Tafsir asas quran nota 5(073).
(ii) Pertukaran daripada takallum (orang yang bercakap) kepada ghaibah (orang ketiga yang dibicarakan tentangnya). Antara contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah di bawah ini:
Az-Zumar 39:53
قُلْ يَٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُوا۟ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا۟ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ
Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan ma'shiat),
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani" (az-Zumar:53).
Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki من رحمتي(dari rahmatKu).
(iii) Pertukaran daripada khithaab (orang yang dihadap cakap) kepada takallum (orang yang bercakap). Antara contohnya di dalam al-Qur'an ialah:
Hud 11:90
وَٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِۚ إِنَّ رَبِّى رَحِيمٌ وَدُودٌ
Bermaksud: Dan mintalah ampun kepada Tuhanmu. kemudian kembalilah ta'at kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. (Huud:90).
Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki ربكن (Tuhanmu), bukan ربي (Tuhanku).
(iv) Pertukaran daripada khithaab (orang yang dihadap cakap) kepada ghaibah (orang ketiga ) yang dibicarakan tentangnya). Antara contohnya di dalam al-Qur'an ialah:
Aal-e-Imran 3:9
رَبَّنَآ إِنَّكَ جَامِعُ ٱلنَّاسِ لِيَوْمٍ لَّا رَيْبَ فِيهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُخْلِفُ ٱلْمِيعَادَ
Bermaksud: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (rnenerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (Aali 'Imraan:9).
Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki إنك (Sesungguhnya Engkau) bukan ,إن الله (Sesungguhnya Allah).
(v) Pertukaran daripada ghaibah (orang ketiga )yang dibicarakan tentangnya) kepada khithaab (orang yang dihadap cakap). Antara contoh penggunaann.ya di dalam al-Qur'an ialah:
73
Tiada ulasan:
Catat Ulasan