Khamis, Oktober 29, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 12(26)nota10(203)

Daurah tafsir 2019 sesi 12(26)nota10(203)

Zaman Diturunkan
1. Surah as-Syu'ara' diturunkan pada peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah antara tahun ke-6 hingga ke-10 Kenabian, ketika itu al-Qur'an berbahasa Arab dipertikaikan dengan begitu hebat dan Rasulullah s.a.w. dituduh gila. Pada ketika itu pemimpin-pemimpin kafir Quraisy dinasihatkan supaya mengambil i'tibar dan pengajaran daripada akibat buruk yang diterima oleh 6 kaum terdahulu iaitu kaum Nuh, kaum Tsamud, kaum Luth, kaum Syu'aib dan juga kaum Fir'aun yang menentang
Musa.

2. Ayat ke-214. وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ ٱلْأَقْرَبِينَ Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu (Muhammad) yang terdekat,
bagaimanapun diturunkan lebih awal ketika perintah Allah kepada RasulNya diberikan supaya mengisyiharkan secara terbuka ajarun Islam, ayat ini diturunkan pada tahun ke-4 Kenabian. Setelah diturunkan, Rasulullah s.a.w. terus naik ke atas bukit Shafa dan secara terbuka menyampaikan kepada penduduk Mekah seruan tauhid yang dibawa baginda. 
Shahih Bukhari, Kitab Tafsir, Bab Surah as-Syu'ara', hadits 4,492.

Kesinambungan Surah As-Syu'Ara'Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Furqaan telah pun diberikan jawapan yang membungkam kepada kritikan-kritikan orang-orang kafir berupa dalil-dalil آفاقي، علقي dan أنفسي tentang kebenaran seruan Rasulullah s.a.w. dankebenaran al-Qur'an yang dibawa baginda.

2. Di dalam Surah as-Syu'ara' ini Allah mengemukakan dalil-dalil  تاريخي tentang tauhid qudrat dan iradatnya dengan mengemukakan dua sifatNya, iaitu  عزيز (Maha perkasa) dan رحيم (Maha penyanyang).


3. Dua perkara dikongsi bersama oleh surah-surah as-Syu'ara', an-Naml dan al-Qashash.
(a) Dengan mengemukakan kisah benar pertentangan di antara Nabi Musa dan Fir'aun, pemimpin-pemimpin Quraisy yang zalim diminta supaya tidak bersikap zalim seperti Fir'aun.
(b) Ketiga-tiga surah mengandungi nasihat kepada pemimpin-pemimpin Quraisy yang zalim supaya
mengambil i'tibar dan pengajaran daripada kebinasaan kaum-kaum yang lalu.

Beberapa Kata Kunci, Tema Utama Surah Dan Ayat-Ayat Tarji' Yang Terdapat Di Dalamnya .

1.Di dalam Surah as-Syua'ara terdapat pertanyaan- pertanyaan seperti أَلَا يَتَّقُوْنَ(apakah mereka tidak  mahu menyelamatkan diri) أَلَا تَتِّقُوْنَ(apakah kamu tidak mahu menyelamatkan diri) .يَتَّقُوْنَdan تَتِّقُوْنَberpunca daripada perkataan taqwa, erti asas dan utamanya ialah menyelamatkan diri,menjaga diri. Maksudnya ialah seperti menyelamatkan diri daripada benda-benda haram,  menyelamatkan diri daripada perkara-perkara mungkar, menyelamatkan diri daripada kemurkaan Allah dan menyelamatkan diri daripada akibat buruk yang akan menimpa di dunia dan di akhirat kerana

203

Tiada ulasan:

Catat Ulasan