Tafsir asas quran nota 5(076).
malaikat pula tidak dapat. Ketika Allah hendak menyatakan kebesaran dan kelayakan manusia, [a akan menyebutkan jrgu manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Kisah Adam dan Iblis atau di sesetengah tempat disebutkan Syaitan, adakalanya diceritakan di dalam al-Qur'an untuk mengingatkan manusia kepada musuh turun-temurunnya. Betapa jahat dan liciknya Syaitan dapat dilihat kepada peristiwa tipu dayanya yang telah membuatkan Adam dan Hawwa' terkeluar dari syurga" Dalam keadaan ini kejahatan dan tipu daya Syaitan didedahkan sepenuhnya. Dengan merenung sedikit sahaja, anda akan sedar bahawa tidak ada pengulangan yang sia-sia di dalam al-Qur'an. Apa yang ada hanyalah 'Tashrif al-Aayaat' yang mengandungi pelbagai maksud dan tujuan yang cukup berma'na kepada manusia. Kisah yang dikemukakan, meskipun sama pada pandangan kasar, namun maksud dan tujuannya berbeza. Demikianlah Allah
menerangkan dengan berbagai cara sesuatu kisah supaya manusia mendapat sebanyak mungkin pengajaran dan panduan daripadanya.
Sebagaimana al-Qur'an menyatakan bagaimana Allah memutar-mutar dan memusing-musingkan sesuatu kisah untuk dihidangkan kepada manusia, ia juga menyatakan bahawa Allah memutar-mutar, mengisar, memalingkan dan memusing-musingkan angin.
Al-Jasiyah 45:5
وَٱخْتِلَٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن رِّزْقٍ فَأَحْيَا بِهِ ٱلْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَتَصْرِيفِ ٱلرِّيَٰحِ ءَايَٰتٌ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Bermaksud: dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkanNya dengan arr hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada
perkisaran angin terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal. (al-Jaatsiyah:5).
Apa pula hikmatnya Allah mengisar dan memutar-mutar angin? Bukankah angin itu sama jua pada zahirnya? Ya. pada zahirnya memang sama, tetapi hikmat dan rahsia perjalanan angin adalah berbeza. Kadang-kadang ia membawa datang awan. Kadang-kadang pula membawanya pergi. Kadang-kadang ada bersamanya guruh dan kilat. Kadang-kadang ia hanya membawa hujan. Kadang-kadang pula ia tidak berhujan, berguruh dan berkilat. Ia hanya nreneduhkan sahaja. Manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan di bumi sememangnya memerlukan sinar matahari. Anginlah yang membawa awan pergi
76
Tiada ulasan:
Catat Ulasan