Tafsir asas quran nota 6(084).
percaya kepadanya. Dalam keadaan ini cerita yang hendak disampaikan itu mestilah diperkuatkan dengan kata penguat tertentu. Kata penguat yang digunakan mungkin hanya satu atau dua perkataan sahaja. Mungkin juga lebih dari itu, dalam beberapa bentuk, sesuai dengan keadaan kuat atau lemahnya penolakan oleh pihak yang dihadap cakap.
Sumpah sebenarnya merupakan salah satu bentuk kata penguat bagi sesuafu cerita yang disampaikan. Oleh kerana al-Qur'an itu diturunkan sebagai hidayah dan untuk
membimbing semua lapisan dan tahap masyarakat manusia dan jin, sedangkan ada antara mereka yang meraguinya dan ada pula yang langsung tidak mempercayainya, malah mendustakannya, maka semestinyalah sesuatu yang hendak disampaikan kepada mereka diperkuat dengan kata-kata penguat tertentu. Antara kata penguat yang sering digunakan
oleh Allah di dalam al-Qur'an ialah sumpah (أسلوب القسم)
Antara tujuannya ialah menghilangkan keraguan orang yang ragu dan menghapuskan terus kekeliruan yang membuatkan mereka menolak dan tidak mempercayainya, dengan mengemukakan satu bentuk kata penguat yang pada hakikatnya merupakan bukti, dalil dan hujah dari pihak Allah kepada 'aqal dan hati nurani manusia.
Enam Perkara Yang Mesti Diketahui Dalam Bab sumpah.:
(1) Iaitu أداة القسم Perkataan yang digunakan khusus untuk menunjukkan erti sumpah.
(2)Iaitu مقسم به iaitu perkataan yang digunakan buat bersumpah.
(3) Iaitu مقسم عليه iaitu perkara yang diangkat sumpah kerananya.
(4) Iaitu غرض القسم iaitu tujuan sumpah.
(5) Kesinambungan dan
kesesuaian di antara perkataan yang digunakan buat bersumpah dan perkara yang
diangkat sumpah kerananya (الناسبه بين المقسم به والمقسم عليه).
(6)Keadaan-keadaan orangyang dikhithab (dihadap cakap) dengan ayat sumpah (أحواف المخاطبين بجملة القسم).
Perkataan Yang Digunakan Khusus Untuk Menunjukkan Erti Sumpah.
Pada umumnya empat huruf berikut diguna untuk menunjukkan erti sumpah.
(a) Baa, (ب)
(b) Taa' (ت)
(c) wau (و) dan
(d) Laam (ل).
Semuanya memberi erti yang sama iaitu demi.
Huruf sumpah dengan majrurnya bergantung (berta'alluq) kepada fiil qasam yang ditaqdirkan seperti,أحْلِفُ, ُأُقْسِم dan sebagainya. Daripada gabungan fiil qasam dan failnya
serta jaar dan majrurnyalah terbentuk ayat sumpah (جملة القسم) Kadang-kadang perkataan
84
Tiada ulasan:
Catat Ulasan