Rabu, September 23, 2020

Tafsir asas quran nota 6(083).

Tafsir asas quran nota 6(083).

(14) Mengetahui Kesinambungan Di Antara Dalil Dan Madlul Pada Sumpah- Sumpah Allah Di Dalam AI-Qur'an.

Usul keempat belas ialah berusaha memahami maksud segala sumpah Allah di dalam al-Qur'an. Ia mustahak sekali difahami dengan sebaik-baiknya. Apa yang sangat perlu
dipastikan ialah memahami perkaitan di antara dalil dan madlulnya atau dengan kata lain,perkaitan di antara "muqsam bihi" dan "muqsam 'alaih"nya. Sumpah-sumpah Allah didalam al-Qur'an itu sebenarnya adalah dalil-dalil yang tersendiri.

Antara tokoh ulama yang telah menulis secara khusus tentang topik sumpah Allah di dalam al-Qur'an ialah al-Imam Ibnu al-Qaiyyim Hameeduddin @ Abdul Hameed al-Faraahi dan Ahmad Kamal al-Mahdi. Buku Ibnu al-Qaiyyim bernama at-Tibyaan FiAqsaami al-Qur'an. Buku al-Faraahi bernama al-Im'aan Fi Aqsaami al-Qur'an dan buku Ahmad Kamal al-Mahdi pula bernama Aayaat al-Qasam Min al-Qur'an al-Karim.

Di dalam al-Qur'an terdapat sebanyak 200 lebih sumpah. Hampir seratus daripadanya dengan jelas menggunakan perkataan sumpah. Termasuklah di dalamnya sumpah Altah,sumpah para nabi dan rasul, juga sumpah-sumpah orang-orang lain selain Allah dan rasul-rasulNya.
Bahasa 'Arab terkenal dengan kesenian ibaratnya" Gaya bahasa yang berbeda diguna untuk menyatakan maksud dan tujuan yang berbeda. Gaya bahasa yang berbeda juga
diguna ketika berbicara dengan orang-orang yang latar belakangnya berbeda. Kerana itulah sesuatu cerita (khabar) menurut ilmu Ma'ani (salah satu cabang seni bahasa 'Arab), semestinya disampaikan sesuai dengan tiga tahap sikap manusia yang akan menerimanya. 

Al-Ibtida'i (الابتدائي) digunakan untuk orang yang kosong fikirannya daripada sebarang keputusan tentang sesuatu cerita yang disampaikan. Cerita yang disampaikan kepada
orang-orang pada tahap ini tidak perlu diperkuatkan dengan apa-apa kata penguat. 

At-Thalabi (الطلبي)digunakan untuk orang yang ragu-ragu dan sangsi tentang sesuatu cerita yang disampaikan kepadanya. Dalam keadaan ini eloklah cerita yang hendak disampaikan itu diperkuatkan dengan sedikit kata penguat, supaya keraguan yang berlegar-legar di dalam hatinya bertukar kepada keyakinan. 

Al-Inkaari (الإنكاري) pula digunakan untuk orang yang menolak cerita yang disampaikan dan langsung tidak

83

Tiada ulasan:

Catat Ulasan