Khamis, Oktober 29, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 12(26)nota10(207)

Daurah tafsir 2019 sesi 12(26)nota10(207)

ini, itulah yang dikatakan pelajaran daripada sejarah, Dia juga akan menghukum mereka di akhirat nanti.

(e) Daripada sejarah kebinasaan setiap bangsa, terbukti bahawa .ربّjuga bersifat dengan رِحِيم, dengan
sifat inilah Dia menyelamatkan hamba-hambaNya yang bersyukur daripada azab-azab di akhirat.

6. Di dalam Surah as-Syu'ara' ini tersebut bahawa tukang-tukang sihir yang hendak berlawan dengan
Nabi Musa sebelum melemparkan tali-tali yang dipintal mereka dan tongkat-tongkat mereka,mengucapkan: بِعِزَّةِ فِرْعَوْنَ (Demi kebesaran dan kekuasaan Fir'aun) sebelum melemparkannya. Itulah slogan mereka untuk menyatakan keperkasaan, kekuasaan, kemenangan dan kehebatan Fir'aun (Ayat:44).

Ash-Shu'ara' 26:44
فَأَلْقَوْا۟ حِبَالَهُمْ وَعِصِيَّهُمْ وَقَالُوا۟ بِعِزَّةِ فِرْعَوْنَ إِنَّا لَنَحْنُ ٱلْغَٰلِبُونَ 
Lalu mereka melemparkan tali temali dan tongkat-tongkat mereka seraya berkata, “Demi kekuasaan Fir‘aun, pasti kamilah yang akan menang.”


Tukang-tukang sihir itu kemudiannya menjadi penganut Islam yang kuat dan setia, mereka bahkan bersedia menghadapi segala macam ujian, mereka tidak lagi percaya liepada keperkasaan Fir'aun sebaliknya telah percaya kepada keperkasaan Allah sebagai tuhan yang عَزِيز

7. Di dalam Surah as-Syu'ara' juga terdapat ancaman kepada bangsa-bangsa yang mendustakan ajaran
yang dibawa oleh para nabi dan rasul.
(a) Kaum Nuh telah mendustakan para rasul (Ayat: 105).

Ash-Shu'ara' 26:105
كَذَّبَتْ قَوْمُ نُوحٍ ٱلْمُرْسَلِينَ 
Kaum Nuh telah mendustakan para rasul.


(b) Kaum 'Aad juga telah mendustakan para rasul (Ayat:123).

Ash-Shu'ara' 26:123
كَذَّبَتْ عَادٌ ٱلْمُرْسَلِينَ 
(Kaum) ‘Ad telah mendustakan para rasul.


(c) Kaum Tsamud juga mendustakan para rasul (Ayat: 141).

Ash-Shu'ara' 26:141
كَذَّبَتْ ثَمُودُ ٱلْمُرْسَلِينَ 
Kaum Tsamud telah mendustakan para rasul.


(d) Kaum Luth juga mendustakan para rasul (Ayat: 160).

Ash-Shu'ara' 26:160
كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ ٱلْمُرْسَلِينَ 
Kaum Luth telah mendustakan para rasul,


(e) Ashaabul Aikah iaitu kaum Nabi Syu'aib juga mendustakan para rasul (Ayat: 176).

Ash-Shu'ara' 26:176
كَذَّبَ أَصْحَٰبُ لْـَٔيْكَةِ ٱلْمُرْسَلِينَ 
Penduduk Aikah telah mendustakan para rasul;


(f) Kaum Quraisy juga telah mendustakan utusan Allah yang terakhir, Muhammad s.a.w., mereka
bahkan memperolok-olokkannya. (Ayat: 6).

Ash-Shu'ara' 26:6
فَقَدْ كَذَّبُوا۟ فَسَيَأْتِيهِمْ أَنۢبَٰٓؤُا۟ مَا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ 
Sungguh, mereka telah mendustakan (Al-Qur'an), maka kelak akan datang kepada mereka (kebenaran) berita-berita mengenai apa (azab) yang dulu mereka perolok-olokkan.



207

Tiada ulasan:

Catat Ulasan