat yang berbeza.
Keterangan: Terdapat dua cara dalam menyatakan beberapa sifat bagi sesuatu. Cara
pertama ialah dengan tidak mengemukakan haraf 'athaf di antara sifat-sifatnya. Inilah
cara yang lebih fasih dan lebih banyak digunakan. Ini kerana terdapatnya haraf 'athaf
di antara sifat-sifat, berkemungkinan menunjukkan maushufrrya berlainan dan ada
beberapa. Tetapi ini bukanlah suatu kemestian. Boleh juga digabungkan beberapa
sifat dengan haraf 'athaf dalam keadaan maushufirya sama, walaupun yang lebih
fasihnya ialah dengan tidak menyebutkan haraf 'athaf di antaranya. Tetapi dengan
anggapan sifat yang berbeza itu sebagai sifat bagi zat yang berbeza. Inilah cara
keduanya. Sesetengah 'ulama' Nahu berpendapat, adanya 'athaf di antara sifat-sifat
sesuatu menunjukkan keasingan dan kelainan sifat-sifatnya itu.
Menurut az-Zarkasy pula, penggunaan 'athaf atau tidak bergantung kepada tempat
dan keadaan yang berbeza-beza. Kata beliau, jika sifat-sifat bagi sesuatu itu agak jauh
dan berbeza ma'nanya, atau berlawanan ma'nanya, maka dalam keadaan itu lebih
elok digunakan 'athaf. Jika ma'nanya tidak jauh dan tidak berbeza sangat pula, maka
lebih elok tidak digunakan haraf 'athaf.
Contoh bahagian pertama, iaitu maushuf sama, tetapi di antara sifat-sifatnya terdapat
haraf 'athaf ialah dua firman Allah berikut:
(a)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى
الَّذِي خَلَقَ فَسَوَّىٰ
وَالَّذِي قَدَّرَ فَهَدَىٰ
وَالَّذِي أَخْرَجَ الْمَرْعَىٰ
1. Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat
kekurangan).
2. Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) menyempurnakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan